BAB 12

Romance Completed 51480

Sedar tidak sedar sudah seminggu Farisa dan Benjamin sah menjadi suami isteri. Hari ini mereka akan berpindah ke rumah Benjamin. Lagipun Benjamin dan Farisa sudah mula bekerja.

" Jaga diri ya Risa. Dengar cakap suami. Jangan lawan cakap suami " pesan Encik Lukman.

" Insya Allah ayah " Farisa menyalami tangan ayahnya.

" Lepas ni Risa dah tak boleh manja lagi. Jadi isteri yang baik untuk Ben. Jaga makan minum suami. Nanti bila free, datanglah sini " pesan Puan Anita pula.

" Baik mak. Insya Allah. Mak dengan ayah jaga diri tau. Kalau ada apa-apa terus call Risa. Nanti bila free, Risa balik sini " .

Selepas Farisa bersalaman dengan kedua orang tuanya giliran Benjamin pula bersalam dengan ibu bapa mertuanya itu. Dengan perasaan sedih, Farisa terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapanya. Inilah pertama kali dia berpisah jauh dengan ibu bapanya.

" Beg kau ni takda banyak lagi ke? " soal Benjamin sebaik mereka tiba di hadapan rumahnya.

Beg pakaian Farisa saja sudah memenuhkan bonet kereta. Belum termasuk lagi barang lain miliknya. Itupun ada barang lain yang terpaksa ditinggalkan kerana kereta Benjamin sudah penuh.

" Habis tu takkan lah saya tak bawak barang-barang saya? " Farisa menyoal semula.

" Aku tak cakap yang kau tak boleh bawak barang-barang kau. Tapi kau tengoklah barang kau ni, penuh satu kereta aku " .

" Suka hati saya lah " .

" Haa melawan-melawan. Aku ni suami kau. Ingat sikit ea. Nak jadi isteri derhaka ke? " .

Farisa menjeling geram. Huh suka sangat gunakan kuasa veto dia tu.

" Dah cepat angkat barang-barang kau ni. Rumah aku ni takda orang gaji yang nak angkatkan barang-barang kau ni. So, angkatlah sendiri ya ".

" Tolonglah saya angkat sekali. Kan banyak ni. Janganlah jadi kejam sangat " .

Benjamin tergelak kecil.

" Kadang-kadang dalam hidup ni kita jadi kejam sikit " kepala Farisa diusap perlahan.

" Awak! Takkanlah awak nak biarkan saya seorang-seorang angkat semua barang ni " .

" Alolo kesiannya dia. Nak aku tolong ya? " .

Farisa mengangguk. Dia membuat muka kesian.

" Tapi sayang, sayang angkatlah sendiri ya. Sebab abang ada banyak kerja nak buat dekat dalam. Abang masuk dulu ya sayang. Bye " meletus tawa Benjamin. Suka benar dia dapat menyakat Farisa.

Farisa mengetap giginya geram. Rasa macam nak cekik-cekik leher Benjamin. Benjamin pula terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience