BAB 6

Romance Completed 51480

Farisa mengerling jam di tangan. Sudah pukul 3.40 petang. Puas dia menanti Benjamin menjemputnya di rumah. Hari ini mereka akan pergi ke butik pengantin untuk fitting baju kahwin. Pada awalnya dia ingin pergi sendiri tetapi Benjamin menghalang. Katanya lebih elok pergi bersama-sama. Baru nampak macam pasangan yang bahagia. Sengaja nak perli lah tu.

" Mak, mana Ben ni mak? Penat lah Risa tunggu dia " rungut Farisa.

Sudah hampir sejam dia menanti Benjamin. Lelaki itu memang tak pernah nak tepati waktu. Mesti lambat.

" Sabarlah Risa. Sekejap lagi sampailah Ben tu. Tak sabar-sabar nak jumpa bakal suami dia " Puan Anita tersenyum meleret.

" Mak...mana ada lah. Risa ni dah penat tunggu dia. Kalau tahu macam ni, baik Risa pergi sendiri jer " .

" Risa, cuba belajar bersabar sikit. Mana lah tahu kalau-kalau Ben tu ada hal ke " pujuk Puan Anita.

" Hal apanya? Dia tu asyik busy jer. Kalah perdana menteri " .

" Risa kena faham Benjamin tu pewaris syarikat Datuk Tajudin. Besar tanggungjawab dia. Sabtu ahad pun masih lagi busy dengan kerja " jelas Puan Anita.

Farisa hanya diam. Kalau dia bertengkar dengan Puan Anita sekalipun, maknya itu tetap membela Benjamin. Macamlah Benjamin tu anak dia.

" Cuba senyum sikit. Bakal pengantin tak boleh marah-marah " .

Bunyi deruan enjin kereta menghentikan perbualan mereka. Puan Anita bangun dan meninjau ke luar tingkap.

" Haa tu dah sampai bakal suami Risa" .

Lambat-lambat Farisa bangun dan berlalu keluar. Sebenarnya dia masih bengang dengan Benjamin. Nanti bila ditanya mengapa lambat, katanya takdir. Farisa sudah dapat mengagak jawapan yang akan diberi oleh Benjamin nanti.

" Assalamualaikum " Benjamin keluar dari perut kereta.

" Waalaikumusalam. Haa Ben, dah sampai pun. Daripada tadi Risa asyik tanya mana Ben " Puan Anita tersenyum kecil pada bakal menantunya itu.

" Yeke aunty? Ni mesti dia dah tak sabar sangat nak fitting baju. Ben dah faham sangat dengan Risa ni. Dia teruja sikit " Benjamin menjeling sekilas ke arah Farisa.

Wajah gadis itu masam mencuka. Langsung tiada senyuman. Marah lah tu.

" Maaf ya sayang saya lambat jemput awak. Saya ada hal sikit tadi " Benjamin sengaja menyakat.

" Tak tanya pun lah " selepas menyalami tangan Puan Anita, Farisa berlalu masuk ke dalam kereta Benjamin.

Benjamin tersenyum kecil.

" Kami pergi dulu ya makcik " .

" Iyalah. Hati-hati " .

Puan Anita menggelengkan kepalanya perlahan. Macam-macam ragam budak zaman sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience