BAB 15

Romance Completed 51480

Pagi-pagi lagi Benjamin sudah bangun dan mengejut Farisa bangun daripada tidur kerana ingin mengajak isterinya itu berjogging.

" Awak pergi jer lah jogging sorang-sorang. Saya mengantuklah. Nak tidur" .

" Jomlah cepat teman aku jogging " desak Benjamin.

" Taknak. Awak pergi jer lah " .

" Cepatlah Risa. Jom ikut aku jogging" Benjamin masih mendesak.

" Tak nak lah awak. Awak pergi jer lah. Saya tak nak " mata Farisa masih lelap.

" Farisa cepatlah! Kau tak nampak ke lemak-lemak yang berkumpul dekat badan kau tu? Aku tak nak nanti orang cakap aku tak pandai jaga bini. Silap-silap nanti orang tak tahu nak bezakan kau dengan panda. Bangun cepat. Jangan nak malas sangat " .

Mencerlung mata Farisa mendengarnya. Sesedap rasa jer Benjamin samakan dia dengan panda. Kurang asam betul.

" Risa! Larilah lagi. Cepat sikit " laung Benjamin pada Farisa yang sudah ketinggalan di belakang.

" Saya penatlah " termengah-mengah Farisa dibuatnya. Sudah lama dia tidak berjogging. Dia berhenti dan duduk di bangku yang ada di taman itu.

Benjamin berlari anak ke arahnya.

" Baru sikit kau dah pancit " punggungnya dilabuhkan di sebelah Farisa.

" Saya dah lama tak jogging memanglah pancit " .

" Lepas ni kena selalu ikut aku jogging. Jangan malas. Nanti badan pun makin mengembang " .

Farisa mencebik.

" Nak cakap saya gemuk lah tu " .

" Gemuk pun, aku sayang jugak " .

Farisa tergamam. Dia salah dengar ke?

" Awak cakap apa tadi? " .

" Tak ada apalah. Kau nak air tak? Aku belikan " .

" Nak " .

" Tunggu sekejap. Jangan pergi mana-mana " .

" Okay " .

Benjamin terus berlalu ke gerai yang menjual air. Beberapa minit kemudian dia datang kembali dengan membawa dua botol air mineral.

" Nah " sebotol air mineral dihulurkan pada Farisa.

" Thanks " ucap Farisa.

" Boleh tak bukak tu? " soal Benjamin.

Farisa menggeleng perlahan. Benjamin ambil kembali air mineral itu lalu dia membantu Farisa membuka penutup botol mineral itu.

" Lain kali cuba jadi kuat sikit. Nanti kalau aku takda macam mana? " soal Benjamin.

Farisa sudah terdiam. Benjamin perasan ada seorang lelaki yang duduk di bangku berhampiran dengan mereka asyik memandang ke arah Farisa sejak daripada tadi.

" Kenapa awak? " soal Farisa pelik.

" Kau kenal ke mamat tu? " .

Farisa laju menggeleng.

" Tunggu kejap " Benjamin bangun dan berlalu ke arah lelaki itu. Farisa terpinga-pinga.

" Bro, daripada tadi aku tengok kau asyik pandang perempuan tu. Kau tahu tak perempuan tu, bini aku. Jaga mata sikit " .

Lelaki itu terkedu. Dia hanya mengangguk.

Bibir Farisa mengukir senyuman kecil. Entah kenapa dia rasa hatinya berbunga-bunga ketika ini. Sikap Benjamin yang kadang kala ambil berat tentangnya membuatkan dia rasa disayangi walaupun kadang-kadang Benjamin gemar membuli dan menyakatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience