bab18

Romance Completed 3090

"Haiii! tak bosan ke lepak bilik je?
Tanya Pit.

"Aku dah bisalah Pit.
Selalu bila Mil dengan Nita keluar.
Aku lah jadi penjaga rumah yang setia hehehehhe". Aku ketawa.

"Kau comellah Rin,
Kenapa aku tak nampak kau dari dulu lagi.
Kalau aku nampak kau dulu, tentu hidup aku bahagia.
Dapat gadis comel dan cantik macam kau".
Sambil Pit duduk disebelah aku.

"Thanks Pit, sudi puji puji kau.
Aku biasa biasa je.
Taklah hot sangat dekat kolej.
So tak payahlah sesiapa nak nampak aku".
kata aku sambil tersenyum.

"Dekat kolej, memang kau tak hot.
Tapi keluar kolej, kau lah yang paling hot tau.
Ramai yang dok tergila gila, termasuklah mamat yang dekat luar tu".
kata pit lagi.

"Jiji tu ramai awek tau! Ramai yang terkejar kejarkan dia".

"Kalau kau tengok Instagram antara kami semua. Dialah yang paling ramai peminat.
So aku rasa kau tak payah layan sangat Jiji tu sangat". Kata Pit kepada aku.

HUrmmmm memang berbeza sungguh kau dengan Jiji.. 
Bila aku lepak dengan Jiji aku rasa sangat bahagia... Walauapun aku tau dia ramai yang suka.
kata aku di dalam hati.

Mata aku memandang kepada Pit.

Kau tu pun apa kurangnya Pit, Sebelum kita bersama macam ni, aku selalu nampak kau dengan pelbagai perempuan.
Tak payahlah sebok hal orang.
bisik hati aku lagi.

"Pit cuba memeluk aku, tiba tiba handphonenya berbunyai.

"Hurmmm menggangu betul". Kata Pit sambil melihat screen handphonenya yang mendapat vedio call dari Moon.

"Kejap lagi aku datang balik ye Rinn. Moon call aku".

Pit terus berlalu keluar dari bilik aku dan terus kebiliknya sambil menutup pintu.
Aku keluar dari bilik aku dan berhenti didepan pintu bilik PIt.
Aku merapatkan telinga aku dipintu bilik pit.
Gerak geri aku diperhatikan Jiji dari sofa.
Aku hanya menbuat isyarat diam kepada Jiji.

Berkerut Dahi Jiji memandang perangai aku.

"Haiii, sayang".
kata Pit kepada moon.

"Sayang I baru sampai dekat Melaka".
kata pit lagi.

Disebabkan vedio call, aku dapat dengar suara Moon.

"Sayang, u dekat sana jangan nakal nakal tau. Kalau u tak nak i mengamuk". kata Moon.

"Sayang, kan i dah cakap! hanya u dihati i. I tak ada sesiapa pun, selain u tau".
Kata Pit lagi.

"Cantik bilik u Pit.
kalau i ada, boleh lah i sayang sayang u".
kata Moonn.

"HUmmmm itu lah, i pun dah mula rindu u tau.
Rindu sangat nak suruh u peluk i".
Kata pit kepada Moon..l

"Wekkk" nak muntah aku dengar.
sambil aku membuat muka nak muntah didepan pintu bilik Pit.
Tersenyum Jiji bila aku buat begitu.
Hurmmmm kenapa aku suka lelaki yang berpura pura macam kau! Ye?
Kau kata dah tak ada hati dengan MOOn.
Hampehh punya jantan.
Malaslah aku nak layan semua ni...Bisik aku sendiri didepan pintu bilik Pit.

"Ok sayang, nanti i buat video call lagi ye?" kata Moon.

"Ok sayang take care". Balas Pit.

Aku lekas lekas masuk kedalam bilik dan berpura pura tidur berselimut.
Pit masuk kedalam bilik aku dan melihat aku tengah tidur, berselimut diatas katil.
Pit datang dekat kepada aku dan mencium pipi aku.

Terus Pit berlalu keluar dari bilik, sambil menutup pintu bilik aku.
Bila pit keluar dari bilik, aku membuka mata.
Lalu aku memegang pipi yang di cium oleh Pit.

