bab30

Romance Completed 3090

"Projek kita yang akhir ni, nampaknya mencabarkan Jiji". kata aku kepada Jiji.

'Aku risau lah Jiji... Hati aku mula rasa tak sedap ni". Kata aku lagi kepada Jiji.

"Kau nak takut apa?
Aku kan ada!" kata Jiji sambil memeluk aku didalam Van.

"Kalau kau rasa takut, kau peluk je aku kuat kuat". Kata Jiji sambil ketawa...
Berpusing Pit, bila Jiji ketawa kuat.
Aku terseyum memandang Pit. 

"Gila betul si Jiji ni! Pergi ketawa kuat kuat buat apa". Bisik aku.

Sampai dikedai makan yang di katakan oleh Pakcik tersebut, kami semua turun untuk makan dan berjumpa pakcik tersebut.
Kelihatan pakcik sudah ada dikedai makan dan menatikan kami. Aku duduk bersama pakcik itu. Mana kala yang lain pergi mengambil makanan nasi campur di tempat makan yang telah di sediakan.

"Kamu tak makan ke?"
Tanya pakcik itu.
"Kejap lagi saya ambil, biar mereka ambil dulu".
Kata aku kepada pakcik tersebut dan Pak cik itu sambung semula makan.
Bila mereka sampai, aku pula bangun mengambil makan dan duduk semula bersama mereka.
Kami makan bersama sama.
Habis makan, kami memulakan wawancara kami dan pakcik memulakan ceritanya tentang tempat itu...

"Kalau kamu semua nak tau tentang tempat itu, ceritanya begini.
Dulu tempat itu sanggat cantik.
Di jaga dan di hias cantik...
Bilik bilik juga dijaga dan mesti sentiasa kelihatan kemas".

"Kalau kamu nak tengok tempat itu dulu, sekejap pakcik ambil gambarnya.
Pakcik ada bawa, untuk tunjukkan kepada kamu semua". Kata pakcik itu dan terus banggun dan pergi ke bakul motornya.
kelihatan ada paper bag didalam bakul motornya.
Pak cik itu datang kembali dan menunjukkan kami gambar gambar tersebut.

Memang cantik tempatnya. Seperti resort 5star.

"Cantiknya pakcik tempat itu!" Kata aku kepada pakcik tersebut.
Tiba tiba pak cik itu mengeluarkan pula gambar kelurga pemilik tempat itu.

"Inilah pemilik tempat itu. Namanya Dato Azhar.
Dia sanggat baik dengan pakcik dan perkerja perkerja yang lain".

"Ini pula isterinya dan 3 orang anaknya.
2 perempuan dan seorang lelaki"
Tunjuk pakcik itu kepada kamu.
Gambar gambar keluarga pemilik itu dan Pak cik mula bercerita.

"Satu hari, anak anak pemilik tersebut yang berusia 12 tahun 10tahun dan 8tahun yang lelaki masa tu.
Mereka mandi mandi dikolam renang dan dijaga oleh Ibunya. 
ibunya sebuk membaca, sampai tidak perasan salah seorang anak perempuannye yang berusia 10tahun, seorang diri, telah pergi kelaut dan mandi dilaut.

Tiba tiba terdengar jeritan, budak lemas! budak lemas!
Si ibu baru perasa, anak perempaunya yang lagi seorang sudah tiada didalam kolam.
Berlari si ibu mendapatkan jeritan orang tadi.
Bila dia berlari pergi, dia dapati anak perempuannya yang telah lemas dilaut.
Anaknya tak dapat diselamatkan.
Dia meninggal disitu juga.
Sejak dari itu, Dato sudah jarang datang kemari.
Si ibu akan terkenang kenangkan si anak, bila datang kemari".

"Pada mulanya! Dato masih menjaga tempat ini. Lama kelamaan, staff ramai diberhentika. Dengarnya Dato sudah tidak mampu lagi membayar gaji perkerja. Dato ada masaalah kewangan. Sejak dari itu juge, tempat ini macam sudah tak berapa maju lagi... Kerana kurang dipromosikan oleh Dato. Hinggalah mahluk mahluk lain datang menumpang. Kadang kadang kelihatan juga seorang budak, berlari lari ke sana kemari. Tapi bila dilihat, tidak ada orang".

Cerita pakcik tersebut.

Terleka kami mendengar cerita pakcik.
Dan masih setia memdengar ceritanya.

"Tapi tak semua bilik akan di kacau atau ternampak! Kira nasib nasib aja". Kata pakcik tersebut.

"Ada penghuni yang kata tak ada apa apa berlaku sepanjang mereka menginap di sini.
Ada pula yang marah marah pak cik.
Katanya dia kena kacau.
Yang sebenarnya, mana mana hotel atau resort, memang ada yang menghuni.
Semua tempat pun ada. Cuma nasib kita sahaja.
Kalau kita tak nampak, alhamdulillah.
Tapi kalau kita nampak, jangan lah kita tegur tegur. Kita buat tak tahu sahaja.
Insyaallah, benda itu akan pergi sendirinya".
Kata pakcik itu lagi.

"Pak cik teringgat satu cerita, sebuah keluarga yang pernah menginap di sini.
ceritanya begini.
Resort itu didatangi 3 keluarga yang mahu menginap di resort itu!
Mak dan bapa mertuanya pun ikut sama.
Percutiannya selama 3 hari 2 malam di situ.

Nak dijadikan cerita, mereka check-in dah ptg sebab ramai orang yang nak check in masa itu. Masa itu, masih ramai penghuni, bila hujung minggu. 

Jadi dekat pukul 3.30 ptg baru dapat masuk Apartment.
Mereka ambil apartment 3 bilik.
Elok lah tu kan. Sorang satu bilik".
kata pakcik itu tersenyum.

"Menjelang magrib mereka berborak borak didepan ruang tamu! bersama sanak saudara. Tengah rancak berborak, tiba tiba pintu diketuk.
Si pencerita banggun untuk buka pintu. 
Bila dia buka pintu, tak ada org pun diluar..
Dia keluar menjengguk, tapi tidak ada juga.
Dia terus tutup pintu.
Tapi mereka tak adalah sangka yang bukan bukan.
Mungkin budak budak atau orang salah ketuk.
Keesokkan paginya, mereka sekelurga, pergi keluar sarapan dikawasan bawah aprtment.
Tiba tiba, mak mertua dia buka mulut".

"Katanya, malam tadi dia terdengar orang berdengus! Kuat sangat. Dia mengejutkan suaminya yang tidur disebelah. Dan memberi tahu, tentang bunyi tersebut. Bapa mertuanya juga dengar benda yang sama! Korang tau lah, orang tua! Memang beranikan". Kata Pakcik sambil ketawa. Kami juga ketawa dan pakcik menyambung semula ceritanya.

"Lantas bapa mertuanya bangun dan terus keluar dari bilik dan diikuti Mak mertuanya. Bapanya memasang telinga dan mencari arah suara berdengus itu. Siara itu membawanya kepintu kaca dibalconi yang tertutup dengan lansir. Lantas bapanya menarik sedikit langsir. Terperanjat bapanya! Bila melihat Anak kecil yang basah lencun seperti lepas keluar dari kolam renang. Sambil mendengus didepan pintu kaca balconi... Beristifar bapa mertuanya. Lantas menutup semula lansir. Ibunya bertanya kepada suaminya, apa yang dia nampak. Bapa mertuanya hanya menggelengkan kepalanya dan menarik isterinya agar tidur sahaja".

"Malam ke dua, malam terakhir mereka diganggu dengan bunyi bising di tingkat atas.
Bunyi barang di alih alihkan. Tapi mereka buat tak tau je. Dalam pukul 2pagi sipencerita pula terjaga. Dia terdengar budak kecik meminta tolong, kedengaran suara sayu aje. Dia kejutkan suaminya dan mereka berdua bangun dan mendengar sahaja jeritan meminta tolong itu.

Suaminya tak bagi dia pergi ke balconi. Kerana takut, perkara yang sama terjadi kepada bapa mertuanya.
Mamun, dia beria ria nak pergi keluar tengok. Belum sempat dia nak ke balconi, dia terdengar suara perempuan menjerit.
Terus dia tak jadi mengintai keluar.
Nasiblah malam tu tak da lagi yg misteri.
hanya dengar bunyi bunyi suara dan bising, itu sahaja". Cerita PakCik itu lagi.

"Dia berceritakan peristiwa itu kepada pakcik, kerana dia juge ingin tau. Siapa yang menangis dan menjerit, sepanjang malam mereka disitu". Cerita pakcik itu lagi..

"Ok lah! Pak cik rasa, sudah cukuplah apa yang pakcik kongsikan.
Pakcik doakan kajian kamu akan berjaya.
Pakcik kena pergi sambung kerja pakcik.
Ini! pakcik nak nasihatkan kamu.
Jangan keluar dari apartments lepas pukul 12 malam, bahaya". Kata Pakcik itu lagi dan Pak Cik itu berlalu pergi.
Kami berpandangan antara satu sama lain.
Keseraman mula terasa, selepas mendengar cerita Pakcik jaga itu.

"Macam manalah nak hadap malam terakhir ni ye!
Ketakutan mula menyelubungi jiwa aku".
Bisik aku didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience