“Aishah tidur sini ye malam ni?”
“Aduh! Suka sangatlah mama Ikmal ni ajak aku tidur sini..” Aishah mengomel sendiri. Teringat hari pertama dia berjumpa dengan puan Hendon beberapa bulan yang lalu, itu juga yang di pintanya.
“Kali ni Aishah tak payah kongsi bilik dengan mama lagi, mak Som dah siapkan bilik untuk Aishah. Yelah, mamakan dah ada papa..” sambung puan Hendon tersenyum pada Ikmal dan suaminya, Hj Mustafa. Ikmal juga turut tersenyum. Aishah bukan isterinya, kalau tidak tentu biliknya menjadi tempat peraduan Aishah. Aishah juga tersenyum, entah untuk apa senyumannya dia sendiri kuarang pasti!
“Aishah tinggal sini terus sampai kita kahwin ye?” ayat dari Ikmal membuat senyuman Aishah terus mati. Gila. Belum kahwin sudah hendak tinggal di sini?
“Betul tu Aishah.” Sambut puan Hendon pula membuat Aishah semakin terpaku. “Takkan menantu mama nak tinggal kat rumah kebun tu lagi. Lagipun takkan Aishah masih nak kerja kat situ. Aishah tinggal sini ye…?”
“Tapi mama… kamikan belum nikah?” lupakah puan Hendon yang dahulunya mereka hanya berlakon?
Puan Hendon tersenyum mendengar kata-kata Aishah. Faham akan perasaan yang bermain di fikiran bakal menantunya itu. “Itu mama tahu, tapi bukan hanya Aishah dan Ikmal kat sini. Bukannya lama pun sebulan saja.”
“Sebulan?” kurang mengerti Aishah dengan kata-kata puan Hendon.
“Yelah, lepas tu kamu berduakan dah nak nikah.”
“Dah nak nikah?” perlahan Aishah bersuara. Kurang yakin dengan pendengarannya.
“Habis Aishah nak tunggu sampai bila? Abang takut nanti Aishah hilang lagi. Lepas semua urusan selesai kita nikahlah, nak tunggu apa lagi? Semuanya abang dah uruskan.” Aishah masih terpinga-pinga dengan penerangan Ikmal. Bila mereka berbincang?
“Bila abang dapat surat permohonan dari Aishah hari tu abang terus berbincang dengan mama, abah dan mak Som tentang perkahwinan kita. Semua sepakat supaya kita nikah cepat-cepat. Semua orang sayang Aishah dan tak mahu Aishah hilang lagi.”
“Cepatnya..” keluh Aishah perlahan. Tidak disangkanya mereka telah terlebih dahulu membuat perancangan tanpa pengetahuannya. Otaknya masih ligat memikirkan apa yang sepatutnya dikatakan dan apa yang sepatutnya dilakukan.
“Kerja Aishah macam mana?” tiba-tiba itu sahaja soalan yang mampu terfikirkan olehnya.
“Aishahkan tak diterima tadi, dah kena reject….!” Meledak ketawa Ikmal mendengar pertanyaan Aishah. Begitu juga puan Hendon dan suaminya.
“Aishah.. Aishah….! Buat masa ni Aishah tumpukan perhatian pada persediaan perkahwinan kita dulu, lepas tu nanti baru fikir pasal kerja. Nak kerja kat mana pun boleh. Dengan papa pun boleh, dengan abang pun boleh, nak jadi surirumah sepenuh masa pun, lagi bagus…!”
“Ha! Jadi suri..” kata-kata Aishah mati disitu. Dia menarik nafas panjang. Pening memikirkan apa yang sedang terjadi. Semakin berselirat otaknya bagai baru turun dari roller coster.
“Dahlah, Aishah pergi rehat dulu. Besok banyak kerja nak buat. Besok kita pergi saloon ye?” pinta Puan Hendon lembut sambil menatap Aishah.
“Pergi saloon? Nak buat apa mama?”
“Besokkan nak celebrate mama dan papa punya anniversary…. tiga puluh tahun. Mal tak cakap?” Jawab puan Hendon tersenyum memandang suaminya. Kelihatan bahagia sekali mama dan papa Ikmal walaupun sudah tiga puluh tahun berkahwin, masih manja dan romantik. Akan begitukah Aishah dan Ikmal nanti? Aishah tersenyum sendiri. Hmmm! Tadi bukan main buat muka terkejut bila dapat tahu hendak kahwin lagi sebulan, sekarang dah mula hendak berangan..!
Share this novel