Kenapa lah kau buat begini?
Kenapa lah kau nak cinta aku, sedangkan kau dah ada moon?
Pelbagai tanda tanya bermain difikiran aku... Kerana terlalu memikirkan Pit! Akhirnya aku tertidur 

Bila malam menjelang, aku terjaga dari tidur.
Aku terus kebilik air didapur.
Terlihat Jiji sedang membuat air dan menyediakan Roti bakar.

"Wahhhh my love ni rajinlah".
Kata aku sambil tersenyum.

"Haiii good morning dear".
Balas Jiji.

Aku berkerut dahi, sambil memandang jam didapur.

"Hahahhah malamlah". Kata aku kepada Jiji sambil ketawa.

"Ohh bukan pagi ye!
Mati mati aku ingat pagi hehhehe". kata jiji sambil ketawa.

"Jom makan dulu". Ajak Jiji.

"Jap aku mandi duku, lepas tu kita makan sama sama ye". Kata aku.

"Ok beb". Balas Jiji.

"Selepas mandi aku terus kebilik untuk bersiap dan terus menuju kedapur semula, untuk berjumpa Jiji.
Baru aku nak duduk Pit memanggil aku.
Aku memandang Jiji.
Jiji berkerut dahinya.

"Dah! kau pergi lah". Kata Jiji.

Aku bangun dan terus ke ruang tamu.
Setiap kali kalau aku nak berdua duaan dengan Jiji, Pit mesti potong jalan.
Apa masaalah jorang ni ye? Ngomel aku sendiri.

"Jom pergi makan dekat luar?
kita jalan kaki, dekat je tau".
Kata Pit...

"Hurmmm ok boleh boleh aku pun lapar". Kata aku kepada Pit.

"Lagi pun boleh kita tengok Melaka waktu malam". Kata aku lagi sambil tersenyum memandang Pit.
Pit memeluk aku disofa.

"Boleh sayang, untuk kau! Apa pun boleh".
Kata Pit.
Kawan kawan yang lain turun dari tingkat atas dan bersiap sedia untuk keluar juga.

"Wahhh masing masing dah siap.
Ingatkan tak nak keluar bilik terus". kata aku sambil ketawa.

"Gila tak nak keluar". kata Mil.

"Perut ni dah berkeroncong, minta makan".
Kata Mil lagi.
Kami sama sama ketawa.

"Jiji jom cepat, kita semua nak keluar ni.
Kita naik van je lah.
Boleh pergi makan jauh juah sikit.
Sham kata ada tempat makan best dekat sini". Kata Jali.

Ehhh It's okay.
you just go have fun beb.
Gua nak lepak rumah je.
Belikan aku nasi goreng kampung ek".
Kata Jiji terseyum.

"Alahhh, jom lah Jiji?
Aku mengajak Jiji.

"Tak pe Rin. korang have fun!
Lagi pun aku nak layang awek ig aku ni".

"Bye korang".
Kata Jiji sambil tersenyum.

Kami semua keluar makan malam dan melihat keindahan Melaka diwaktu malam memang cantik. Aku sungguh terpegun.

"Cantiknya melaka ni kan Pit"

"Bukan melaka je cantik?
Orang melaka pun handsome tau".
kata Pit sambil tersenyumm.

"Ye lahh, aku lupa! Kau orang sini".
Sambil tersenyum memandang pit.

"Esok tenghari lepas buat projek, kita ke rumah aku.
Aku suruh mak aku masak.
Kita makan ramai ramai".

"Nanti barulah boleh sambung buat kerja kolej balik". Kata Pit lagi.

"Wahhh mesti best, tak sabarnya aku nak tunggu esok". Kata aku kepada Pit.

Kami pulang kerumah, setelah penat berjala jalan. Melihat Jiji duduk didepan television sambil memegang gitar.

"Bosan ke bro?" Tanya Pit kepada Jiji.

"Mau tak bosan". Balas Jiji sambil tersenggeh memandang Pit.

"Makanan aku mana?"
Tanya Jiji.

"Ada tu dekat Jali". Balas Pit lagi.

"Thanks thanks" Jiji tersengeh.

"Pergilah makan Jiji".
Aku menyuruh Jiji makan nasi goreng kampungnya.

"Kejap lagi lah Rin, tadi aku dah bedal roti bakar.
Nanti aku lapar, aku makan". Jawap Jiji.

Kami semua duduk diruang tamu.
Jali selaku ketua memulakan pebincangan untuk hari esok.

"Ok esok kita akan kebeberapa tempat bersejarah dekat sini.
Sebab aku tak arif sangat dengan tempat ni, aku nak Sham atau Pit yang membawa kita pergi ke tempat tempat itu".
Sham dan Pit bersetuju.

"Lepas tu tengahari kita balik makan rumah mak aku.
Mak aku masak asam pedas".
kata Pit.

"Wohhhh kecur air liur aku dengar asam pedas Pit...
Terbaiklah Pit". kata Jiji lagi.

"Ahaaalah aku pun dah lama tak pekena asam pedas orang melaka ni". Sampuk Jali.

"Mesti power, dapat makan asam pedas dari melaka" Kata Jiji lagi dan kami semua ketawa.

Aku duduk diatas karpet sambil bersandar disofa.
Manakala Pit duduk diatas sofa.
Pit membelai belai rambut aku dan mencium rambut aku.

"Aku suka bau rambut kau" Kata Pit.
Aku tersenyum dan menggangkat tangan aku dan aku letak dipeha Pit.

Pit mengurut urut leher aku.
Jiji tiba tiba berubah wajah, dari gembira menjadi masam.

Bila sorang sorang bangun dari tempat duduk dan masuk ke dalam bilik masing masing, Pit juga mengajak aku masuk ke dalam bilik.

"Ehh tak pe?
kau pergilah dulu.
Aku nak tengok television ni, mata aku tak mengantuk". Kata aku kepada pit.

Pit lantas banggun dan terus masuk kedalam biliknya.

"Nanti bila kau nak tidur, kau ketuk bilik aku ye Rin.
Aku nak lepak dengan kau dekat dalam bilik kau".
Kata Pit sambil tersenyum.
Aku juge membalas senyuma Pit.

Aku duduk disofa, satu seat.
memandang keastro yang Jiji sedang tengok.

"Jiji, Aku nak tidur luar dengan kau boleh?
Aku rasa, bahayalah aku tidur dekat dalam bilik.
Aku takut Pit masuk dalam bilik aku.
Kau tau lah, Apa akan jadi nanti.
Aku takut tak dapat kawal nafsu aku ni".
Kata aku selamber kepada Jiji.
Tersenyum Jiji memandang aku, bila aku dengan selambernya berkata begitu.

"Baguslah kalau kau bukan perempuan macam tu.
Pergi ambil bantal dengan selimut kau.
Kita tidur berdua depan ruang tamu ni"

Jiji terseyum memandang aku.
Aku pula bangun dan masuk kedalam bilik untuk mengambil bantal selimut dan baring diatas sofa dua seat.

"Barulah aku rasa selamat sikit bila tidur sini". Kata aku kepada Jiji.

"Kau jangan takut beb. Kau akan sentiasa selamat bila dengan aku.
Kata Jiji sambil tersengeh sengeh.

"Tapi malam ni aku nak peluk kau boleh". Kata Jiji yang cuba melawak kepada aku.

"Gatal"

Aku dan Jiji ketawa berdua.

"Jiji meh sini sekejap, kau nak tengok sesuatu tak?" Kata aku sambil mengambil handphone diatas meja.
Aku menekan galeri handphone dan menunjukan gambar Jiji masa tidur di Genting hari tu.

"Hahahhaha jahatlah kau ni Rin".
Sambil mencubit pipi aku.

"Padamlah!" kata Jiji.

"Kau nak buat apa simpan gambar buruk aku tu Rin".
kata Jiji lagi.

"Buruk ke?
Bagi aku sweet sangat.
Kalau aku buang, nanti aku rindu moment ni".
Kata aku kepada Jiji.

"Boleh simpan. Tapi jangan masuk ke Instagram pula.
Kurang followers aku". kata Jiji sambil ketawa memandang aku.

"Tapi janji! Jangan nak nakal nakal". Kata aku. Tiba tiba ayat itu keluar dari mulut aku. 

Hiss apa yang aku cakap ni! Bisik aku.

Terseyum Jiji memandang aku.

"Nakal sikit boleh kann".

Aku dengan Jiji sentiasa bergurau dan usik mengusik antara satu sama lain...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience