BAB 11

Romance Completed 51480

Pagi itu selepas solat subuh, Farisa terus masuk ke dapur untuk membantu maknya menyiapkan sarapan pagi. Dia masih bengang lagi dengan Benjamin tentang hal semalam. Suka-suka saja Benjamin membaling anak patung beruangnya ke dalam bilik air. Dah lah patung beruang tu istimewa baginya kerana orang yang memberi patung beruang itu sangat istimewa dalam hidup Farisa.

Malam tadi terpaksalah Farisa mengalah dengan tidur di atas sofa saja. Manakala Benjamin lena tidur di atas katil. Baru hari pertama mereka berkahwin sudah haru biru jadinya.

" Risa? Awalnya bangun " tegur Puan Anita yang baru saja masuk dapur.

Farisa tersenyum kecil.

" Salah ke mak? Hari ni biar Risa yang sediakan breakfast okay " .

" Betul ke ni? Risa tak kisah? " .

" Taklah. Risa okay jer. Risa ingat harini nak masak nasi lemak " .

" Okay nanti mak tolong masakkan sambal. Ben mana? " soal Puan Anita.

Farisa mengeluh perlahan.

" Entah dia. Sambung tidur balik kot " jawab Farisa acuh tak acuh.

" Eh mana boleh macam tu. Tak baik lah buat suami macam tu. Risa tu sekarang dah ada suami. Bukan anak dara lagi tau " .

" Yelah Risa tahu. Tapi takkan lah 24 jam Risa nak kena hadap dia " .

" Dah masak nasi lemak tu cepat. Lepas ni boleh ajak Ben sarapan " .

" Okay " jawabnya.

Benjamin melangkah ke dapur. Dia tersenyum melihat Farisa yang sedang memasak itu. Diam-diam dia melangkah menghampiri isterinya itu. Farisa masih lagi tidak sedar kehadiran suaminya itu.

" Sayang masak apa tu? " Benjamin memeluk pinggang Farisa daripada belakang.

Farisa terkejut. Dia terus menendang Benjamin.

" Aduhh. Sakitlah Risa " .

" Padan muka. Yang awak kacau saya tu kenapa? Tu nasib baik saya tendang jer. Ikutkan hati saya nak karate jer awak " marah Farisa.

" Alah nak gurau sikit pun tak boleh. Asyik nak emosi jer. Period ke? " .

" Diamlah! " Farisa menyambung semula kerjanya yang tertangguh gara-gara Benjamin.

Benjamin ketawa kecil.

" Kau masak apa ni? Sedap ke? Tak sakit perut kalau makan nanti? " .

Farisa mengetap giginya geram. Banyak soal betul lah mamat ni.

" Bisinglah awak ni. Boleh diam tak? Pergi sanalah. Jangan sibuk kacau saya nak buat kerja " .

" Aku mengadu dengan mak " ugut Benjamin.

" Mengadulah. Saya tak takut pun. Macam budak-budak " .

" Mak..oh mak.. " Benjamin sudah mula memanggil ibu mertuanya.

" Ish diamlah " Farisa pantas menekup mulut Benjamin.

Nanti tak pasal-pasal dia kena marah dengan Puan Anita pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience