BAB 17

Romance Completed 51480

Farisa terjaga daripada lenanya. Dia mengerling sekilas jam di tepi katil. Sudah pukul 10 pagi. Nasib baiklah dia tidak boleh solat. Mengantuk sangat. Tu yang sampai tak sedar. Tempat tidur di sebelahnya kosong. Ini bermakna Benjamin sudah bangun. Entah kenapa lelaki itu pergi dia pun tak pasti.

Farisa bangun. Dia mengikat rambutnya yang panjang. Dia baru teringat, semalam kalau tak silap dia temankan Benjamin menonton televisyen sehingga lewat malam dan dia terlelap di atas pangkuan Benjamin. Tapi macam mana dia boleh ada atas katil? Benjamin angkat dia ke? Tak mungkinlah.

Farisa melangkah ke luar rumah. Dia melihat Benjamin sedang membasuh kereta. Rajin pulak mamat ni.

" Dah bangun dah tuan puteri? " soal Benjamin sebaik melihat Farisa.

Farisa menjeling geram. Ek eleh nak perli orang lah tu kan. Menyampah.

" Risa sini kejap " panggil Benjamin.

" Apa dia? " soal Farisa. Langkah kaki diatur mendekati Benjamin.

" Dah mandi ke belum ni? " .

Farisa menggeleng perlahan.

" Oh belum mandi. Haa elok lah tu. Dah alang-alang ni kan apa kata kau tolong aku basuh kereta aku ni " .

" Tak nak lah. Awak basuhlah sendiri" .

" Cepatlah Risa. Kau nak pahala tak? Berdosa tau lawan cakap suami. Cepatlah tolong aku " gesa Benjamin.

" Nah " Benjamin menghulur baldi yang berisi air sabun kepada Farisa.

" Awak nak saya tolong awak basuh kereta ya?" .

" Haa yelah " .

Farisa tiba-tiba mendapat idea nakal. Oh nak sangat aku tolong kan. Asyik nak buli orang jer. Siaplah kau. Farisa mengambil baldi yang dihulurkan oleh Benjamin. Namun belum sempat baldi itu bertukar tangan, Benjamin menyimbah air sabun itu pada Farisa. Habis basah kuyup dibuatnya.

" Benjamin! " jerit Farisa.

Benjamin sudah ketawa terbahak-bahak melihat Farisa yang basah kuyup kerana air sabun. Bukannya dia tidak tahu Farisa sengaja hendak mengenakannya. Jadi sebelum Farisa kenakan dia, biar dia kenakan Farisa dulu. Benjamin berlari menjauhi Farisa. Namun ketika Farisa mengejar Benjamin, kakinya tersadung pada getah paip.

" Arghh! " .

Benjamin pantas menyambut tubuh Farisa daripada terjatuh. Mata mereka bertentangan buat seketika. Jantung berdegup kencang.

" Err..er ish awak lah ni " Farisa cepat-cepat bangun. Wajahnya sudah bertukar merah kerana malu.

Benjamin mengusap belakang lehernya. Aduh Ben apa kau buat ni?

Farisa mengemas fail-fail yang berada di atas mejanya. Lagi lima minit waktu kerjanya akan tamat. Hari ini mood nya kurang baik. Entah kenapa dia sendiri tak pasti. Tepat jam 5 petang, Farisa terus pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience