Hari ini genap seminggu Aishah bekerja dengan Ikmal. Wang pendahuluan lima ribu sudah diterimanya. Aishah terus sahaja ke hospital untuk bertemu dengan doktor Latiff, doktor yang merawat Alia. Wang sebanyak lapan ribu diserahkan pada doktor tersebut sambil berjanji untuk memberikan baki deposit sebanyak dua ribu lagi sebelum pembedahan dijalankan.
Selalunya hujung minggu seperti ini Aishah akan bersama dengan Alia dan Mak Som di pondok mereka, namun sejak dia berpindah kerumah yang disewa oleh Ikmal dia sudah tidak dapat bersama mereka lagi. Mahu saja rasanya dia membawa Alia dan Mak Som tinggal sekali dengannya disitu, tapi takut juga kalau puan Hendon tiba-tiba terjengol di rumah itu nanti dan dilihatnya ada orang lain di situ, susah pula hendak menjawab.
Aishah memerhatikan sekeliling rumah sewa tersebut, semuanya lengkap. Ada dapur untuk memasak, telivisyen, peti sejuk dan macam-macam peralatan lagi. Semuanya di suruh beli oleh mama Ikmal untuknya, kalau hendak harapkan Ikmal, tidak merasalah dia hidup selesa begitu.
Bagaimana agaknya jika puan Hendon dapat tahu keadaan sebenar nanti? Lambat laun perkara ini pasti akan terbongkar. Apa yang akan Ikmal lakukan? Kasihan juga rasa hati Aishah pada ‘ibu mertuanya’ itu. Bagaimana jika puan Hendon tidak pulang semula ke London selepas sebulan, masihkah Ikmal akan menipu ibunya? Termangu-mangu Aishah memikirkan perkara tersebut.
Puan Hendon begitu baik terhadapnya, malah dia dia sudah dianggap seperti anak sendiri. Mengapa dulu dia tidak memikirkan hal ini? Yang penting baginya hanyalah wang, tapi sekarang Aishah mula rasa bersalah yang amat sangat. Dia pasti puan Hendon akan terluka hatinya akibat dari lakonannya dan Ikmal. Ah! Semakin susah rasnya situasi yang akan dihadapinya nanti.
Lamunan Aishah terhenti bila taliponnya menjerit-jerit minta diangkat. Nama Ikmal tertera di skrin talipon tersebut. Tentu ada kerja buatnya hari ini.
“Awak siap sekarang, saya dalam perjalanan ni.” Pendek sahaja arahan Ikmal sebelum talian dimatikan.
“Dah dalam perjalanan baru nak call, tak cakap pula tu nak kemana. Dia ni memang menyusahkanlah. Mentang-mentang dia bayar gaji aku, ikut suka dia saja apa dia nak buat..” Rungut Aishah sendirian. Tangannya sudah ligat mencari pakaian yangs sesuai untuk dipakai. Sudah tidak ada masalah lagi untuk dia berpakaian cantik, banyak pakaian yang dihadiahkan oleh puan Hendon dan ‘terpaksa’ dihadiahkan oleh Ikmal padanya.
“Nak kemana?” Soal Aishah di dalam kereta.
“Ke rumah. Mama nak awak lunch dengan dinner kat sana hari ni.” Jawab Ikmal sebelum kedua-duanya hanya berdiam diri tanpa kata. Buat pertama kalinya hanya mereka berdua bersama tanpa ditemani oleh puan Hendon atau pun Pak Mat.
Tanpa disedari Aishah, Ikmal mencuri-curi mengamati wajahnya.
“Cantik juga ‘bini’ aku ni.” Bisik Ikmal nakal dalam hatinya. Jauh sekali dari keadaan Aishah sewaktu pertama kali dilihatnya dahulu, Aishah yang disebelahnya ini memang menawan dan nampak ayu.
“Kenapa gadis secantik Aishah ni sanggup bekerja teruk-teruk menjadi penghantar buah-buahan? Bukan tak boleh buat kerja yang ringan-ringan. Buat apalah nak kejar duit banyak-banyak..?” Hairan juga Ikmal memikirkan tentang Aishah. Apa pula yang akan Aishah lakukan selepas tamat bekerja dengannya nanti..?
Share this novel