"Gini ceritanya... Baru berlakunya, Masa itu ibu mau kekamar di tingkat 4. Tingkatnya itu agak gelap. Walau pun di hari siang. Oleh kerana ada penyewanya mahu datang. Kami harus mengemas kamar itu. Kami harus berdua, engak boleh satu orang, seram".
kata Bibik itu, sambil memgosok gosok tengkuknya.
"Bila tengah kami sedang siapkan katilnya, tiba tiba ada orang buka air di dalam kamar mandi.
Ibu memandang teman ibu,
kami menjadi hiran.
Tapi kami engak mahu berbicara, kami terusi kerjanya.
Mula mula agak berani, udah lama lama, agak takut... Hati udah engak sedap nungu lama lama disitu.
Bila katil yang kami uda kemas, tiba tiba di tarik sesuatu.
Ibu sama kawan Ibu, jadi ketakutan.
Kami berlari keluar dari kamar itu.
Udah engak tahan lagi cik".
Cerita Bibik Siti.
"Udah cik, kamu ada kerja.
mau dihabiskan sebelum petang".
Kata salah seorang dan meminta diri untuk memulakan tugas masing masing.
Tegak bulu roma aku, bila mendengar cerita mereka.
Jiji yang merakam juga kelihatan gelisah...
Pit juge kelihatan gelisah...
"Ok bik semua mekasih ya.
Sudi cerita tentang tempat ini".
kata aku kepada wanita wanita Indonesia itu.
"Kalau mau banyak cerita yang seram seram, tanya aja pada pak jaganya.
Pasti banyak cerita yang menakutkan".
kata Bik Siti dan memunjukkan kami pondok pak guard disitu.
Aku, Jiji dan Pit berjalan ke pondok jaga.
Tapi tidak ada orang pun disitu.
"Tak ada oranglah".
Kata aku kepada Jiji dan Pit.
"Dia datang petang kot". Kata Jiji.
"Nanti petang kita turun lagi" kata Jiji.
Kami bersetuju...
"Jom jalan jalan dekat sana.
Aku nak snap gambar dekat kawasan itu pula". Ajak Jiji.
Sampai disana, rupanya yang lain juga ada disitu.
"Amacam, dapat tak apa apa". Tanya Pit kepada Jali.
"Ada lah sikit sikit" Kata Jali.
"korang pula macam mana?" Tanya Jali.
"Dah tentulah dapat banyak" kata Pit ketawa.
"Terbaik bro". Kata Jali sambil terseyum.
"Jom mandi laut". Ajak Sham.
Kami semua bersetuju dan pergi balik ke apartment untuk tukar baju dan bergegas turun.
Tak sabar mereka semua untuk mandi laut.
Aku hanya berjalan jalan di tepi pantai
Jiji mengajak aku mandi, tapi aku tak terasa nak mandi di laut.
"Jiji, boleh tak mandi dekat kolam je.
Aku tak nak pergi mandi laut".
"Aku tak rasa nak berjemur ditepi laut. Boleh hitam kulit". kata aku kepada Jiji, sambil terseyum.
"Hurmmmm ok lahh, kalau kau nak mandi kolam, aku ikut kau je". Kata Jiji.
Aku tersenyum memandang Jiji.
Sampai dikolam, kelihatan Pit juga ada di situ bersama Mil dan Jali...
"Ehhh apasal tak mandi laut?" Tanya Jiji kepada pit dan Jali.
"Tak nak lah, nanti hitam" kata Mil.
Terseyum aku melihat Mil...
"Mil, mana Nita dengan Sham?"
Tanya aku kepada mereka.
"Sham ajak Nita mandi laut.
Mereka berdua sahaja mandi laut". Kata Mil lagi.
"Aku rasa lebih selamat, kalau kita bersama sama". Kata Jiji.
"Aku bersetuju dengan Jiji.
Tempat ni, bukan tempat berseronok.
Tempat yang banyak misterinya".
Bisik aku didalam hati.
"Tolong tolong tolong"
kedengaran suara Nita meminta tolong.
Bergegas kami yang mandi mandi dikolam naik, berlari kepada Nita.
"Ehhhhh kenapa Nita?" Tanya Aku dan lantas memeluk Nita.
"Kenapa ni?"
Tanya aku lagi.
"Sham tadi mengejar sesuatu dengan handphonenya". Kata Nita...
Dan menunjukkan jari kepada kawasan yang sedikit berhutan ditepi laut, yang agak berbatu batu besar.
"Aku takut tengok Sham kejar benda tu...
Itu yang aku jerit". Kata Nita.
"Mana Sham Nita?"
Tanya Jali.
"Dalam hutan dekat batu batu tu!'
tunjuk Nita.
Jali, Jiji dan Pit berlari menuju ke tempat yang ditunjuk oleh Nita.
"Hati hati korang!" Jerita aku.
"Kau nampak apa Nita?"
Tanya aku kepada Nita.
"Aku nampak seseorang yang berpakain putih, menjengok jengok aku dan Sham yang tengah mandi laut tadi.
Bila Sham nampak je, terus Sham capai handphonya diatas pasir dan merakam benda tersebut.
Takut aku Rin! Benda tu hilang bila Sham kejar".
Cerita Nita, sambil memeluk Rin dan Mil.
Tak sampai 5 minit kelihatan mereka berempat keluar dari belukar dicelah celah batu.
Kelihatan Jiji dan Pit memapah Sham.
yang tercedera dikaki. Belari kami mendapatkan mereka.
"Sayang u ok ke?" Tanya Nita kepada Sham.
"Takut i tadi!" kata Nita lagi. Sambil air mata Nita mengalir.
"Ehhh awak, saya ok lah!
Cuma terjatuh sikit je. Benda tu hilang tiba tiba". kata Sham.
"Dah dahh jom balik Apartment.
Kita sapu ubat".
Kata Jali kepada Sham.
"Tak pe aku ok, aku boleh jalan sendiri". Kata Sham.
Dan Sham jalan sendiri dengan keadaan kaki yang sakit.
kerana kakinya terseliuh sikit.
Kami bersama sama naik keatas.
Tiba tiba ternampak pakcik yang malam tadi aku dan Jiji nampak.
Pakcik itu baru sampai, dengan menaiki motornya.
Kami menegur pakcik itu.
Pakcik itu terseyum melihat kami.
"Ehhh kenapa kaki tu". Tanya Pakcik tersebut.
Apa bila melihat lutut Sham berdarah.
"Jatuh tadi pakcik".
kata Sham.
"Hati hati di sini ye! Kamu jangan terlalu gembira dengan kawasan di sini.
Banyak benda yang kita tidak nampak, sedang memerhatikan.
Walau pun ini baru pukul 12 tenghari.
Tapi tetap, berpenghuni.
Kalau nampak apa apa, jangan tegur! Buat tak tau je". Kata Pak cik itu.
"Pak cik, betul ke tempat ni keras?"
Tanya Jiji.
"Maksud saya berhantu". Kata Jiji selamber.
"Boleh ke pakcik ceritakan apa apa kejadian disini? Kenapa tempat ni tidak terjaga dan agak terbiar? Macam mana pula, tempat ni boleh berpehuni selain manusia?"
Tanya Jiji kepada pakcik itu dengan pelbagai soalan.
Kami hanya diam memandang pak cik itu.
"Kalau kamu nak tau, pak cik boleh ceritakan...
Tapi, kita jangan cerita di sini.
Kamu pergilah bersiap siap.
Pakcik tunggu kamu dikedai makan, dekat lorong kamu masuk kesini.
Kita boleh makan tenghari sama sama". kata pak cik itu.
Masing masing bersetuju dan terus naik keatas untuk mandi dan bersiap siap.
Kami menaiki Van dan terus ke kedai makan yang pakcik itu katakan.
Share this novel