BAB 4

Romance Completed 51480

Tepat jam 12 tengahari, Farisa menanti Benjamin di cafe Bushra seperti yang dijanjikan semalam. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari tapi bayang Benjamin masih belum muncul.

" Ish mana pulak dia ni? Semalam beriya cakap pukul 12 tepat. Last-last dia yang lambat " rungut Farisa sendiri.

Jus orange yang dipesannya sudah separuh gelas diminum kerana lama sangat menanti Benjamin.

" Tak baik merungut " tegur satu suara.

Farisa mengangkat wajah memandang pemilik suara itu. Dengan selamba Benjamin menarik kerusi di hadapannya dan melabuhkan punggungnya di situ. Kemudian seorang pelayan cafe dipanggil untuk memesan makanan.

Besar kecik besar kecik jer Farisa memandangnya. Ya Allah kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi lelaki ini.

" So boleh kita start? " soal Benjamin.

Dia mengangkat kening. Pelik melihat Farisa yang sedang merenung tajam wajahnya.

" Kau ni kenapa tenung aku macam tu? Hensem sangat ea aku? Aku tahu aku memang hensem " .

" Apa masalah awak ni ha? Dah lah datang lambat. Lepastu tak reti nak minta maaf. Dengan muka selamba awak tu. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Semalam awak yang beriya suruh saya tepati masa. Tapi sekarang ni awak yang tak tepati masa " bebel Farisa.

" Relax relax. Fuhh macam peluru berpandu kau serang aku. Bukannya aku yang nak saja-saja datang lewat. Aku ada meeting last minute tadi. Kau ingat aku sengaja ke datang lewat? Lagipun dah takdir " .

Membulat mata Farisa mendengar jawapan selamba Benjamin. Kalau lah negara ni tak ada undang-undang dah lama dah kau mati dekat tangan aku Benjamin. Getus hatinya. Itulah jawapan cliche Benjamin, takdir takdir takdir. Itu saja yang jawapan yang dia ada. Memanglah semua yang berlaku takdir Allah, tapi sekurang-kurangnya mintalah maaf. Ini tidak, dengan selambanya dia buat muka tak bersalah.

" Dah tu, awak tak reti-reti nak minta maaf dengan saya ke? " .

" Tapi bukan salah aku. Dah tadi tiba-tiba ada meeting last minute, nak buat macam mana. Kau kalau nak marah, jangan marah aku. Tapi marah client aku yang tiba-tiba ajak meeting last minute tu " .

" Eii geramnya saya dengan awak ni. Boleh tak kalau sekali jer awak tak sakitkan hati saya? " Farisa hilang sabar.

Benjamin tersenyum kecil.

" Kau geram dengan aku? Ish bahaya betul kau ni " Benjamin menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience