BAB 24

Romance Completed 51480

Perlahan-lahan Farisa membuka matanya. Dia memerhati sekeliling. Dia bukan di rumah. Baru dia sedar yang dia ada di hospital ketika ini. Pandangannya jatuh pada Benjamin yang terlelap di sisi katil.

Farisa baru teringat selepas pertengkarannya dengan Benjamin, dia pengsan. Benjamin terjaga daripada lenanya apabila merasakan ada pergerakan daripada Farisa.

" Risa? Kau dah sedar. Alhamdulillah " Benjamin mengucap syukur.

" Kenapa saya ada kat hospital? " soal Farisa.

" Kau pengsan. Doktor cakap kau terlalu penat dan stress. Maafkan aku Risa. Aku dah lukakan hati kau. Aku dah buat kau sedih. Aku suami yang teruk Risa " .

Mata Farisa berkaca saat mendengar kata-kata Benjamin.

" Awak masih sayangkan dia? " soal Farisa.

Benjamin pantas menggeleng.

" Tak. Aku dah tak sayangkan dia Risa. Dia dah takda tempat dekat hati aku. Dekat hati aku cuma ada kau sorang. Aku cuma cinta dan sayangkan kau sorang. Percayalah. Tolong maafkan aku Risa. Aku tahu aku salah. Sepatutnya aku jelaskan pada kau supaya kau tak salah faham " Benjamin mengesat air mata yang mengalir di pipi Farisa.

" Betul? " soal Farisa lagi.

" Betul. Aku tak tipu Risa. Aku cuma tolong dia sebab aku kesiankan dia dengan anak dia. Bukan sebab aku masih cintakan dia. Aku dah lama buang perasaan cinta aku pada dia" jelas Benjamin bersungguh-sungguh.

" Risa, maafkan aku ya? Tolong jangan marahkan aku lagi. Aku sayangkan kau sangat-sangat. Risa tak lama lagi kita akan jadi papa dan mama " .

Farisa terkedu. Seperti tak percaya apa yang baru didengarinya.

" Be...betul ke? Saya mengandung? " soal Farisa meminta kepastian.

Benjamin mengangguk.

" Betul Risa. Kau mengandung. Dah dua bulan " dahi Farisa dikucup lembut.

Farisa tersenyum lebar. Dia mengusap lembut perut Farisa yang masih kempis.

" Kau maafkan aku Risa? " .

" Saya maafkan awak " bibirnya mengukir senyuman nipis.

" Terima kasih Risa " jari jemari Farisa digenggam erat.

" Risa " Benjamin memeluk pinggang Farisa daripada belakang.

Perut Farisa yang membesar itu diusap perlahan.

" Baby sihat? " .

Farisa tergelak kecil.

" Hari-hari awak tanya kan " .

" Mestilah " .

" Awak " .

" Hmm " .

" Ayu tu cinta pertama awak kan? " .

Benjamin mengangguk perlahan.

" Kenapa? Kau cemburu ya? " .

" Taklah mana ada. Saya cuma tanya jer " .

" Risa, kau tak perlu risau. Cinta pertama tu memang hebat. Tapi cinta yang terakhir tu sempurna. Dan kau, adalah cinta terakhir aku sampai bila-bila " .

Farisa terharu mendengar kata-kata Benjamin.

" Saya pun cintakan awak walaupun awak suka buli saya " .

Pipi Farisa dicubit lembut.

" I love you si pembuli cinta " .

" I love you too Risa budak manja " .

Mereka sama-sama ketawa. Kita bertemu bukan sebab kebetulan. Tapi Allah yang menentukan.

TAMAT

Share this novel

NakiLa Arya
2020-05-17 08:37:34 

bagus cerita nya

NakiLa Arya
2020-05-17 08:37:34 

bagus cerita nya


NovelPlus Premium

The best ads free experience