“Aishah selalukah macam ni?” Tanya puan Hendon bila sampai di pondok.
“Bila kupas mempelam muda selalunya macam nilah jadinya.”
Ikmal yang sedang membaca majalah cuma mengerling kearah ibunya dan Aishah. Hatinya agak sebal kerana Aishah hanya mengupas buah mangga tadi tanpa memotongnya. Sengaja dibiarkan mangga tersebut tidak bersentuh seperti mana yang ditinggalkan Aishah tadi, tunjuk perasaan konon..!
“Habis Aishah tak boleh makan mangga mudalah?” terdengar lagi suara puan Hendon bertanya.
“Makan tu boleh, tapi lepas tu mulut Aishah ni pun bengkak sekalilah. Mama bayangkan kalau keadaan mulut Aishah sama macam tangan ni, tak ke macam Donald duck jadinya.” Jawab Aishah dengan ketawa manja pada puan Hendon.
“Dah tahu tak boleh, buat apa kupas. Nanti siapa nak makan dia kupaslah sendiri.” Soal puan Hendon sambil melihat buah mangga muda yang telah siap dikupas.
“Abang nak makan tadi. Sebab tu Aishah kupas.”
“Kupas buat apa? Tengok.. tak berbaloi pun Aishah sakit-sakit dan bengkak tangan macam ni, bukan dia makanpun. Asyik dengan magazine tu saja. Business juga yang penting.” Tingkah puan Hendon.
“Kenapa dengan tangan Aishah?” soal Ikmal sudah berminat ingin tahu. ” Ya Allah! Kenapa ni? Sampai bengkak, merah macam ni?”
“Kenapa lagi… Mal punya pasallah..! sebab nak bagi Mal makan mempelam muda tu Aishah kupas juga walaupun dia alah pada getah mempelam tu.” Terang puan Hendon dengan wajah yang sudah mencebik pada Ikmal.
“La.. Mal bukan paksa. Kalau dah tak boleh buat apa buat? Kan sendiri yang susah.” Wajah Aishah direnungnya. Aishah membalas renungan Ikmal, lebih tajam lagi.. bukan main lagi Ikmal cakap tidak memaksa padahal tadinya dia juga mengatakan tidak akan makan kalau bukan Aishah yang mengupas.
“Ok.. Ok! I’ m sorry. Memang abang paksa tadi. Maafkan abang k!” tangan Aishah diusapnya penuh sayang. Aishah sudah memerah pipinya, malu dilihat puan Hendon. Perlahan tangannya ditarik dari pegangan Ikmal. Kali ini Ikmal beralih pula mengusap pipi Aishah, tanpa memperdulikan ibunya disitu.
“Mal..apa ni? Belum kahwin lagi, suka hati dia saja buat macam tu dekat Aishah.” Marah puan Hendon sambil memukul kuat bahu Ikmal membuat Ikmal tersedar dan terkejut. Aishah yang tadi sudah berasa malu mula ketawa melihat gelagat dua beranak tersebut. Gelihatinya melihat Ikmal yang sudah mula kalut.
“Oooo… seronok ye abang kena marah dengan mama..? tak pe….!” Ikmal pura-pura merajuk namun akhirnya tersenyum bila melihat Aishah masih lagi ketawa. Pertama kali melihat Aishah ketawa dengan riang begitu, membuat hatinya berbunga bahagia. Dia mahu Aishah bahagia, sudah banyak penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
“Amboi seronoknya ketawa…! Ada apa ni?” celah mak Som yang entah dari mana bersama mak Yam dan Alia.
“tak ada apa mak Som…!” jawab Aishah masih lagi dengan sisa ketawnya. “banyaknya pucuk paku, dapat mana tu?” soalnya kembali bila dilihat mak Som dan mak Yam masing-masing membawa seberkas pucuk paku di tangan mereka.
“tu kat tepi anak sungai tu bukan main banyak lagi..” terang mak Yam sambil memuncung kearah belakang pondok.
“Ada sungai kat sini?” soal Aishah seakan teruja. Sudah lama dia tidak main di sungai. Dulu di kampung dia selalu mandi di sungai yang berhampiran dengan rumah mereka.
“Aishah nak ke sana?” Soal Ikmal. Tanpa menunggu jawapan, tangan Aishah sudah dicapainya.
“Alia nak ikut…” Alia yang baru duduk di atas pondok turut bangun untuk mengikut mereka.
“Dah.. dah.. Alia duduk situ. Abang nak bawa kakak saja, jangan nak kacau daun.” Tegah Ikmal dengan senyum nakal pada ibunya, mak Som dan Mak Yam.
“Teruklah abang niii…” Alia memuncungkan mulutnya. Punggungnya sudah dilabuhkan di anak tangga pondok, kecewa tidak dibenarkan ikut oleh Ikmal.
“Mal.. jangan nak ngada-ngada bawa Aishah tu jauh-jauh. Kena tangkap basah nanti baru tahu.” Jerit puan Hendon dari atas pondok.
“Kena tangkap basah lagi bagus ma. Taklah Mal susah hati kehilangan Aishah lagi. Confirm kena kahwin.” Bersahaja saja Ikmal membalas kata-kata ibunya.
“Nak ajak tengok baju pun susah sangat, ada-ada saja alasan.” rungut Ikmal setelah sampai di tepi anak sungai.
Aishah bungkam. Sudah dua tiga kali dia menolak ajakan Ikmal untuk pergi melihat baju pengantin. Sebuah keluhan dilepaskan.
“Apa nak kalut sangat. Tak perlu nak tergesa-gesakan?” soalnya kemudian sambil melihat anak-anak ikan yang berenang di dalam anak sungai yang jernih.
“Cakap saja tak nak kahwin dengan abang…”
“Kalau memang..?” pintas Aishah sudah hilang sabar. Tangannya digenggaman Ikmal direntap kuat. Ikmal yang berdiri terlalu hampir dengan tebing sungai mula terhoyong hayang. Tangan Aishah masih kuat digenggamannya. Ikmal sudah tidak dapat mengimbang badannya lagi. Dia sudah melongsor ke dalam anak sungai menarik sekali Aishah yang masih dipegang kuat.
Kedua-dua mereka sudah tergolek ke dalam sungai yang tidak dalam airnya tapi sudah cukup membuat mereka basah kuyup.
“Aishah ok?” soal Ikmal setelah Aishah duduk di tepinya, masih di dalam air.
“Abang ni teruklah, dah nak jatuh tu tarik Aishah sekali!” rungut Aishah sambil meraup air dimukanya.
“Memang abang takkan lepaskan Aishah lagi. Nak jatuh ke, tergolek ke nak bangun ke… kita tetap sama-sama.” Rambut Aishah yang berjuntai di tepi pipi di kuis ke tepi. Aishah mengerling seimbas ke wajah Ikmal. Ikmal tersenyum. Tangannya dihulurkan untuk menarik Aishah bangun. Aishah akur. Keduanya akhirnya selamat tiba ke tebing sungai.
“Ha.. ha.. ha! Yee padan muka abang dan akak jatuh sungai. Tulah tak nak bagi Alia ikut lagi…..” tiba-tiba terdengar ketawa kuat Alia mengejek mereka.
“Alia ni, jangan nak menyibuklah. Jaga nanti abang piat telinga tu… tak dengar cakap abang, kan abang kata jangan ikut….” Alia cepat melarikan diri dengan ketawa yang semakin menjadi-jadi.
“Nanti Alia cakap mama, abang pegang tangan akak.. aaaa..” katanya sebelum hilang di sebalik pokok-pokok buah-buahan di situ.
Ikmal kembali menatap Aishah yang sedang tersenyum dengan gelagat Alia. Walaupun basah kuyup Aishah tetap manis.. tersangat manis!
“Esok kita pergi ye?” Pinta Ikmal lembut semakin mengharap.
“Masa pun dah semakin suntuk. Hujung minggu ni ada kursus, lepas tu interview, lepas tu…. kita kahwin .. ye?” Dagu halus Aishah diangkat supaya anak mata Aishah bertemu dengan anak matanya. “Hemm…? Setujukan? Please…” rayu Ikmal masih tidak berputus asa.
“Emmm.. kalau dah tertangkap basah macam ni, bolehkah Aishah lari lagi…?” jawab Aishah. Tanpa memperdulikan Ikmal yang termangu-mangu disitu. Langkahnya terus diatur menuju ke pondok dengan senyum yang semakin berseri. Senyum bakal pengantin..!
Share this novel