24

Romance Completed 9267

Hj Mustafa meneliti gambar yang diserahkan oleh Aishah padanya. gambar hitam putih, ayah dan ibu Aishah yang masih muda ketika itu. Dia mengeluh perlahan.

“Susah juga… ayah Aishah tentu dah berubah sekarang. Macam mana kita nak kenal dia?”

“Macam mana kalau kita advertise dalam news paper perkara ni papa? Kita memang tak kenal dia, tapi kalau tuan punya badan yang tengok gambar ni tentu dia tahu dia yang sedang kita cari.” Kata-kata Ikmal seoalah memberi harapan pada Aishah. Betul juga apa yang Ikmal sarankan, kalau hendak cari sendiri entah bila pula akan bertemu? Lagipun takkan hendak bertanya pada semua orang samada mereka adalah orang yang di dalam gambar tersebut.

“Bagus juga tu. Kalau cepat rasanya hari ni pun sempat lagi. Kita pergi sekarang juga ke sana. Lagi cepat lagi bagus, bolehlah kamu pun kahwin cepat.” Kata hj Mustafa mula mengusik Ikmal dan Aishah yang sejak tadi berwajah murung. Aishah hanya mampu tersenyum nipis.

“Kita nak pergi sekarang? Aishah naik ambil beg dulu ye?” pinta Aishah yang sememangnya sudah bersiap rapi. Tujuannya tadi untuk pulang ke rumah kebun Apek Lim sudah tidak terlintas lagi difikirannya. Sekarang dia berharap agar dapat berjumpa dengan ayah kandungnya sahaja.

Belum sempat mereka keluar, sebuah kereta telah memasuki perkarangan rumah. Terjengah-jengah puan Hendon melihat tetamu yang datang.

“Hmm..! Hj Ahmad dan Ruby. Nadia pun ada sekali tu..” Beritahu puan Hedon sambil menjeling pada Ikmal, seolah-olah sedang memberi peringatan. Ikmal hanya diam. Tangannya Aishah digenggamnya erat. Nampaknya terpaksalah niat mereka diurungkan bila ada tetamu yang datang. Masing-masing hanya berdiam diri. Bukan tidak suka, tetapi kedatangan tetamu yang tidak diundang ketika ini membuatkan segala rancangan jadi tergendala.

“Masuklah Mad. Awal sampai hari ni?” pelawa hj Mustafa sambil memandang Hj Mad dan keluarganya.

“Kita nak ke dusun. Ni Nadia ni hendak sangat ajak Mus sekeluarga. Sebab tulah kami sampai awal ni. Kalau tak ada apa jomlah ikut kita orang ke sana. Banyak buah-buahan sekarang ni. Dah ada program lainkah?’’ soal hj Mad bila dilihatnya puan Hendon dan Aishah yang sudah bersiap dengan beg tangan masing-masing.

“Kalau ye pun duduklah dulu…” pelawa hj Mustafa tersenyum.

“memang kita ada hal sikit. Ni nak buat advertisement dalam paper pasal nak cari wali Aishah ni.” Terang hj Mustafa tanpa menyembunyikan tujuan mereka.

“Gambar apa ni?” soal Nadia sambil mencapai gambar kedua orang tua Aishah di tangan Ikmal, mematikan langkah semua yang ingin duduk di sofa.

“Itulah gambar orang tua Aishah.” Terang hj Mustafa singkat. Terdengar ketawa nyaring Nadia bila meneliti gambar tersebut.

“Ini orang tua Aishah? Bukan main lagi nampak macam orang kaya… tapi…” ketawanya semakin kuat mengejek. Memang kelihatan ayah dan emak Aishah seperti orang berada dengan ayahnya mengenakan sepasang kot dan emaknya memakai baju kebaya pendek bersulam, tampak mahal dan cantik.

“Minta gambar tu abah nak tengok..” tampak hj Mad begitu berminat dengan gambar tersebut. Lama gambar tersebut ditenungnya.

“Ini ayah dan ibu Aishah? Siapa nama mereka? Mana Aishah dapat gambar ni?” Soalnya pula penuh tanda tanya. Wajah Aishah ditenungnya dalam-dalam.

Serba salah pula Aishah hendak menjawab. Seolah-olah dia ada bersalah pada hj Mad, bila begitu banyak soalan ditanyakan sekaligus padanya.

“Seingat Aishah gambar ni emak Aishah simpan sejak dari Aishah kecil lagi. Memang itu gambar emak dan ayah Aishah. Masa emak muda memang begitulah wajahnya. Tapi Aishah tak kenal ayah. Aishah tak ingat pun rupanya.”

“Nama mereka?” soal hj Mad semakin mengasak bila soalan kali pertamanya tadi tidak dijawab. Yang lain cuma diam memerhati. Begitu ingin tahu duduk perkara sebenar.

“Nama ayah Ahmad Azman. Nama emak Siti Rahimah.”

“Nama penuh Aishah, Aishah Anisa binti Ahmad Azman?” soal hj Mad lagi dengan dahi yang sudah berkerut-kerut. Aishah hanya mengagguk mengiakan pertanyaan hj Mad.

“Uncle kenal mereka?” Aishah pula berbalas soal, mula berdebar melihat keadaan hj Mad.

“Ya Allah… Aishah… Aishah anak ayah. Ini ayah Aishah, ini ayah…” bahu Aishah terus dipegangnya. Airmatanya sudah mula berderai merenung Aishah yang masih termangu-mangu kurang mengerti.

“Tak mungkin. Takkan uncle ayah…” Aishah diam sambil meneliti setiap inci wajah hj Mad. Inginkan kepastian dengan kata-kata hj Mad.

“Betul Aishah.. ini ayah Aishah. Kalau tak percaya Aishah tengaok kat belakang gambar tu. Ada tulisankan? Ayah yang tulis.”

“Apa yang ditulis?” Aishah semakin berdebar. Jika betul hj Mad ayahnya tentu dia tahu apa yang ditulisnya dahulu.

“Kasih tertumpah pada syurga diwajahmu.”

Aishah menekup muka dengan tangannya. Tidak perlu dilihat lagi. Ayat tersebut sudah begitu lekat diingatannya. Terbukti sudah hj Mad memang ayahnya. Sebak rasanya bila telah berjumpa dengan orang yang telah lama dirindui dan dicari. Hj Mad sudah memeluk erat anaknya yang hilang lebih duapuluh tahun dahulu.

“Kenapa ayah tinggalkan Aishah dan emak? Kenapa ayah tak sayangkan kami?” soal Aishah dengan sedu sedan yang masih kuat. Soalan yang paling ingin ditanyakan sejak dari kecil lagi pada ayahnya.

“Ayah tak tinggalkan Aishah dan emak sayang.. emak Aishah yang tinggalkan ayah.. puas ayah cari kamu berdua tapi tak jumpa, sampai bertahun-tahun dan akhirnya ayah akur dengan takdir Allah sayang.” Ujar hj Mad lembut sambil mengusap rambut Aishah. Pandangannya mula beralih pada isterinya puan Rubiah. Ada sesuatu yang dirahsiakan di situ.

“Bukan salah ayah Aishah, mummy yang salah.” Puan Rubiah yang sedari tadi hanya diam bersama yang lain melihat pertemuan dua beranak tersebut mula membuka mulut.

“Mummy yang suruh emak kamu tinggalkan ayah. Mummy yang paksa dia pindah dan hantar dia sampai ke stesen keretapi lebih dua puluh tahu dulu, sebab mummy cemburukan emak kamu. Emak kamu sudah ada kamu bila mummy tahu yang ayah kamu sudah kahwin lain. Mummy yang sudah lebih enam tahun berkahwin dengan ayah kamu masih belum punya zuriat lagi. Ayah kamu nakkan anak dan itulah alasan yang diberikannya pada mummy, mummy cuma nak hak mummy…!”

“Aunty kejam buat kami macam tu. Aunty kejam…!” lemah lutut Aishah mendengar semua yang diceritakan. Tidak disangka puan Rubiah yang kelihatan lembut dan baik sanggup berbuat begitu.

“Mummy tak sebegitu kejam Aishah, mummy dah beri emak Aishah cek bernilai sepuluh ribu supaya dia tinggalkan suami mummy dan mulakan hidup baru, malangnya sampai lepas enam bulan kemudian cek tu masih tak ditunaikan.” Sambung puan Rubiah lagi memebela dirinya.

“Aunty fikir emak Aishah mata duitan…? Sampai hati Aunty…, tak fikirkan langsung keadaan emak Aishah, dengan anak yang masih bayi apa yang akan terjadi pada emak Aishah. Macam mana dia hendak hadapi semuanya sorang-sorang di tempat yang baru baginya?”

“Mummy tahu mummy salah Aishah. Mummy dah pun terima balasannya. Dua bulan lepas tu mummy disahkan mandul. Mummy mandul Aishah, tak boleh nak berikan zuriat buat ayah kamu…” terang puan Rubiah lagi penuh penyesalan dengan airmata yang sudah sama lajunya dengan airmata Aishah sendiri.

“Mummy mandul?” terpacul soalan dari mulut Nadia yang sudah kelihatan pucat.

“Habis.. Nadia ni..? Kalau mummy mandul maknanya Dia ni bukan anak mummy? Dia ni anak siapa? Siapa ibu Dia? Ayah… Dia ni anak ayah dengan isteri yang mana pula? Cakaplah ayah… Dia nak tahu siapa ibu Dia..!” Kata Nadia sudah tidak sabar sambil menggoncang-goncang tubuh ayahnya yang masih memeluk Aishah.

“Duduk dulu Mad, Aishah.. bertenang Nadia. Duduk dulu…” akhirnya hj Mustafa membuka mulut bila kelihatan Nadia sudah semakin tidak sabar. Hj Mad duduk di sofa panjang dengan Nadia dan Aishsh di kiri kanannya. Ikmal juga sudah duduk di tangan sofa di tepi Aishah. Lega hatinya sekurang-kurangnya mereka sudah tahu siapa ayah Aishah walaupun belum jelas apa yang terjadi pada Aishah dan ibunya.

Hj Mad diam tanpa kata. Wajah puan Rubiah ditenungnya.

“Mungkin sudah tiba masanya Ruby..!” katanya lirih pada puan Rubiah. Puan Rubiah memandang Nadia dan akhirnya mengangguk pada suaminya. Sebuah keluhan berat dilepaskan oleh hj Mad.

“Maaf Nadia… ayah pun tak tahu siapa ibu bapa Nadia. Kami mengambil Nadia dari rumah anak yatim selepas mengetahui yang mummy tidak boleh melahirkan anak. Masa tu Nadia baru berumur tiga tahun lebih.”

Kata-kata hj Mad bagaikan peluru yang menumjam ke jantung Nadia. Terasa gelap alam sekitarnya. Tangis pilunya sudah bergema disetiap penjuru rumah hj Mustafa. Salama ini dia begitu angkuh pada Aishah yang merupakan anak kandung pada bapa angkatnya sedangkan dia sendiri adalah anak angkat. Seperti puan Rubiah yang berlaku zalim pada emak Aishah kini dia pula menerima balasan keatas sifat angkuh dan mengadanya selama ini.

“Nadia, jangan sedih sayang. Walaupun Nadia cuma anak angkat kasih mummy dan ayah tak pernah kurang. Kami tetap sayangkan Nadia macam dulu walaupun kini ayah sudah bertemu dengan Aishah.” Hj Mad mengusap-ngusap belakang Nadia, cuba mententeramkannya. Tiada kata-kata yang mampu Nadia luahkan. Perasaannya sudah haru-biru jadinya. Malu, sedih semua bercampur aduk.

“Kenapa surat beranak Nadia berbinkan Ahmad. Selama ni ayah kata jabatan pendaftaran yang silap tidak memasukkan nama penuh ayah.. tapi..ayah tipu…”

“Sebenarnya bila Nadia ditinggalkan di rumah anak yatim dulu memang ada surat lahir Nadia dan memang ayah Nadia namanya Ahmad. Cuma Ahmad, bukan Ahmad Azman. Selama ni ayah tak mahu Nadia tahu yang Nadia cuma anak angkat sebab tu ayah cakap macam tu. Percayalah ayah akan tetap sayangkan Nadia.”

“Mummy pun tetap sayang Nadia macam dulu. Nadia tetap anak mummy. Mummy bersyukur sekarang sebab mummy sudah ada dua orang anak. Aishah, mummy nak Aishah juga menerima mummy sebagai mummy Aishah, supaya mummy dapat menebus semula segala kesalahan mummy pada emak Aishah dan Aishah.” Pinta puan Rubiah yang telah pun duduk melutut di hadapan suaminya, bersungguh-sungguh sambil memegang tangan Nadia dan Aishah. Hj Mad menarik kedua-dua gadis tersebut ke dalam pelukannya. Dia tidak mahu ada antara mereka yang berkecil hati. Kasih sayangnya tetap sama pada mereka semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience