19

Romance Completed 9267

Seharian Aishah hanya menemani puan Hendon sambil menolong apa yang patut untuk jamuan malam nanti. Tidak banyak yang perlu dilakukan, semuanya sudah ditempah awal-awal oleh puan Hendon. Pagi tadi puan Hendon juga telah membawanya ke kebun mempelam untuk mengambill apa yang patut. Besok lusa barulah dia akan ke sana semula untul mengambil semua barang-barangnya.

Ikmal dan Hj Mustafa masih di pejabat. Sekejap lagi tentu mereka sampai. Sejak pulang dari saloon puan Hendon sudah masuk ke bilik dan tidak muncul-muncul lagi. Nasib baik ada Alia, boleh juga dibuat teman berbual. Seronok rasa hati Aishah dapat bersama Alia semula setelah lama tidak bertemu muka.

Terdengar ada bunyi kereta masuk di halaman rumah. Aishah cepat menjengah ke pintu. Mungkin Ikmal yang pulang. Tidak salah tekaannya. Ikmal kelihatan tersenyum manis setelah keluar dari kereta. Aishah membalas senyuman Ikmal, penuh kebahagiaan. Namun kebahagiaan yang di rasa sekejap cuma. Nadia pula muncul dari bahagian tempat duduk hadapan sambil menatang sebuah kotak besar berisi kek.

“Mal tolonglah bawakan kek ni, beratlah.” Nadia sudah mula merengek meminta perhatian.

“Manjanya. Bukan berat mana pun!” balas Ikmal mengusik, tapi masih tetap menuju kearah Nadia dan mengambil kotak tersebut dari tangannya. Aishah sudah berasa tidak sedap hati, Ikmal nampak sudah berubah sikapnya pada Nadia. Adakah selama ketiadaannya Ikmal sudah ada perasaan pada Nadia. Jika itu yang berlaku kenapa Ikmal masih mahu mengahwininya? Atau Ikmal hanya ingin mempermainkannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience