Semua tetamu yang ada termasuk Nadia dan keluarganya meminta diri setelah acara membuka hadiah selesai. Aishah juga cepat menghilangkan diri sebaik sahaja semua tetamu mula beredar. Dia sudah bertekad, esok dia akan pulang semula ke rumah kebun Apek Lim.. tempatnya bukan di sini..!
“Mal kenapa dengan Aishah tu? Mama lihat dia macam tak seronok saja.” Puan Hendon mula membuka mulut selepas semua tetamunya pulang.
“Entahlah ma. Tadi Alia kata dia menangis. Bila Mal tanya dia kata Alia cuma main-main.”
“Main-main apa, takkan Mal tak nampak macam mana rupa dia tadi. Mama tengok dia pun macam nak jauhkan diri dari Mal. Agaknya dia kecil hati dengan Mal tak? Mal pun bukan main layan si Nadia tu. Dulu mama suruh kahwin dengan Nadia tu tak nak. Nak juga cari si Aishah tu, ni bila dah dapat Aishah mama nampak Mal macam tak kisah saja dekat dia. Nadia tu pula yang Mal layan.”
“Ma, Ikmal cuma layan Nadia tu macam kawan biasa saja. Bukan Mal nakkan dia pun.”
“Macam kawan biasa. Makan sampai bersuap-suap tu, kawan biasa? Mama bukannya apa, mama tak nak Aishah rasa dia dipermainkan. Mal kata nak kahwin dengan dia, tapi baru dua hari dia kat sini, Mal dah tunjuk belang.” Sakit juga hati puan Hendon dengan perangai anaknya itu.
“Tadi tu Nadia dah suapkan Mal kat depan uncle Mad dan aunty Ruby tu, apa pulak kata dia orang kalau Mal tolak. Tak sangka pula masa tu Aishah nampak apa yang berlaku.”
“Jadi sebab tulah dia jadi macam tu? Apa salahnya kalau Mal tolak dengan cara baik, Mal ni saja cari penyakit. Besok buatnya Aishah tu merajuk tak nakkan Mal mama tak nak campur. Dia tu dah biasa susah, dia tak heran pun dengan apa yang Mal ada kalau Mal dah sakitkan hati dia.” Betul kata puan Hendon Aishah bukan pandangkan harta, dia tidak kisah kalau terpaksa hidup seperti selalu. Ikmal hanya terkulat-kulat memikirkan apa yang bakal terjadi nanti. Semuga apa yang dikatakan ibunya tidak akan terjadi.
Share this novel