"Apa hal mamat tu?" Tanya Jiji.
"kusut semacam je, mamat tu".
"Hurmmm entahlah Jiji, tak tau aku nak cerita apa dekat kau".
"Biar kan lah dia! Biar dia settlekan hal dia sendiri".
kata aku kepada Jiji lagi,
sambil kami berjalan keluar.
Bila terbuka sahaja pintu outomatik. Bertiup angin dari luar.
"Wowww sejuknya" kata Jiji.
sambil memeluk aku.
Kami berjalan terus ketempat lepak diluar.
Dengan angin yang bertiupan.
kabus pula menutup semua pemandangan yang indah.
Membuatkan kami terasa kesejukan dan duduk dikerusi batu yang tersedia disitu.
Jiji tak lepas lepas dari memeluk aku hingga sampailah kami duduk... Setia betul dia memeluk aku.
"Hahahha"
Aku ketawa tiba tiba.
"Oii kau ni dah kenapa?" Tanya Jiji, sambil membuat muka kerutnya! Bila aku ketawa.
"Sejuk gila peha aku duduk dekat kerusi batu ni Jiji!
Sampai kebontot sejuknya".
aku kembali ketawa.
Jiji juga ketawa.
Ada ada ajalah kau ni Rin!
Meh duduk atas peha aku, kalau kau sejuk". kata Jiji ketawa.
"Ehhh tak pe, kau peluk pun dah ok".
Aku tersenyum melihat Jiji.
"Jiji aku nak tanya kau boleh?
sambil aku memandang Jiji.
Jiji melepaskan pelukannya.
"Ye, kau nak tanya apa?"
"Pit tu, macam mana orangnya!
Kenapa dia kadang kadang nampak pelik". Tanya aku.
"Pit tu ok sebenarnya,
sebelum dia couple dengan Moon.
Dia suka sanggat bertukar tukar girlfrend.
Tapi sejak dia kenal Moon, dia nampak agak pelik..
Kadang kadang dia happy je dengan Moon, kadang kadang pulak dia marah marah.
Aku rasa dia ada problem agaknya dengan Moon.
Moon tu suka sangat menggonkong Pit.
Sampai dia dah tak lagi macam dulu".
"Ehhhh kenapa tanya pasal pit pula ni Rin?"
Tanya Jiji.
"Hurmmmm, tak tau macam mana aku nak cerita dekat kau ni Jiji".
Aku duduk semula mengadap kedepan dan Jiji memeluk semua aku.
"Tak pe, cerita je.
Aku sedia mendengar".
kata Jiji.
Hurmmmm aku menarik nafas panjang.
"Tadi, masa kau pergi tandas... Pit ada bagi tau aku dia suka dekat aku.
Dia tak boleh nak sorok perasaan hati dia dekat aku.
Aku betul betul tak tau nak cakap apa. My heart is so uncertain lah Jiji. Itu yang dia nampak marah, bila kau sentuh aku". Kata aku kepada Jiji.
"What Rin, Dia suka kau?"
Sambil Jiji memusingkan badan aku.
"Habis Moon dia nak letak mana?"
Tanya Jiji lagi.
"Dia suka kat kau! Aku juga suka dekat kau".
Kata Jiji sambil memandang aku dan tersenyum.
"Antara dia yang sudah berpunya dengan aku yang masih solo! Mana satu pilihan kau?" tanya Jiji sambil tersenyum.
Aku juga tersenyum memandang Jiji.
"Kalau kau pandai ambil hati aku, aku mungkin pilih kau"...Kata aku kepada Jiji.
"Kalau aku ambil hati kau, habislah aku kena masuk penjara".
kata Jiji sambil ketawa.
Aku juga turut ketawa sambil memcubit pipi Jiji...
"Kau ni tak pernah serius tau,
ada sahaja lawak kau...Buat aku tak pernah bosan bila duduk dengan kau".
Kata aku kepada Jiji.
"Ehh dah lah! dah malam ni.
Jom lah balik ke apartment. Aku dah penatlah"...Ajak Jiji.
"Ok jomm" Kata aku.
Bip Bip watsap aku berbunyi.
aku melihat screen handphone.
dari watsap group.
*korang dekat mana?
Tanya Jali.
"Ehh Jali tanya semua dekat mana?
nak tulis apa ni Jiji.
Phone kau mana?" Tanya Aku kepada Jiji.
"Aku off phone beb.
Jap aku on phone aku"
kata Jiji.
"kau tulis je kita ada dekat atas sekali!
meh lah datang".
*Aku dengan jiji ada dekat atas.
meh lah sini.
Tadi pit ada dengan aku.
Tapi sekarang, tak tau mana dia pergi!
*Kau dekat mana? Tanya aku.
*Aku dekat apartment,
Sham dengan Nita pun ada dengan aku.
Nanti aku nak keluar tau dengan Nita, Sham dengan Mil. Tulis Jali.
*Aku tak join korang tau,
aku nak balik apartment berehat.
Balas Pit.
*Ok balas Jali.
Bib bib bib bib bibbbbbbbbb
handphone Jiji watsap masuk bertalu talu, bila dia menekan butang on dihandphonenya.
"Hisss ni yang aku malas nak on phone".
Kata Jiji kepada aku.
"Wowwww bapak banyak watsap masuk.
Betul lah kata Sham, kau ni banyak awek yang tergila gila hehehheheh".
Aku ketawa sambil berpusing memandang Jiji.
"Ahaaaa lantaklah.
malas aku nak layan".
kata Jiji.
"Jom selfie Rin".
Sambil Jiji membuka camera handphonenya.
Aku berpusing kedepan dan Jiji kembali memeluk bahu aku.
dan berselfie.
"Lagi lagi" kata Jiji.
Jiji merapatkan pipinya ke pipi aku. Sambil memgambil gambar selfie.
Kami melihat semula gambar yang ditangkap...
"Wahhh aku suka gambar ni".
kata Jiji, sambil menunjukkan kepada aku gambar berlaga pipi.
"Hantar semua gambar dekat aku ye Jiji... Boleh masuk dekat Instagram aku".
Tiba tiba Jiji banggun dan pergi kepada seorang lelaki.
"Bro, boleh ambilkan gambar saya dengan wife saya". Kata Jiji kepada pemuda itu.
"Hisss pandai je lah Jiji ni!
Bila masa pulak aku jadi bini dia". Aku ketawa didalam hati, sambil memerhatikan Jiji.
"Boleh boleh" kata pemuda itu.
lalu memegang handphone Jiji dan mengambil gambar kami penuh.
Jiji memeluk aku!
Aku juga memeluk jiji.
"Wahhhh sweetlah wife and husband ni".
Kata pemuda tersebut.
"Lagi lagi! buat posting lain pulak bro"
Hurmmmm dah macam jurugambar kamilah pula mamat ni.
Aku dan Jiji merapatkan pipi sambil berpelukan.
pemuda itu menangkap gambar kami.
"Last bro!
Cium Wife awak pulak!
lagi nampak romatik". Kata mamat itu.
Jiji malu malu bila mamat itu menyuruhnya mencium aku.
Aku memarik leher Jiji, lalu aku memcium pipi Jiji.
Jiji memandang camera handphonenya dan membuat muka terperanjat.
"Wahhh ni paling sweet bro!"
Kata mamat itu dan memberikan handphone Jiji semula.
"Thanks bro! Jiji bersalam dengan budak itu dan budak itu berlalu pergi.
Aku dan Jiji duduk semula dan melihat semua gambar yang budak tadi ambilkan.
"Wahh semua cantiklah" kata Jiji.
"Kau ni cantik lah Rin".
kata Jiji sambil memuji aku.
"Hehheheh thanks husband ku.
Aku memang selalu cantik".
Tersenyum Jiji.
"Aku paling suka gambar aku cium kau ni".
Kata aku kepada jiji.
Nanti bagi aku semua gambar kita ye Jiji.
send dekat watsap aku".
"Boleh tapi kena tangkap gambar selfie lagi satu". kata Jiji
"Hurmmmmm boleh sanggat".
Aku membuat muka ready didepan camera Handphone Jiji.
Lantas jiji memelik aku dan mencium pipi aku.
Snap gambar diambil.
kami berdua ketawa.
"Yehhhh dapat pun gambar aku cium kau pula!
Tadi gambar kau cium aku. Mana aci! Aku tak cium kau".
sambil Jiji tersengeh sengeh.
"Comelnya lah haiii". kata Jiji sambil melihat gambar dia mencium aku.
"Ok apa lagi send lah cepat?"
"Ok my dear.
Aku send sekarang.
bib! bib! bib!
Gambar yang diambil tadi, disendkan kepada aku.
Aku tersenyum memandang Jiji.
"Thanks Jiji".
Jiji hanya tersenyum.
Share this novel