28

Romance Completed 9267

Aishah sudahpun tinggal di rumah hj Mad beberapa hari selepas pulang dri dusun. Mulanya berat juga untuk dia menetap disitu walaupun hanya untuk sementara, sehingga majlis pernikahannya selesai. Disebabkan Nadia sendiri yang beria-ia mengajaknya maka segala rasa kurang selesanya terus lenyap. Nadia kelihatannya sudah berubah sejak pulang dari dusun tempohari. Nampaknya hj Mad dan puan Rubiah sudah berjaya memujuknya. Layanannya pada Aishah juga sudah berubah.

“Nanti bila Aishah dah kahwin jangan lupa lawat mummy dan ayah selalu ye?” terkejut Aishah mendengar kata-kata Nadia padanya di suatu petang.

“Kenapa akak cakap macam tu? Tentu Aishah akan selalu kesini. Lagipun bukannya jauh sangat rumah abang Ikmal dengan rumah ayah ni.”

“Sebenarnya lepas Aishah nikah nanti akak nak ke Johor, kerja kat syarikat ayah kat sana. Nanti tentu mummy dan ayah sunyi bila kita dah tak tinggal sini.”

“Buat apa pergi kerja jauh-jauh. Kat sini pun bolehkan?”

“Semuanya merupakan satu kejutan pada akak, Aishah. Selama ni akak sombong sangat sebab ingat akak anak orang kaya, tak sedar yang akak ni cuma anak angkat. Bila semua dah reda nanti, akak akan balik sini balik. Kak Nadia doakan Aishah bahagia dengan Ikmal. Maafkan akak sebab selama ni selalu menghina dan memandang rendah pada Aishah..” begitu sendu sekali bunyi suara Nadia. Nampak benar yang dia telah insaf dan berubah.

“Kalau macam tu nanti kak Nadia pun kenalah selalu pulang sini bila cuti. Kesian mummy dan ayah, mereka pun tentu rindukan kak Nadia. Akakkan buah hati mereka sejak kecil lagi. Kalau akak tak balik mereka tentu sedih.” Pinta Aishah sekaligus memujuk Nadia yang akan membawa diri. Namun dia bersyukur dia telah bertemu semula dengan keluarganya dan Nadia juga sudah menjadi kakaknya sekarang.

Sudah lebih tiga bulan Aishah dan Ikmal diijab kabulkan. Segala persiapan perkahwinan mereka dahulu telah uruskan oleh puan Hendon dan puan Ruby. Aishah dan Ikmal hanya mengikut sahaja kehendak kedua orang tua tersebut. Mereka hanya menyiapkan segala yang perlu untuk diri mereka sahaja, dari pakaian dan hiasan bilik pengantin. Yang lain tidak perlu diambil tahu. Majlis kenduri juga telah diadakan di rumah hj Mad dan juga hj Mustafa. Kedua-duanya tidak mahu mengalah mahu mengadakan kenduri untuk anak masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience