2

Romance Completed 9267

“En Ikmal nak beli buah hari ni?” Tanya Pak Mat driver kepada majikannya.

“Boleh juga Pak Mat. Buah kat rumah tu pun dah habis.” Jawab Ikmal sambil membelek majalah ditangannya.

Pak Mat berhenti di pinggir jalan dekat dengan sebuah gerai buah-buahan.

“Apek, buah mempelam ada?” Tanya Pak mat pada penjual buah yang sudah kenal benar dengannya, maklumlah dia sudah menjadi pelanggan tetap di situ. Seminggu dua tiga kali dia akan singgah untuk membeli buah mempelam kegemaran majikannya di situ.

“Haiya encik, itu van antar buah lagi sikit jam balu sampai. Lu bole tunggu sikit jam ka?” Pak Mat memandang Ikmal di dalam kereta. Kalau hendak ditunggu nanti mengamuk pula majikannya nanti.

“Ha! Lu manyak nasib baik itu van sudah samapi loo.” Kata penjual buah tersebut sambil menunjukkan sebuah van yang berhenti di situ.

Pak Mat menunggu buah-buah mempelam tersebut diturunkan. Agak lembab pula pekerja tersebut. Macam tak makan saja, nak angkat sebuah kotak pun dua tiga minit baru siap. Ikmal di dalam kereta juga turut memerhatikan perkara tersebut. Geram juga dia melihat cara mamat lembab tersebut bekerja. Sudahlah muka macam perempuan, kerja pun lembik pula. Cermin kereta diturunkan, niat untuk memanggil Pak Mat untuk pulang. Dia sudah tidak sabar menunggu lagi. Esok-esoklah beli buah itu. Takkan matinya kalau tidak makan mempelam sehari.

“Ok Apek. Ini bilnya, dua ratus tiga puluh.” Terdengar lembut suara mamat tersebut pada apek penjual buah.

“Tunggu aa Amoi, wa timbang buah bagi ini customer dulu. Lia sudah tunggu lama oo.”

“Amoi perempuankah? Patutlah nampak lembut sangat.” Kata Ikmal sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dilihat gadis tersebut tersenyum pada Pak Mat, manis juga. Baru nampak seperti perempuan sikit. Dahlah berpakaian seperti lelaki, rambut pula semua dimasukkan kedalam topi, mana tidak kelihatan seperti lelaki.

“Ikmal, bila mama balik nanti mama nak langsungkan pertunangan kamu dengan Nadia tu, kalau sempat mama nak kamu nikah sekali.” Kata puan Hasnah pada Ikmal anak tunggalnya. Terlopong Ikmal mendengar kata-kata ibunya itu. Nak suruh dia kahwin, main paksa-paksa pula tu. Tambahan pula dengan Nadia, perempuan yang selalu pakai baju tidak cukup kain tu..!! Minta simpang malaikat empat-puluh empat.

Apa nak buat ni.? Dua hari lagi mamanya akan balik dari London. Sebulan mamanya dekat sini, tentu dia akan kotakan apa yang dikatakannya tadi.

“Mana boleh ma?”

“Kenapa tak boleh? Kamu tu bujang teruna, Nadia tu anak dara. Kalau kamu tu sudah beristeri tu lainlah. Mama tak kira, kamu kena kahwin juga. Umur dah dekat tiga puluh, nak tunggu apa lagi? Atau kamu dah kahwin senyap-senyap masa mama tak ada ni?”

“Tulah sebabnya ma..”

“Kamu dah kahwin? Tak bagi tahu mama pun. Betuah punya budak!” Kata puan Hendon, geram dengan perangai anaknya itu. Nasib baik dia belum berjanji apa-apa dengan orang tua Nadia, kalau tidak mana hendak diletakkan muka, tentu malu bila terpaksa batalkan hasrat hatinya.

“Bila pula aku cakap aku dah kahwin? Mama ni orang nak cakap lain dia maksudkan lain pula. Biarlah. Lepas ni tentu dia tak paksa aku lagi.” Ikmal tersenyum sendirian. “Ala mama sebulan saja kat sini, nanti cakaplah aku baru nikah, belum buat majlis bersanding lagi, sebab tu isteri aku tidak tinggal sekali dengan aku..”

“Ikmal.. kenapa diam saja?”

“Tak adalah ma, Mal cuma takut mama marah saja. Bukan apa Mal tak nak susahkan mama dan papa, Mal ingat nanti bila hendak kenduri baru nak suruh mama balik.”

“Bila kendurinya?”

“Empat bulan lagi ma.” Jawab Ikmal sudah mula menipu mamanya.

“Apa lama sangat?” Tanya puan Hendon lagi kurang senang.

“Ala banyak soal pula mama ni..” Gerutu Ikmal dalam hati.

“Dah isteri Mal tu belum bersedia lagi..” Senang saja Ikmal memberi jawapan. Semuga mamanya tidak akan banyak soal lagi selepas ini.

“Mama tak peduli, nanti bila mama pulang mama nak jumpa isteri kamu, mama nak bebincang dengan dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience