bab2

Romance Completed 3090

Kami bersurai...

Aku balik ke rumah sewa bersama Mil dan Nita.
Aku memandu kereta myvi yang ayah belikan sebelum masuk ke kolej.
Ayah risau kerana berjauhan. Itu yang disediakan aku sebuah kereta supaya aku senang ke kolej dari rumah sewa.
Ayah kata bahaya naik bas.
Ada ada je ayah aku ni.
Bagus juga dia belikan aku kereta. Bolehlah buat duit poket...

Mil dan Nita bagi aku rm100 seorang setiap bulan,untuk sama sama kekolej.
Kerana aku seorang je dalam rumah sewa yang ada kerata.
Untuk merayau ketempat tempat yang lain selain kolej, kami akan share duit minyak kereta.
Begitulah hidup budak kolej.
Bukan semua nak free je ok! mesti share.

Hurmmmmm leganya dapat baring.
Bila sampai di rumah, aku masuk kedalam bilik.
Masing masing juga menuju ke bilik masing masing.
Rumah sewa ini ada 3 bilik. Jadi sorang satu bilik.

Taklah bersempit sempit duduk dalam satu bilik.
Macam semester pertama aku masuk ke kolej.
Punyalah bersesak dalam bilik asrama.
Satu bilik sampai 4 orang.

Lepas semester ke2 barulah aku ambil keputusan dengan Mil dan Nita untuk sewa rumah diluar kolej.
Agar kami lebih selesa.

"Bit bit" 

Bunya watsap masuk!
Aku melihat screen handphone.
Watsap group masuk. Tertera discreen handphone!

"projek budak nakal"
Tersenyum aku melihat nama group itu.

*Haiii! semua dah sampai rumah ke? tulis Jali.

*Hurmmmm dah bro, baru masuk bilik.
balas Jiji.

*Ehhh! sama kitalah Jiji.
Aku pun baru masuk bilik! Tulis Nita.

*Amboiii macam ada jodoh je kita ni! balas Jiji kepada Nita.
dengan buat emoji LOve.
Nita membalas dengan emoji love juga.

*Aku ada dekat mall ni tulia Pit.
Tengah lepak dengan Sham.
Nanti aku terus balik rumah! Tulis Pit lagi.

*OK! korang malam ni lepas Isyak, kita lepak lepak nak.
kata Jiji.
Bolehlah kenal kenal.

Satu kelas! tapi tak pernah bertegur sape.
Tak sangka dalam kelas kita ada awek yang cute. 
kata Jiji lagi sambil membuat emoji senyum.

*Ye lah kan, manalah nak perasan!
kelas kita sahaja ramai pelajar.
Tambah pula yang tak hot macam kita orang ni! Manalah nak perasan balas aku... sambil membuat emoji senyum nampak gigi.

*GIla tak cun! balas Sham.
Comel ape awak tu.
kata Sham, yang cuba nak ngorat aku lah tu.

*Tq Sham! Sambil aku buat emoji love

*Ok semua jumpa malam ni..
Nanti share loc ye.
Takut sesat pula.
Shah Alam ni buka kecik macam pekan kodiang! balas aku.
Sambil membuat emoji senyum love.

*Ok cik adik sayang, nanti aku share loc! balas Jiji.
jumpa malam nanti.
bye.

Semua membalas dengan ayat Bye.

Aku meletakkan handphone di atas meja.
Hurmmm, lepak time.
Aku terus banggu dari katil dan mengetuk bilik Mil dan Nita.

"Oiiii! lepak ruang tamu jom".
jerit aku.
Masing masing keluar dari bilik dan lepak didepan ruang tamu.

"Korang malam ni group ajak lepak.
Macam mana nak pergi ke?"
Tanya aku kepada Mil dan NIta.

"Aku ok je! lagi pun dah lama tak keluar melepak! last lepak kat dataran! Tengok mat motor berlumba".
kata Mil.

"Aku pun ok je" kata Nita.

"Ok lah kalau macam tu".
kata aku.

"Seronok jugak dapat lepak ramai ramai.
Tambah pula orang yang aku minta pun ada sekali" kata aku.

"Budak yang belagak tu ye" kata Nita. Aku hanya tersengeh sengeh macam kerang busuk.

"Eh mana ada! Aku bergurau je! Mana ada aku suka sesiapa dari jorang". Aku mula menipu! Malu lah aku kalau aku bertepuk sebelah tangan! Jatuhlah saham aku! dekat budak dua orang ni".

bisik hati aku! Sambil memandang Nita dan Mil. 

"Korang aku macam sukalah dekat Jali". kata Mil selamber.

Berani mati Mil meluahkan isi hati dia kepada kita orang".
Aku tersenyum begitu juga Nita.

"Sikapnya yang macam gila gila tu, yang buat aku suka sangat dekat dia". kata Mil lagi, Sambil tersengeh.

"Ok lah tu Mil!
Tapi jangan tunjuk sangat.
Buat buat tak tau je, biar dia yang mulakan dulu..
Aku pun ada tengok tadi.
Dia tersenyum senyum je bila pandang kau".
kata aku kepada Mil.

"Korang pula! dalam 4 orang tu, tak ada ke yang berkenan?"
Tanya Mil...

"Hiss tak nak lah Mil! kau pun tau aku baru putus dengan Ely!
jantan gatal tu.
Malas pula aku nak cari penganti dia!"
kata aku yang tiba tiba teringat pula dekat Ely yang gatal tu.

Seorang lelaki yang pada mulanya ok ok je, lama lama kenal menjadi jadi miangnya! hurmmmmm..
harap Pit tak lah macam tu.

Kau pulak Nita, tak minat ke salah sorang dari mereka?
kata Mil kepada Nita.

Buat masa ni, belum lagi.
Sebab tak kenal perangai mereka lagi!
Walaupun satu kelas! Tapi ini kali pertama kita bertegur sape dengan mereka.
Buatnya jorang ambil kesempatan, hurmmmm mampus oiii". kata Nita yang berfikiran agak matang.

"Betul juga kata Nita tu Mil. 
jangan tergopoh gopoh sangat.
Biar dia yang cari kita. Jangan kita cari jorang.
Kita tegur jorang pun kerana nak baut projek kolej. Kalau tak! Sampai bila bila pun! Kita tak akan tegur mereka".
kata aku.

Mil menganguk tanda faham.

"Malam ni! jorang nak ajak kita lepak mana Rin?"
Tanya Nita.

"Entahlah beb! nanti jorang share loc dekat group. kita tengok je lah nanti! Sebok sangat nak suai kenal sebelum mulanya projek kita ni"

"Bagus lah tu Rin!
Bolehlah kita kenal kenal dengan mereka tu"...

"Paling tidak pun kita tau, dengan siapa kita akan keluar jauh nanti.
Projek ni! paling tidak kita kena ke 2, 3 negeri". Sambung Nita.

Aku dan Mil mengganguk tanda faham.

"Dah lah tu korang, jom siap siap dah nak magrib ni!
Punya lah lama kita berborak". Kata Aku kepada Nita dan Mil.

Nita dan Mil memandang jam di handphone! Sudah pukul 6.30petang.
Kami bangun dan masuk kedalam bilik masing masing! Untuk mandi dan bersiap siap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience