“Abang…” panggil Aishah setelah agak lama berdiam diri di dalam kereta. Ikmal hanya berpaling memandangnya dengan senyum sambil tangannya terus lekat di stering kereta.
“Abang dah bertunang.. dengan Nadia?” terkeluar juga soalan yang sedari tadi ingin ditanyanya pada Ikmal.
“Kalau dah bertunang?” soal Ikmal tanpa menjawab soalan dari Aishah. Aishah menggigit bibir perlahan. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Semasa baru berjumpa Ikmal tadi dia sudah lupa yang Ikmal mungkin sudah menjadi tunangan Nadia seperti yang diinginkan oleh puan Hendon.
Melihat keadaan Aishah, ketawa Ikmal terus pecah berderai.
“Aishah..Aishah! Aishah ingat abang nak ke bertunang dengan Nadia tu?”
“Tapi itu yang mama abang nakkan? Hari tu kan dia cakap nak pinang Nadia, tak kira abang nak atau tak?”
“Tu lah kuasa Allah Aishah. Hari tu kan mama abang jatuh sakit. Tak sempat nak meminang pun. Tapi mama pun dah tak paksa abang lagi lepas tu.” Ikmal sudah berhenti dari tawa besarnya. Wajahnya kelihatan serius sekali. “Abang dah cakap dekat mama yang abang akan berusaha untuk mencari Aishah. Abang hanya akan kahwin dengan Aishah.”
“Kalau tak jumpa Aishah?” soal Aishah lagi mula menduga.
“Kalau tak jumpa….? Hmmm… jadi bujang terlajaklah nampaknya..” jawab Ikmal tersenyum. “Entahlah, abang yakin sangat jodoh abang dengan Aishah. Setiap hari abang doakan semuga bertemu semula dengan Aishah. Nampaknya doa abang telah termakbul…” terdengar begitu ikhlas kata-kata Ikmal ditelinga Aishah. Semuga Ikmal betul-betul jujur dengan apa yang diucapkannya.
Share this novel