BAB 22

Romance Completed 51480

Tengahari itu Farisa keluar makan sendirian di restoran makanan barat. Tekaknya tiba-tiba teringin makan makanan western. Padahal dia bukannya penggemar makanan western. Biasanya dia akan keluar makan bersama dengan Benjamin tapi hari ni Benjamin sibuk. Katanya ada meeting dengan client.

Setelah memesan makanan, mata Farisa meliar memerhati sekeliling restoran itu. Ini kali pertama dia makan di restoran itu.

Tiba-tiba matanya terhenti pada meja di hujung restoran. Dia kenal sangat lelaki itu. Benjamin. Ya suaminya. Tapi suaminya itu bersama dengan seorang perempuan dan seorang kanak-kanak kecil.

Mata Farisa sudah berkaca melihat mereka bertiga. Hatinya bagai disiat-siat melihat kemesraan mereka bertiga. Mereka bertiga bagaikan sebuah keluarga yang bahagia. Ikutkan hatinya mahu saja dia pergi ke arah mereka. Tapi nanti dia juga yang akan malu. Jadi lebih baik dia berbincang dengan Benjamin di rumah nanti.

Farisa terus bangun dan berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran walaupun makanan yang dipesan masih belum sampai. Dia tidak sanggup lagi untuk melihat kemesraan antara mereka.

" Terima kasih Ben sebab sudi bawak saya dan Arisa keluar hari ni " ucap Ayu.

Ketika itu mereka sudah pun berada di hadapan rumah Ayu.

" Sama-sama. Tak ada apa lah. Lagipun saya kesian dengan Arisa tu".

" Ben " .

" Ya? " .

" Boleh saya tanya sesuatu? " .

" Apa dia? " .

" Dekat dalam hati awak, masih ada ruang untuk saya? " soal Ayu.

Benjamin terdiam. Dia menarik nafas panjang.

" Ayu, saya memang maafkan awak. Tapi maaf, hati saya dah tertutup untuk awak. Saya tolong awak sebab saya kesiankan awak, sebagai seorang kawan saya rasa saya patut tolong awak. Lagipun saya kesian dengan Arisa. Dia tak patut lalui semua ni. Dia masih kecil, dia tak tahu apa-apa pun. Kita masih boleh berkawan Ayu. Tapi untuk terima awak semula, saya minta maaf sangat. Saya tak boleh. Saya dah kahwin dan saya tak akan pernah duakan isteri saya semata-mata untuk kembali pada awak " jelas Benjamin panjang.

Ayu agak kecewa mendengar kata-kata Benjamin. Dia ingatkan Benjamin masih belum berkahwin.

" Maaf Ben. Saya tak tahu yang awak dah kahwin. Untung isteri awak dapat suami yang baik macam awak " .

" Takpa Ayu. Saya balik dulu ya " .

Ayu mengangguk perlahan. Dia hanya memandang sayu langkah Benjamin. Walaupun kecewa, Ayu harus menerima kenyataan ini. Benjamin berhak bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience