BAB 10

Romance Completed 51480

Siang bertukar malam. Kerana terlalu letih, selepas solat Isyak Farisa terus berlalu masuk ke dalam bilik dan tidur.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Benjamin melangkah masuk ke dalam bilik. Tadi dia berbual dengan ahli keluarga Farisa sehingga tidak sedar hari sudah lewat. Sebaik dia masuk ke dalam bilik dia melihat Farisa sedang nyenyak tidur di atas katil.

" Macam dia sorang jer yang penat " gumam Benjamin sendiri.

Benjamin merebahkan badannya di atas katil. Dia sempat merenung wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur itu.

" Hmm cantik jugak dia ni " rambut Farisa yang menutup wajahnya itu diselak ke belakang.

Tiba-tiba Farisa bergerak. Benjamin cepat-cepat berbaring dan berpura-pura tidur. Farisa membuka matanya. Serta merta matanya membulat bila menyedari Benjamin selamba tidur di sebelahnya.

" Argh! " tanpa sengaja dia terus menendang Benjamin sehingga lelaki itu terjatuh daripada katil.

" Aduhh! Oi kau nak bunuh aku ke Risa? " soal Benjamin geram. Dia mengurut pinggangnya. Kalau hari-hari macam ni, boleh patah pinggang aku.

" Err sorry-sorry saya bukan sengaja...separuh sengaja jer tadi " Farisa membuat muka tak bersalah.

" Yang kau pergi tendang aku tu kenapa? Sakit tahu tak " .

" Kan saya dah cakap saya separuh sengaja. Lagipun salah awak lah. Siapa suruh tidur sebelah saya " .

" Habis tu aku nak tidur mana? Tidur dekat dalam bilik air tu? " soal Benjamin.

" Awal tidur jer mana-mana awak nak. Asalkan jangan tidur atas katil. Katil ni saya punya. Saya tak nak share dengan awak " .

" Eh suka hati aku lah. Bilik ni pun dah jadi bilik aku " .

" Awak mana boleh macam tu! " .

" Ah aku tak peduli. Aku nak tidur sini jugak " Benjamin naik semula ke atas katil dan terus membaringkan badannya. Patung beruang milik Farisa diambil dan dipeluk erat.

" Benjamin! " mencerlung mata Farisa memandangnya.

Dah lah tidur atas katil orang. Lepas tu nak ambil teddy bear orang pulak.

" Bagi balik saya punya teddy bear tu" Farisa merampas kembali patung beruang miliknya.

Tapi apalah daya dia nak dibandingkan dengan tenaga lelaki Benjamin. Farisa terdorong ke belakang.

" Bagilah balik! " Farisa mula bengang.

" Tak nak " Benjamin mengejek Farisa. Sengaja ingin menyakitkan hati isterinya itu.

" Benjamin! Bagilah balik. Eiii geramnya " .

" Nak ea? Nah amik ni " Benjamin membaling patung beruang Farisa ke arah bilik air.

" Benjamin!! " Farisa menjerit geram apabila melihat patung beruang miliknya sudah selamat mendarat ke dalam bilik air.

Benjamin gelak terbahak-bahak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience