BAB 7

Romance Completed 51480

" Pakai lah seat belt tu. Ke kau nak aku yang pakaikan? " soal Benjamin.

Farisa cepat-cepat memakai seat belt. Ish bising jer lah dia ni. Suasana kembali sunyi di dalam kereta. Hanya bunyi di radio yang kedengaran.

" Kau marah ke sebab aku lambat? " soal Benjamin. Dia mengerling sekilas ke arah Farisa.

" Kalau awak, marah tak? Saya tak suka betul menunggu orang " .

" Tapi aku bukannya sengaja datang lewat jemput kau. Aku ada hal tadi. Lagipun dah ta.. " .

" Lagipun dah takdir? " Farisa cepat-cepat memotong kata-kata Benjamin.

Dia sudah boleh agak jawapan Benjamin.

" Haa pandai pun " Benjamin tersengih.

Sebenarnya dia lewat kerana ketika dalam perjalanan menuju ke rumah Farisa tadi, ada kemalangan. Dia membantu membawa mangsa kemalangan itu ke hospital berdekatan.

Farisa menyelak helaian demi helaian album perkahwinan itu. Banyak baju yang cantik-cantik sehingga dia sendiri bingung hendak pilih yang mana satu.

" Kita ambil warna hitam jer lah " kata Benjamin.

Sejak daripada tadi Farisa masih belum membuat keputusan. Jadi biar dia saja yang pilih.

" Hitam? Teruknya taste awak ni. Warna hitam tu dah lah gelap. Langsung takda seri. Taknak lah " bantah Farisa.

" Okay apa. Cantik jer aku tengok " .

" Saya nak warna ungu " Farisa menujukkan baju pengantin yang berwarna ungu muda pada Benjamin.

" No no no. Aku tak nak. Lembut sangat lah warna tu " dia pantas menggelengkan kepalanya. Tak setuju dengan pilihan Farisa.

" Habis tu awak nak warna apa? Saya taknak lah pakai hitam. Dah macam nak berkabung lah pulak " .

" Mana ada. Warna hitam ni ada maksud dia yang tersendiri tau. Lagipun cantik jer aku tengok " .

" Semua warna ada maksud yang tersendiri. Awak pernah nampak orang pakai hitam untuk majlis diorang? Pernah? " .

" Kalau orang tak pernah buat, biar kita yang buat " .

Pekerja di kedai butik itu hanya menjadi pemerhati pertengkaran mereka berdua. Dah selalu sangat hadapi masalah seperti ini.

" Tak nak. Saya tak nak pakai warna hitam " .

" Hitam jugak " .

" Saya nak ungu " .

" Hitam! " .

" Ungu! " .

" Hitam! " .

" Ungu! " .

" Hitam! " .

" Ungu! ".

Mereka saling bertengkar. Pekerja di kedai butik itu langsung tidak dipedulikan.

" Okay kalau macam tu, aku pakai warna hitam. Kau pakailah warna ungu yang kau pilih tu " .

" Mana boleh macam tu. Mana ada pengantin pakai baju tak sama " .

" Kalau orang tak pernah buat, biar kita buat " .

Farisa mengetap giginya geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience