bab24

Romance Completed 3090

"Ehh, aku ok je lah"
kata aku kepada Mil dan Nani.

"Aku main main je tadi!"

"Hurmmm mengada tau, suka main main".
kata Mil.

"Amacam dapat tak Pit.
Nampaknya macam Pit yang tergila gilakan kau?" tanya Nita,sambil ketawa.

"Hurmmm, aku dah bagi tau Pit, aku tak nak dia.
Aku tak sampai hatilah beb, dekat Moon.
Aku rasa biarlah dia berdua.
Tak payah rampas kebahagiaan orang lain.
Pit pun boleh terima aku tolak cinta dia.
So aku free sekarang.
No boyfriend no love".

"Baguslah tu Rin, kau carilah orang lain yang betul betul sesuai dengan kau" 
kata Nita.
Aku hanya tersenyum.

"Jommm siap, kita nak pergi makan".
Kata Mil.

"Hurmmm aku tak seleralah beb.
Korang pergi je lah.
kau belikan aku apa apa.
Aku nak mandi. Lepas tu, aku nak berehat".
Kata aku kepada Nita dan Mil.

Mereka pergi meninggalkan aku seorang diri didalam rumah.
Lepas mandi dan hendak masuk kedalam bilik untuk memakai baju, aku terdengar petikan gitar diruang tamu.
Hanya melodi sahaja, tiada orang yang menyanyi.
Aku memakai baju tidur dan terus keluar dari bilik pelahan lahan.
Bila keluar dari bilik, lega hati aku.
Bila nampak Jiji ada di dalam rumah.

"Ehhh dia ni tak ikut mereka semua pergi makan ke?"
Tanya aku di dalam hati.

"Terperanjat aku Jiji".
Kata aku kepada Jiji.

"Aku ingat tadi, aku sorang je dalam rumah ni?
Kenapa tak ikut mereka semua?"
Tanya aku lagi.

"Nita cakap kau tak nak ikut.
Aku risau, itu yang aku nak temankan kau". Kata Jiji.

Aku terus berjalan dan duduk berhadapan sofa Jiji.

Jiji memgerutkan dahinya.

"Kenapa dengan kau Rin.
Aku ada buat salah ke?
kau tak sehat ke?
Aku risaulah". Tanya Jiji.

"Kenapa kau nak risaukan aku!" 
Tanya aku kepada Jiji.

"Ehhh mestilah aku risaukan kau.
Kau kan cinta hati aku". Sambil Jiji tersenyum.

"Sudah sudahlah bergurau Jiji.
Aku dah muak dengar kau bergurau!"
aku mula meninggikan suara kepada Jiji. 

"Aku dah muak dengar kata kata Jiji yang tak pernah nak serius".

"Aku kadang kadang tak tau, kau ni betul betul atau bergurau dalam hal kita.
Hurmmmm pening aku.
Mula sekarang, aku rasa tak payahlah kau nak risau risaukan aku lagi.
Lagi satu, aku tak nak kau bergurau, tentang kau suka aku atau sayangkan aku.
Aku dah bosan kau tau tak Jiji.
Lagi pun, Aku ni bukan siapa siapa pun dengan kau?
Lebih baik kau tumpukan pada pertunangan kau nanti Jiji.
Cukup cukup lah tu, bergurau dengan aku".
Kata aku sambil memasang rokok, bila aku pasti semua orang tak ada didalam rumah.

"Kenapa kau berubah Rin?
Kata kata aku, semuanya betul Rin.
Aku sayang kau.
Aku suka kau.
Aku nak kan kau.
Aku tak main main, aku tak bergurau.
Bahagian mana yang kau tak faham ni Rin?" Tanya Jiji.

"Cukup lah tu Jiji. Boleh jangan bagi aku bercelaru!
Kau sayang aku untuk apa?
kau suka aku untuk apa?
kau nak aku untuk apa?
Untuk kau ketawa, dapat main mainkan hati aku.
Itu tak lucu Jiji".
Kata aku kepada Jiji.

"Aku letih Jiji.
Aku letih dengan semua lelaki yang gila".
Balas aku.

"Kau tanya aku untuk apa Rin?
Heii, kenapa ni Rin?
Kau tak suka aku ke?
Tapi kenapa kau tinggalkan Pit?"

"Tolong jangan tanya, kenapa aku tolak cinta Pit.
Aku dah malas dengan semua kerja gila ni..
Kau pun jangan bagi aku bertambah bercelaru.
Kau dah nak bertunang.
Tapi kau layang aku untuk apa?
kalau layan hati aku untuk apa Jiji?
Dahlah, aku dah malas".
Aku memadamkan rokok dan terus hendak bangun dari sofa. Jiji menahan aku untuk pergi.

"Aku dah faham Rin.
Aku dah faham kata kata kau.
Maafkan aku Rin!
Tapi aku sayang kau".
kata Jiji.

"Diam Jiji! Aku tak nak dengar lagi Jiji.
Kau jangan nak buat jiwa aku terseksa.
Kau jangan nak bergurau gurau lagi dengan aku. Jiwa aku sudah cukup terseksa.
Aku tak pernah rasa bahagia dalam Cinta.
Tolong jangan tambah benci aku kepada Cinta".
Aku duduk semula, memandang Jiji.
Jiji juga memandang aku.
Terpancar diwajahnya rasa bersalah terhadap aku.
Wajahnya juga agak kusut, kerana dia masih tidak dapat meneka, kenapa aku marah dengannya.

Jiji memcapai gitarnya.
dan mula memetik gitarnya.
sambil menyanyi.
......
*Maafkan aku sayang,
andai aku menyakiti hati mu.
tidak ada sedikit pun niat untuk, 
melukai hati mu sayang.

Antara kau dan dia,
ada tersimpan rasa sayang.
Aku tahu kau kecewa terhadap diri ku,
tapi aku mahu kau tahu.
Aku lebih rela bersama mu.

Pertemuan kita yang singkat,
tapi penuh bermakna dalam Jiwa ku.
Bersama kau, hidup ku penuh keindahan.
Maafkan aku sayang*
....

"Cukuplah tu Jiji.
Aku rasa, aku tak sesuai buat kau.
Bila aku mula sukakan kau dan aku dapat tahu kau akan bertunang,
Aku rasa baiklah aku berjauhan dari kau.
Aku takut Jiji.
Aku takut, jadi perosak kebahagian kau.
Macam yang kau cakap dengan aku, masa kau cuba merampas Pit dari Moon".

"Jangan jadi pernah perampas hak orang lain".

"Sekarang aku sedar Jiji.
Aku tak layak bersama Pit, mahu pun bersama kau".

Jiji meletak gitarnya ke tepi dan bangun, terus datang kepada aku semula.

"Oh pasal itu ye Rin"
kata Jiji.

"Rin, aku nak kau tau.
Hati aku berbelah bahagi sekarang.
Cerita aku suruh ibu aku masuk merisik perempuan itu, adalah cerita sebulan yang lepas.
Sebelum aku kenal dengan engkau Rin.
Tapi, aku tak sangka.
Mak aku pergi kerumah perempuan itu semalam.
Aku tak sempat menalifon ibu aku.
Untuk memberitahunya, jangan pergi merisik.
Hurmmm aku leka bila bersama kau Rin".
Kata Jiji kepada aku.

"Bila pertama kali bertemu kau,
aku mula tertawan hati.
Wajah kau, selalu terbayang.
Walau pun aku suka bergurau, dengan kau.
Tapi, tentang sukakan kau, aku tak pernah bergurau Rin.
Aku serba salah sekarang ni".
Kata Jiji lagi.

"Maafkan aku Jiji.
Kalau dijodoh kau, aku tak nak jadi penghalang.
Aku nak kau terima dia, bukan aku.
Sebelum kau kenal aku, kau suka diakan.
Aku nak kau teruskan, hajat hati kau.
Jangan perpatah balik benda yang baik.
Aku tak nak jadi penghalang".
Kata aku kepada Jiji.

Aku bangun dari sofa.
Jiji melutut dan menarik tangan aku.
supaya aku duduk.

"Aku nak tanya kau" 

"Kenapa kau tak terima cinta Pit!
Kenapa Rin?
Takkan lah kerana aku cakap dengan kau, jangan jadi peramas hak orang lain, kau terus tidak terima Pit.
Atau ada sebab lain?
Aku nak kau berterus terang dengan aku Rin.
Di sini kita berdua sahaja.
Aku tak nak kau menipu aku".
kata Jiji.

Aku memandang Jiji yang masih lagi melutut dan memegang tangan aku...

"Jiji, Aku serba salah nak cakap.
Aku harap, lepas apa yang aku cakap, kau tetap kena terima bakal tunang kau, bukan aku".

"Kau tau Jiji! 
Sejak pertemuan kita di Genting,
aku mula tertawan, bila melihat cara kau melayan aku.
Bila dengan kau, aku rasa selesa sangat".

"Aku mula sayang kau.
Kini bertambah sayang, bila kau selalu menasihatkan aku.
Kau buat aku sedar.
Tapi apakan daya aku.
Kau juga sudah berpunya.
Aku terpaksa undur diri, untuk bagi kau lebih ruang untuk pertunangan kau nanti".
kata aku kepada Jiji.

Jiji bangun dan memeluk erat aku...

"Rin! Aku juga sayang kau.
Aku juga suka kau.
Aku rasa bersalah dengan kau Rin.
Sepatutnya aku tak terburu buru.
Tapi segala yang berlaku itu, sebelum aku kenal kau Rin.
Tolong bagi aku peluang Rin.
Biar aku betulkan semula keadaan ini.
Tolong ye Rin.
Izinkan aku sayang kau.
Izinkan aku cintai kau".
Kata Jiji.

"Aku tak pernah halang orang dari cintakan aku.
Aku juga tak pernah halang orang membenci aku.
Aku adalah aku Jiji.
Aku tetap jadi aku.
Seorang yang tidak pernah beruntung dalam cinta.
Tak guna hidup cantik, tapi selalu kecewa.
Rasanya baiklah kita berkawan.
Aku senang bila berkawan dengan kau. Hati aku lebih tenang.
Lepas ini kau jangan kacau hati aku lagi Jiji.
Aku takut, bila aku sudah sayang, 
Pasti akan ada perkara buruk yang akan terjadi.
Seperti sekarang ni!
Seperti cinta cinta aku yang dulu.
Cinta aku dikhianati, bercinta dengan lelaki yang hanya mahukan nafsu.
Sudah puas aku hadap semua ni Jiji.
Mula sekarang aku tak nak mencari cinta". 
Kata aku kepada Jiji.

"Tolong pertimbangkan semula cinta aku Rin.
Jangan buat aku, terus menunggu".
kata Jiji.
Sambil Jiji memandang tepat ke mata aku.

"Aku sayangkan kau Jiji.
Tapi aku tak boleh terima kau.
Kau sudah jadi hak orang.
Terima kasih sudi sayang aku Jiji".
kata Aku kepada Jiji.

Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik.
dan meninggalkan Jiji seorang diri diruang tamu.

Tiba tiba aku mendengar orang menjerit di luar bilik.

"Aku sayang kau Rin"
Tolong jangan buat aku macam ni!
Aku sayang kau! kau tau takk!"

Berdebar hati aku,
Aku keluar dari bilik dan terus kepada Jiji.

"Heeeiiii, kau ni dah kenapa Jiji!
Kenapa jerit jerit.
Nanti jiran jiran ingat apa pulak".

"Aku, tak boleh macam ni Rin.
Aku tak boleh tahan perasaan aku kepada kau.
Aku mula sayang kau.
Aku tak sanggup kehilangan kau, kau faham tak.
Aku tak boleh kehilangan kau..l
aku sayang kau".
Kata Jiji.
Rin lantas datang kepada Jiji dan memeluknya.

"Heiii, kenapa macam ni Jiji!
Jangan buat macam ni!
kenapa nak jerit jerit.
Shuuuhhh diam Jiji.
Aku ada dengan kau ni".
Sambil aku memeluk kuat Kuat Jiji, agar Jiji lebih tenang..
Kelihatan Jiji lebih tenang, bila aku memeluknya.

"Tolong Jiji, jangan buat aku serba salah.
Tolong bertenang dan berfikir Jiji.
Aku tak nak kau ikut emosi.
Bertenang dan berfikir, ok sayang!"
Kata aku kepada Jiji.

Bila melihat Jiji mula tenang dan duduk bersandar disofa, aku melangkah masuk kedalam bilik, meninggalkan Jiji yang mula tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience