BAB 14

Romance Completed 51480

Farisa sudah tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Matanya yang kuyu itu jelas sekali menunjukkan dia tidak dapat menahan rasa kantuk. Sudah beberapa kali dia menguap.

" Kau mengantuk ke? " soal Benjamin.

Dia menikmati nasi goreng yang dimasak oleh Farisa. Kemudian dia memaksa isterinya itu menemani dia makan sekali.

" Soalan jenis apa yang awak tanya saya ni? Awak kejut saya pagi-pagi buta macam ni. Paksa saya masakkan untuk awak. Lepastu suruh saya teman. Awak rasa? " .

" Alah aku lapar. Nak buat macam mana. Tak best kalau makan sorang-sorang. Sebab tu aku ajak kau teman".

" Perut awak tu pun satu. Waktu-waktu macam ni lah dia nak lapar kan " .

Benjamin ketawa kecil.

" Dah tak.. " .

" Takdir " Farisa pantas menyambung ayat Benjamin.

" Haa pandai pun " kepala Farisa diusap perlahan.

" Dah cepatlah makan awak. Saya mengantuk ni. Nasib baiklah esok cuti. Kalau kerja, tak pasal-pasal saya lambat pergi office. Awak takpalah. Awak bos. Nak masuk pukul berapa pun tak ada siapa yang kisah kan " .

" Apa kata kau berhenti jer kerja. Kan senang. Duduk rumah. Jadi isteri solehah. Aku boleh tanggung kau " .

" Taknaklah. Saya nak usaha sendiri. Lagipun apa guna saya susah-susah belajar selama ni " .

" Kau belajar semata-mata nak dapat kerja jer ke? Tak salah pun kalau kau berhenti kerja. Lebih baik kau duduk rumah. Jadi isteri solehah " .

Farisa diam.

" Buka mulut " Benjamin menyuakan nasi goreng ke mulut Farisa.

" Tak nak lah " .

" Makanlah cepat " desak Benjamin.

Akhirnya Farisa akur.

" Sedap? " .

" Mestilah sedap. Saya yang masak " .

Benjamin ketawa.

" Risa, tolong gosokkan baju aku " minta Benjamin.

Dia menghulurkan sehelai kemeja berwarna biru gelap dan seluar slack berwarna hitam.

" Kenapa tak cakap awal-awal? Saya nak pergi kerja dah ni " .

" Lupa lah " .

" Meh sini " Farisa cepat-cepat mengambil baju itu dan menggosoknya. Bimbang nanti terlewat ke pejabat.

Kerana kereta Farisa masih berada di rumah ibu bapanya, Benjamin yang menghantarnya ke pejabat.

" Saya pergi dulu " Farisa membuka pintu kereta.

" Eh kejap. Kau tak salam aku pun? " soal Benjamin.

Farisa tidak jadi turun. Dia menghulurkan tangannya.

" Kerja elok-elok. Jangan gatal-gatal ea. Balik nanti tunggu aku jemput " pesan Benjamin.

" Okay " .

Tiba-tiba Benjamin mencium dahi Farisa. Farisa terkedu seketika.

" Err..er saya pergi dulu " Farisa cepat-cepat keluar daripada kereta dan berlalu masuk ke dalam pejabatnya.

Wajahnya sudah merah kerana malu. Bibir Benjamin mengukir senyuman kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience