BAB 18

Romance Completed 51480

Farisa melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Dia melihat kereta Benjamin sudah berada di halaman rumah. Ini bermakna suaminya itu sudah pulang. Awal pulak dia balik hari ni.

Baru saja Farisa melangkah setapak ke dalam rumah, tiba-tiba...

" Suprise! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Farisa, happy birthday to you " Benjamin melangkah mendekati Farisa sambil membawa sebiji kek berbentuk hati.

Farisa tergamam. Rasa macam tak percaya.

" Tiuplah lilin tu " .

Farisa hanya menurut. Dia meniup lilin itu.

" A..awak buat semua ni? Mana awak tahu hari ni hari jadi saya? " soal Farisa.

Dia sendiri terlupa hari ini hari ulang tahunnya.

" Kau kan isteri aku. Mestilah aku tahu. Again, happy birthday. Tahun ni umur kau dah 24 tahun. Jangan jadi macam budak-budak lagi " .

Farisa tergelak kecil.

" Jom ikut aku " Benjamin menarik tangan Farisa mengikutnya.

Dia membawa Farisa ke ruang makan. Ruang makan yang telah dihias cantik.

" Candle light dinner? " soal Farisa.

Benjamin mengangguk perlahan. Dia sanggup mengambil cuti harini kerana ingin menyiapkan segalanya. Termasuklah makanan. Dia sendiri yang masak. Gigih dia mencari resepi daripada internet.

" Duduklah " Benjamin menarik kerusi.

" Thanks " ucap Farisa. Dia terharu dengan apa yang Benjamin telah buat. Rasa macam tak percaya Benjamin yang lakukan semua ini padanya.

" Risa, pertama sekali aku nak minta maaf dengan kau. Aku tahu aku tak mampu nak jadi suami yang sempurna untuk kau. Aku tak tahu macam mana nak luahkan rasa sayang dan cinta aku pada kau. Aku tahu aku selalu usik kau, buat kau marah, buat kau sakit hati, meluat, menyampah, benci dengan aku. Aku minta maaf. Aku buat semua tu sebab aku rasa seronok. Sebab waktu tu jer aku dapat perhatian kau. Aku tak pandai nak romantik macam lelaki lain. Aku tahu aku bukan lelaki pilihan kau. Tapi bila hari-hari aku tengok kau, hari-hari hidup dengan kau. Macam mana aku boleh untuk tak jatuh cinta dengan kau? Kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau Risa" luah Benjamin panjang.

Farisa menekup mulutnya. Air matanya bergenang. Jujur daripada hati dia juga ada perasaan yang sama seperti Benjamin.

" Awak, saya pun minta maaf sebab tak mampu nak jadi isteri yang sempurna untuk awak. Terima kasih sebab terima segala kekurangan saya selama ni. Jujur daripada hati saya, saya pun dah mula jatuh cinta pada awak. Bila sehari awak tak kacau saya, saya rasa hidup saya tak lengkap" balas Farisa.

Benjamin tersenyum lebar mendengar jawapan Farisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience