29

Romance Completed 9267

Puan Hendon dan hj Mustafa kini sudah berlepas ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah. Mak Som dan Mak Yam juga turut dibawa mereka sekali. Sekarang cuma tinggal Ikmal suami isteri dan Alia di rumah tersebut.

Ikmal pula selalu pulang lambat. Semasa ketiadaan hj Mustafa kerjanya semakin banyak pula hingga kadang-kadang terpaksa bekerja hingga lewat petang Nasib baik juga hj Mad dan puan Rubiah selalu datang menjenguk Aishah di situ, kalau tidak semakin sunyilah Aishah keseorangan.

Pagi tadi pun hj Mad datang melawat Aishah ketika dia pulang dari berjumpa dengan pelanggannya. Kebetulan Aishah tidak berapa sihat ketika itu. Aishah telah dibawanya ke klinik untuk mengambil ubat.

Terlalu lambat rasanya Aishah menunggu Ikmal pulang dari kerja hari itu. Alia juga ke sekolah petang tersebut sebab ada latihan kokurikulum. Dengan badan yang kurang sihat dan kesunyian Aishah akhirnya tertidur sendirian dibiliknya.

Ikmal rasa terkejut bila tidak disambut oleh isteri keayangannya. Hari ini dia pulang lebih awal semata-mata untuk bersama Aishah. Langkahnya cepat menuju kebilik mencari Aishah, takut ada yang tidak diingini berlaku. Tepat sangkaannya, Aishah memang ada di situ, sedang nyenyak tidur.

Lama diamatinya wajah Aishah. Tersenyum dia mengingatkan bagaimana kali pertama pertemunnya dengan Aishah hingga akhirnya wanita dihadapannya menjadi permaisuri hati dan hidupnya. Pipi Aishah diusapnya perlahan. Aishah yang merasa ada yang menyentuhnya mula membuka mata. Tersenyum dia memandang Ikmal yang setia duduk di situ.

“Dah lama abang balik?” soal Aishah manja.

“Baru saja. Kenapa ni tidur petang-petang ni? Tak baik tau..” tegur Ikmal pada Aishah yang sudah pun duduk diampingnya.

“Aishah tertidur tadi. Rasa tak berapa sedap badan je hari ni.”

“Aishah tak sihat?”

“Sikit je. Rasa macam nak demam tadi.”

“Apa tak call abang…?” Soal Ikmal sambil membelai rambut Aishah.

“Tak pa.. abah datang tadi, dia dah bawa Aishah ke klinik.” Beritahu Aishah dengan senyum mula meniti di bibir.

“Kalau abah datang pun takkan tak boleh beritahu abang. Mentang-mentang abah ada abang ni dah tak penting walaupun Aishah sakit?” agak tinggi suara Ikmal. Terasa seolah dia dipinggirkan oleh Aishah.

“Abangkan sibuk. Sebab tu Aishah tak nak ganggu abang.” Jawab Aishah jujur. Ikmal masih tidak boleh menerima alasan Aishah. Sakit hatinya bila dirinya seakan tidak diperlukan oleh orang yang paling disayanginya.

Ikmal sudah bangun dari sisi Aishah. Mahu turun ke bawah menjauhkan diri dari Aishah. Aishah yang juga bangun untuk mengikutinya tiba-tiba mengadu kuat. Ikmal yang sudah hampir di pintu cepat berpatah mendapatkan Aishah. Lupa akan sakit hatinya bila Aishah sudah berkeadaan begitu.

“Aishah..” panggil Ikmal cemas. Kedua tangannya terus memegang pipi Aishah. Aishah hanya tersenyum memandangnya. Jari Ikmal di pipinya diambil dan diciumnya mesra.

“Abang ni kenapa? Dengan bapa mertua sendiri pun nak cemburu?” Soalnya semakin manja.

“Aishah ni sakit ke tak? Aishah tipu abang ye..” Akhirnya terkena juga Ikmal dengan kenakalan isterinya. Niatnya memang hendak marahkan Aishah. Tapi bila Aishah sudah tersenyum manis dan penuh kemanjaan, sakit hatinya juga turut pudar.

“Mana Aishah tak kenakan abang, abang tu asyik nak marah saja. Kenapa? Pembawa budak ye? Hem?” kata-kata Aishah membuat Ikmal yang sudah duduk di hadapannya akhirnya ketawa terbahak-bahak.

“Aishah ni, takkanlah abang pula nak kena penyakit tu, kalau Aishah tu lain… eh wait.. Aishah….! You are trying to tell me something….wright?” Lembut mata Ikmal merenung Aishah penuh kasih dan harapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience