12

Romance Completed 9267

Panggilan talipon yang berbunyi kuat membuat Ikmal tersedar setelah melamun jauh.

“Mal cepat pulang, mama kamu sakit ni.” Beritahu Mak Yam orang gaji di rumahnya. Ikmal terus pulang kerumahnya tanpa memperdulikan keadaan Aishah yang ditinggalkannya di bilik tadi. Mungkin ibunya terlalu memikirkan perbuatannya sehingga sakit jantungnya datang lagi. Ya Allah, aku berdosa pada ibuku. Kau selamatkanlah ibuku ya Allah..

Ikmal keluar untuk berehat sekejap di ruang legar hospital. Nasib baik ibunya sudah semakin pulih. Dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sekiranya sesuatu terjadi pada ibunya. Setelah lama di situ dia beransur semula ke bilik ibunya. Takut juga jika berlaku sesuatu nanti bila ditinggalkan terlalu lama. Mungkin ibunya yang ditinggalkan dalam keadaan tidur tadi sudah bangun.

“Doktor, tolonglah. Saya janji saya akan bayar duit tu kemudian. Tolong selamatkan Alia doktor.” Terdengar suara yang seakan-akan dikenalinya merayu-rayu pada seorang doktor. Ikmal memalingkan tubuhnya untuk melihat siapa gerangan tuan punya suara. Memang sah itu adalah Aishah. Walaupun Aishah membelakanginya tidak mungkin dia akan melupakan gadis yang pernah wujud dalam hidupnya itu.

“Maafkan saya. Procedure di sini melarang kami untuk berbuat demikian. Saya faham keadaan awak, tapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Selagi awak tidak bayar wang lagi dua ribu itu, pembedahan tidak akan dilakukankan. Maafkan saya Aishah, saya tak dapat hendak menolong lagi.” Kata Doktor Latiff meninggalkan Aishah dengan kekusutan yang melanda dirinya.

Kenapa pula dia ni merayu-rayu begitu pada doktor tersebut. Setahunya Aishah sebatang kara, siapa pula Alia yang disebutkan tadi. Patutlah dia meminta lagi dua ribu semalam. Tentu untuk bayaran pembedahan tersebut. Ikmal termangu sendiri memikirkan apa yang sebenarnya dialami oleh Aishah. Dia ingin bertanya, tapi Aishah sudah tidak kelihatan disitu.

Cepat langkahnya mencari doktor yang bercakap dengan Aishah tadi. Setelah diterangkan oleh doktor Latiff fahamlah Ikmal kedudukan sebenar tentang Aishah. Menyesal rasanya dia memperlakukan dan menuduh Aishah begitu semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience