6

Romance Completed 9267

Aishah mendengar setiap arahan Ikmal dengan teliti. Semua tentang diri Ikmal mesti diingatinya. Sedangkan Ikmal hanya berbasi-basa bertanyakan tentang dirinya. Petang ini dia akan dibawa untuk menjemput mama Ikmal di lapangan terbang. Kemudiannya dia mesti bersedia bila saja mama Ikmal ingin bertemunya. Bukan susah sangat pun, takkanlah mama Ikmal hendak berjumpa dengannya setiap hari.

“Awak ni tak ada baju yang elok sikitkah? Takkan nak jumpa mama saya pakai macam ni. Nanti mama saya ingin taste anak dia ni teruk sangat.”

“Ini saja pakaian yang saya ada, nak buat macam mana? Kalau saya ni kaya dan banyak duit tak payahlah saya susah-susah terima tawaran awak.”

“Pak Mat, bawa dia ni pergi beli baju dua tiga pasang. Teruk macam ni pakaian isteri CEO…!” Sambung Ikmal sambil menggeleng-geleng kepalanya.

“Nak beli baju?” Berkerut dahi Aishah bila disuruh beli baju. Dia hendak simpan duit, bukannya berjoli. “Saya mana ada duit banyak nak ..”

“Bukan duit awak, saya yang nak bayar..” Sinis bunyi suara Ikmal, semakin jengkel dengan perangai Aishah. Hendak beli baju untuk diri sendiri pun berkira bukan main lagi.

“Ahh! Pak Mat, tunggu. Saya ikut sekali. Nanti entah baju fesyen apalah pula yang dibeli dek mamat ni. Ni nak kena polish pula lepas beli baju nanti.” Terjegil mata Aishah disindir oleh Ikmal. Mentang-mentang dia selalu berpakaian seperti lelaki, nak perli dia pula. Jika tidak kerana Alia, tidak ingin dia menerima tawaran dari lelaki sombong macam Ikmal ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience