Terungkai sudah semua kekusutan yang dihadapi. Tapi dapatkah Aishah menerima semula ayahnya dengan mudah. Ayah yang selama ini hidup bersenang lenang dan membiarka dia hidup melarat. Ahh! Bukan ayahnya yang bersalah. Begitu juga ibunya. Puan Rubiahkah yang bersalah…? Sebagai seorang isteri dia juga tentu tidak mahu kasih sayang suami yang berbelah bagi.
Aishah termangu-mangu memikirkan semuanya. Apapun dia bersyukur niatnya untuk mencari walinya sudah tercapai. Yang merunsingkan Aishah sekarang ialah bagaimana penerimaan Nadia terhadapnya? Bolehkah dia diterima oleh Nadia sebagai adiknya? Aishah mengeluh perlahan.
“Lepas ni Aishah tinggal dengan mummy dan ayah ye?” Pinta puan Rubiah ikhlas, dia benar-benar mahu Aishah menjadi anaknya. Aishah diam. Wajah Ikmal di sebelahnya dicari. Ikmal juga tidak dapat memberi kata putus, mama dan papanya pula yang dipandang.
“Papa bukan nak halau Aishah, kalau Aishah tinggal di sana pun elok juga. Tapi kalau Aishah masih nak tinggal di sini pun papa tak menghalang. Rumah ini sentiasa terbuka untuk Aishah. Bukan lama kalau nak tinggal kat sana pun, sebulan saja. Bila dah kahwin nanti tentu Mal nak bawa Aishah tinggal kat sini juga.”
“Aishah mesti tinggal dengan ayah! Tak boleh tidak. Aishah anak ayah. Dah lama ayah cari Aishah, sekarang dah jumpa mana boleh Aishah nak tinggal dengan orang lain.” Semua mata tertumpu pada Aishah. Aishah masih kelu, fikirannya betul-betul buntu.
“Aishah rasa biarlah Aishah fikirkan dulu. Sementara tu Aishah tinggal kat kebun tu dulu. Nanti …”
“Aishah, takkan nak tinggal kat situ?” kata-kata Aishah cepat disanggah oleh Ikmal.
“Kat mana tu?” soal hj Mad yang kurang tahu tentang hal anaknya.
“Kat rumah kebun apek Lim tu uncle. Nak buat apa lagi kat sana? Dah ada tempat tinggal elok-elok, nak tinggal situ lagi..” Ikmal melampiaskan rasa tidak puas hatinya.
“Ayah tak benarkan. Sama sekali tak boleh! Ayah tak kisah kalau Aishah nak tinggal di sini untuk dua tiga hari, tapi lepas tu mesti tinggal dengan ayah!” tegas sekali hj Mad memberi perintah.
“Tak palah Aishah tinggal sini dua tiga hari. Bila dah tenang nanti Aishah pergi sana..” akhirnya hj Mustafa juga menyuarakan perkara yang sama. Dia faham keadaan Aishah yang masih dalam keadaan terkejut dan serba salah.
“So macam mana? Masih nak ke dusun lagi?” Soal hj Mustafa lagi pada hj Mad. Hj Mad mengeluh perlahan sambil merenung anak-anak dan isterinya.
“Elok juga kalau pergi, satu permulaan yang baik untuk semua orang, Kita buat family reunion, termasuk bakal menantu dan besan awak sekali?” sambung hj Mustafa lagi berseloroh, memaksudkan Ikmal, dia dan isterinya sebagai menantu dan besan.
“Elok juga. Lagipun semuanya dah selesai. Tu dalam kereta tu pun banyak makanan dah disiapkan.” Balas hj Mad pula sudah mula tersenyum.
“Tapi papa, Ikmal dan Aishah nak pergi tengok baju pengantin..” tingkah Ikmal kurang setuju untuk ikut sekali.
“Tak payah lagilah. Kita ikut ayah dulu.” Aishah pula menyatakan rasa kurang setujunya dengan kata-kata Ikmal. Dia masih belum dapat menerima sepenuhnya yang Ikmal betul-betul mahukannya sebagai isteri. Ikmal merenung tajam wajah Aishah. Dia sedar Aishah masih cuba mengelak bila disentuh tentang hal perkahwinan. Mungkin masih berasa hati pada sikapnya semalam. Hmm! Biarlah mungkin sehari dua ini Aishah dapat dipujuknya.
Share this novel