BAB 23

Romance Completed 51480

" Assalamualaikum " Benjamin melangkah masuk ke dalam rumah.

Matanya tercari-cari Farisa. Dia tersenyum saat melihat Farisa yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

" Sayang " panggilnya.

Tetapi panggilannya langsung tidak dihiraukan oleh Farisa.

" Sayang are you okay? Kenapa ni?" soal Benjamin risau.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Farisa.

" Siapa Ayu? " soal Farisa tegas. Wajahnya tegang saja.

Berubah terus riak wajah Benjamin.

" Kenapa kau tanya? " soalan dibalas dengan soalan.

" Jawab soalan saya. Siapa Ayu? " .

" Kawan lama " jawab Benjamin selamba.

Farisa tersenyum mengejek. Kawan? Huh kawan ke kalau mesej malam-malam, keluar makan sama-sama. Tu namanya kawan? Kalau kawan, kenapa sorokkan daripada dia?

" Jangan tipu saya. Saya tak sebodoh tu untuk awak tipu " .

Benjamin terus berdiri.

" Tipu apanya? Ayu memang kawan aku. Apa masalahnya? " .

" Kawan? Kawan apanya kalau setiap malam dia telefon awak, mesej awak. Siap keluar makan dengan dia pulak tu. Ada meeting dengan client konon. Mengaku jer lah yang awak memang curang belakang saya " .

" Kau nak sangat tahu kan siapa dia? Betul kau nak tahu? Kalau kau nak tahu, dia tu cinta pertama aku. Puas hati aku sekarang ni? Puas?! " Benjamin mula geram.

Air mata Farisa mengalir laju. Jadi benarlah selama ini Benjamin curang di belakangnya.

" Awak jahat! " Farisa menolak kasar tubuh Benjamin dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Benjamin terduduk lemah di atas sofa. Dia meraup wajahnya kasar. Bukan niatnya untuk menyakiti hati Farisa tapi dia geram bila Farisa menuduhnya bukan-bukan tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu.

Farisa menghamburkan tangisannya sebaik masuk ke dalam bilik. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya hati dia ketika ini. Dia tak sangka Benjamin sanggup mengkhianati cintanya.

Kepalanya terasa berpusing. Pandangannya mula kabur. Farisa terus terbaring pengsan.

Benjamin melangkah masuk ke dalam bilik. Dia ingin memujuk Farisa. Saat melihat air mata isterinya itu mengalir, hatinya sakit. Sepatunya dia memberitahu Farisa hal yang sebenar agar isterinya itu tidak salah faham.

" Risa! " Benjamin terkejut melihat Farisa yang terbaring tidak sedarkan diri di tepi katil. Dia segera mendapatkan Farisa.

" Ya Allah Risa. Risa bangun Risa " badan Farisa digoncangkan. Tetapi tiada respons.

Tanpa menunggu lama Benjamin terus mencempung tubuh Farisa dan membawanya ke hospital. Dia tidak akan memaafkan dirinya sekiranya apa-apa terjadi pada Farisa. Ini semua salahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience