BAB 19

Romance Completed 51480

" Kau sudi hidup dengan aku sampai akhir hayat? " soal Benjamin.

Farisa mengangguk perlahan.

" Saya sudi. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat " .

" Terima kasih Risa. Terima kasih sebab sudi terima lelaki macam aku. Aku harap kau suka dengan apa yang aku buat hari ni " .

" Janji dengan saya yang awak takkan pernah tinggalkan saya? " .

" Aku janji. Aku takkan pernah tinggalkan kau dan aku akan terus sayang dan cintakan kau hingga akhir nafas aku " .

" Saya pun sayang dan cintakan awak. Terima kasih untuk semuanya " .

Benjamin mengenggam erat jari jemari Farisa.

Hari ini seperti biasa Benjamin menghantar Farisa ke pejabatnya. Apa yang terjadi semalam telah membuatkan hubungan mereka semakin baik.

" Saya pergi dulu awak " Farisa menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Benjamin.

" Okay. Hati-hati. Kerja baik-baik. Sentiasa rindukan aku " .

Farisa tergelak kecil.

" Of course " jawabnya.

Benjamin mengucup dahi Farisa.

" Take care " Farisa terus turun daripada kereta. Sempat dia melambaikan tangannya pada Benjamin.

Benjamin menekan pedal minyaknya sebaik Farisa sudah masuk ke dalam pejabatnya. Dia terus memandu ke pejabatnya pula.

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Benjamin diketuk daripada luar.

" Masuk " laung Benjamin.

Ain, setiusaha Benjamin melangkah masuk ke dalam bilik Benjamin.

" Encik Ben, ada orang nak jumpa encik Ben. Tapi dia tak buat apa-apa appoinment dengan encik " beritahunya.

" Siapa? " soal Benjamin.

" Saya kurang pasti. Tapi dia cakap dia kawan lama encik Ben " .

" Takpalah kalau macam tu. Awak suruh dia masuk " .

" Baik encik Ben " Ain berlalu keluar daripada bilik Benjamin.

Beberapa minit kemudian pintu bilik Benjamin diketuk lagi.

" Masuk " .

Sebaik pintu bilik terbuka, Benjamin terus menoleh ke arah pintu. Dia tergamam.

" Assalamualaikum " sapa perempuan itu.

" Waalaikumsalam. Awak buat apa kat sini Ayu? " soal Benjamin.

Ayu ialah cinta pertamanya ketika zaman universiti dulu. Tapi sayang, hubungan mereka putus di tengah jalan kerana Ayu memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain. Sudah lima tahun mereka tidak bertemu dna hari ini mereka bertemu kembali.

" Ben, saya datang nak minta maaf dengan awak " kata Ayu perlahan. Wajahnya sugul saja.

" Untuk apa? Saya dah lupakan apa yang terjadi antara kita dulu " .

Ayu tiba-tiba menangis.

" Sekarang saya dah dapat balasan daripada Allah Ben. Saya kahwin dengan lelaki yang salah. Saya tinggalkan awak untuk dia. Saya silap. Kalaulah saya tak tinggalkan awak dulu mesti hidup saya takkan derita macam ni " .

Benjamin terkedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience