BAB 16

Romance Completed 51480

Mata Farisa sudah kuyu kerana mengantuk. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dia dan Benjamin masih menonton televisyen. Sudah beberapa kali Farisa menguap kerana mengantuk.

" Awak, saya masuk bilik dulu lah. Mengantuk dah ni " .

Benjamin menoleh ke arah Farisa di sebelahnya. Kesian pulak dia tengok.

" Kau dah nak tidur? Tidurlah kat sini dulu. Nanti aku kejutkan " .

" Tak naklah. Saya nak tidur dalam bilik " .

" Tidurlah sini dulu. Nanti lepas habis jer cerita ni aku kejutkan kau. Baring kat sini " Benjamin menepuk ribanya dengan maksud dia menyuruh Farisa meletakkan kepalanya di riba Benjamin.

" Err takpalah " tolak Farisa. Dia segan.

" Cepatlah. Bukannya dosa pun " .

Farisa teragak-agak untuk baring di atas riba Benjamin. Walaupun lelaki itu sendiri yang menawarkan padanya.

" Ish lambatlah kau ni " Benjamin terus menarik Farisa berbaring di ribanya. Sekali tarik jer, Farisa sudah selamat berbaring di atas ribanya.

" Tidurlah. Nanti aku kejutkan kau " Benjamin menepuk perlahan lengan Farisa seperti mendodoikan anak kecil. Wajah Farisa sudah merona merah.

Benjamin fokus menonton televisyen semula. Tanpa sedar jari jemarinya bermain di rambut Farisa. Dia mengusap lembut rambut isterinya itu. Farisa menatap lama wajah Benjamin. Memang dia beruntung kerana dapat mengahwini lelaki seperti Benjamin. Lelaki yang kacak dan berkarisma seperti Benjamin memang menjadi buruan gadis-gadis di luar sana.

Tapi sayang, perkahwinan mereka bukan seperti perkahwinan orang lain. Mereka berkahwin tanpa sekelumit rasa cinta di hati masing-masing. Sedar tidak sedar sudah tiga bulan mereka sah menjadi suami isteri. Hubungan mereka seperti kawan. Kadangkala mereka bergaduh. Tapi tak lama kerana Benjamin pandai memujuk.

" Risa? " Benjamin menoleh ke arah Farisa. Dia tersenyum kecil melihat wajah isterinya itu.

" Hmm dah tidur rupanya " .

Perlahan-lahan Benjamin mendekatkan wajahnya dengan Farisa. Kemudian sebuah kucupan hangat dihadiahkan di dahi Farisa. Semakin lama dia tinggal dengan Farisa, dia makin mengenali gadis itu dan mula timbul satu rasa di hatinya yang dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak diungkapkan. Makin lama dia makin selesa dengan kehadiran Farisa di dalam hidupnya.

Benjamin ingin mengejutkan Farisa daripada tidurnya tapi dia tidak sampai hati menganggu lena Farisa. Perlahan-lahan Benjamin mencempung tubuh isterinya itu dan membawanya ke bilik.

Sampai di bilik, Farisa dibaringkan di atas katil. Selimut diambil dan diselimutkan tubuh Farisa.

" Selamat malam Risa " ucapnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience