BAB 1

Romance Completed 51480

Farisa menghempas kuat pintu biliknya. Punggungnya dilabuhkan di atas katil. Dadanya turun naik menahan geram. Mana tidaknya, suka-suka saja mak dan ayahnya menerima lamaran kawan mereka. Mereka ingin jodohkan Farisa dengan anak mereka, Benjamin.

Benjamin lelaki yang paling dia benci. Mereka pernah bertemu beberapa kali sebelum ini ketika majlis annual dinner dan ketika family day. Benjamin adalah anak kepada kawan baik ayah dan maknya. Tapi entah kenapa dia benci sangat dengan Benjamin. Sikap lelaki itu yang menjengkelkan selalu saja buat dia naik hantu.

Sekeras-kerasnya Farisa menolak untuk berkahwin dengan Benjamin. Bagaimana dia mahu hidup dengan lelaki seperti Benjamin. Silap-silap, dia boleh dapat penyakit darah tinggi.

Farisa masih ingat lagi ketika family day tahun lepas. Benjamin bermain bola tampar, ketika dia menampar bola itu terkena kepala Farisa. Benjamin langsung tidak meminta maaf kepadanya. Katanya sudah takdir bola itu terkena kepala Farisa. Manalah Farisa tak berang dengannya.

Nombor telefon Erna di dail. Beberapa minit kemudian, panggilan bersambut.

" Hello Risa. Ada apa? " .

" Kau kat mana tu Erna? Aku nak ajak kau jumpa sekejap " .

" Aku ada jer kat rumah ni. Nak jumpa kat mana? " soal Erna.

" Kau siap-siap. Sekejap lagi aku jemput kau dekat rumah ".

" Okay " .

Panggilan terus ditamatkan. Farisa terus bersiap. Daripada dia stress duduk rumah lebih baik dia keluar tenangkan fikirannya yang berserabut ketika ini.

" Hah? Kahwin dengan Benjamin? " soal Erna.

Farisa mengangguk perlahan. Dia menyedut sedikit fresh orange yang dipesan tadi.

" Biar betul? Kau dah lah benci dengan Benjamin tu. Boleh pulak parents kau nak kahwinkan kau dengan dia " .

" Tahu takpa. Macam lah tak ada orang lain yang nak dibuat menantu. Lelaki yang perangai macam hantu tu jugak yang nak dibuat menantu. Aku tak nak Erna " .

" Kau cubalah berbincang dengan parents kau balik. Kau cuba cakap baik-baik dengan diorang. Mesti diorang akan faham nanti " .

" Diorang nak faham? Berbuih dah mulut aku ni cakap tak nak. Tapi diorang tetap paksa aku " .

" Benjamin macam mana pulak? " soal Erna.

Farisa mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku tak boleh bayangkanlah Erna macam mana hidup aku nanti bila kahwin dengan mamat perangai macam hantu tu " .

Erna ketawa kecil. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana kehidupan kawan baiknya itu selepas berkahwin dengan Benjamin yang menjengkelkan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience