BAB 3

Romance Completed 51480

" Macam mana? Ben setuju tak dengan rancangan mama dan papa? " soal Datin Aima.

Benjamin menarik nafas panjang.

" Kalau itu yang terbaik, Ben setuju " jawabnya.

Memang dia langsung tidak kisah siapa bakal isterinya nanti. Dia pun tidak kisah jika bakal isterinya itu pilihan keluarganya dan bukan pilihannya sendiri.

" Tapi siapa anak kawan mama tu? Ben kenal dia ke? " soalnya.

" Kenal. Kenal sangat. Anak uncle Lukman dan aunty Anita, Farisa " Datin Aima tersenyum kecil.

Benjamin terkedu. Farisa? Biar betul.

" Farisa? Biar betul ma? " soalnya seakan tidak percaya.

Datin Aima mengangguk perlahan.

" Betul lah. Takkan mama nak main-main pulak kan. Kenapa? Ben tak suka ke Farisa tu? Mama tengok dia tu okay jer. Cantik, bijak, berbudi bahasa. Haa sesuai sangat lah nak dijadikan isteri. Lagipun keluarga Farisa dah setuju " .

Sesuai ke? Dah lah kuat melawan. Cakap sepatah, berpatah-patah yang dijawabnya. Getus hati Benjamin.

" Ben? Kenapa termenung ni? Kan mama tanya ni " soal Datin Aima.

" Err Ben ikut jer lah ma. Kalau dah itu pilihan mama " .

Datin Aima tersenyum lebar mendengar persetujuan anak tunggalnya itu. Dia memang nak sangat Farisa menjadi menantunya.

" Alhamdulillah. Terima kasih Ben. Mama janji mama akan uruskan semuanya nanti. Kalau boleh, mama nak majlis kamu berdua diadakan secara besar-besaran " .

" Ma, tak payahlah membazir. Buat sederhana pun dah cukup " .

" Mana boleh Ben. Ben tu satu-satunya anak mama dan papa. Takkanlah nak buat biasa-biasa jer. Ben jangan risau. Mama akan uruskan semuanya nanti".

" Ikut mama lah " Benjamin mengalah. Dia tahu kalau dia membantah pun, Datin Aima tetap dengan keputusannya. Kalau hitam katanya, maka tetap hitam. Jangan pandai-pandai nak ubah jadi putih.

Farisa mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala. Dia baru selesai mandi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

" Siapa pulak ni? " soal Farisa.

FROM : UNKNOWN
Esok aku nak jumpa kau. Dekat cafe Bushra. Tepat pukul 12 tengahari. Jangan lambat.

" Ewah suka-suka jer nak suruh orang jumpa dia. Dia mesti mamat annoying tu. Tak habis-habis nak kacau hidup aku " bebelnya sendiri.

Farisa sudah dapat mengagak mesej itu daripada siapa. Siapa lagi kalau bukan Benjamin. Entah apa lagi yang dia mahu agaknya. Farisa hanya membiarkan mesej itu tanpa membalasnya. Lantak kau lah labu. Malas aku nak layan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience