“Aishah dah pregnant?”
Aishah hanya mengangkat kening. Jari Ikmal digenggamannya di ramas perlahan.
“Betul?” soal Ikmal lagi ingin kepastian. Aishah cuma mengangguk.
“Ayah dah tahu?” soal Ikmal lagi yang sudah berdiri lutut di hadapan Aishah.
“Abang orang yang pertama. Tadi kat klinik pun Aishah tak benarkan ayah masuk, so dia tak tahu apa-apa pun. Dan Aishah… nak abang orang yang pertama tahu hal ni.”
Aishah sudah lekat didalam pelukan Ikmal. Inilah berita yang paling bahagia buat mereka.
“Berapa lama lagi abang kena tunggu?” bisik Ikmal ditelinga isteri kesayangannya itu.
“Abang ni baru lima minggu la… lebih kurang lapan bulan lagi baru baby ni nak jumpa abang..”
“Lambatnya…” keluh Ikmal sambil menjauhkan tubuh Aishah dari pelukannya. Namun senyummannya tetap semakin lebar saja. Hmm! Tak lama lagi nak jadi ayah, mana tak bahagia.
“Abang beli buah hari ni?” soal Aishah kemudian.
“Ada. Aishah nak makan? Jom abang kupaskan. Cakap saja apa yang Aishah nak, abang akan buat..” Tangan Aishah sudah ditarik Ikmal, mengajaknya untuk ke bawah.
“Ada yang muda tak?” terkejut Ikmal dengan pertanyaan Aishah.
“Aishah nak makan mangga muda?” teringat dia macam mana tangan Aishah bengkak semasa mengupas mempelam muda dahulu.
“Aishah teringin sangat..”
“Nanti kalau bengkak mulut tu…?”
“Alah, paling-paling pun jadi macam donald duck saja. Lepas tu oklah balik. Kenapa tak sanggup nak tengok muka Aishah buruk macam tu…?” Soal Aishah sudah mula memuncung.
“Bukan tak sanggup, macam mana pun rupa Aishah abang tetap takkan jemu nak pandang. Tapi tengoklah tu belum makan mempelam muda lagi dah muncung sedepa, kalau dah makan nanti mau muncung tu panjang sampai ke laman rumah..!”
“Abanggg…..” satu cubitan manja akhirnya mendarat di lengan Ikmal.
“Oh cubit abang ye…! Tak pe abang ada cara macam mana nak hilangkan muncung tu…!” kata Ikmal sambil tangannya sudah memaut pinggang Aishah yang masih ramping.
“Apa?” soal Aishah manja.
“Emmm, kalau kena cium ni, hilanglah muncung tu..” usik Ikmal membuat kedua bakal ibu dan ayah tersebut ketawa berderai. Semoga kehadiran junior mereka yang ditunggu-tunggu akan membuat hidup mereka lebih bermakna dan bahagia. Amin..
Share this novel