BAB 2

Romance Completed 51485

Farisa melangkah masuk ke dalam kedai buku. Hari minggu begini dia lebih gemar keluar berjalan-jalan daripada duduk terperap di rumah. Dia ingin mengajak Erna keluar dengannya tapi Erna pulang ke rumah neneknya. Jadi dia membuat keputusan untuk keluar seorang diri. Lagipun dia sudah biasa keluar sendirian.

Dia melangkah ke rak novel. Sudah lama dia tidak membaca novel. Beberapa novel dipilih.

" Huh baca novel cinta " tegur satu suara.

Farisa terus menoleh apabila mendengar teguran itu.

" Awak buat apa hah kat sini? Awak ikut saya ea? " soal Farisa geram.

Meluat melihat wajah Benjamin yang menyakitkan hati itu.

" Ehh sorry sikit ea. Aku ni tak ada masa lah nak ikut kau. Kau ingat kau tu siapa aku nak ikut? Tak ada masa lah. Entah-entah kau tu yang ikut aku agaknya " .

Mencerlung mata Farisa mendengar jawapan Benjamin. Suka hati dia jer cakap aku ikut dia. Hello, dia ingat aku ni takda kerja lain ke?

" Awak ingat awak siapa saya nak ikut? Anak raja? Pelakon popular? Ha? Perasan betul " Farisa mencebikkan bibirnya.

" Alah mengaku jer lah yang kau memang ikut aku " Benjamin tersenyum mengejek.

Senyumannya itu lah yang membuatkan Farisa makin geram dengannya. Annoying!

" Dah lah malas saya nak layan awak. Apalah malang sangat nasib saya terserempak dengan awak hari ni. Lepas tu kena tuduh saya ikut awak pulak tu. Huh tak ada masalah saya nak ikut awak. Walaupun saya bosan, tak adalah sampai saya buat kerja gila tu. Banyak lagi benda lain yang saya boleh buat " .

" Apa-apa jer lah cik Farisa. Aku pun kalau boleh tak hingin terserempak dengan kau. Lainlah kalau kau ni model terkenal ke, artis paling popular ke " .

" Dah tu yang awak sibuk tegur saya tu kenapa? Lain kali kalau dah nampak, buat-buat tak nampak jer lah" balas Farisa geram.

Turun naik dadanya menahan marah. Ikutkan hatinya mahu saja dia mengoyakkan mulut Benjamin. Biar dia tak boleh bercakap lagi. Lebih baik tak payah bercakap daripada bercakap benda yang menyakitkan hati orang.

" Suka hati aku lah nak tegur ke tak. Bukannya pakai mulut kau, mulut aku kan " jawab Benjamin selamba.

" Eii kalaulah negara ni tak ada undang-undang, awaklah orang pertama yang saya bunuh. Menyakitkan hati! " Farisa terus berlalu. Makin lama dia berada di situ, makin sakit hatinya.

Benjamin ketawa kecil. Entah kenapa dia suka sangat menyakitkan hati Farisa dia sendiri tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience