BAB 20

Romance Completed 51480

" Apa yang jadi dengan awak? " soal Benjamin.

Ayu terus menceritakan apa yang telah terjadi pada rumah tangganya. Dia sangka Nizam adalah lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami. Rupanya dia silap. Selepas kahwin, Nizam diberhentikan kerja kerana syarikat dia kerja sudah bankrup. Sejak itu Nizam mula jadi panas baran. Ayu menjadi tempat dia melepaskan geram. Tubuh Ayu lebam teruk kerana dipukul.

Beberapa bulan selepas itu, Ayu mengandung. Nizam mula berubah. Dia sudah dapat kerja baru. Tapi hanya seketika. Dia diberhentikan kerja kerana menyeleweng duit syarikat. Sejak itu hidup mereka kembali susah. Ayu terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi. Sampailah sekarang. Hidup dia menderita. Anaknya sudah berumur empat tahun ketika ini.

Seminggu yang lepas Nizam menceraikannya dan pergi begitu saja. Ayu sendiri tidak tahu kemana Nizam pergi.

Benjamin yang mendengar cerita Ayu turut bersimpati. Dia tidak sangka hidup Ayu menderita sebegini. Ayu adalah cinta pertamanya. Sewaktu Ayu membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nizam, Benjamin separuh gila. Sukar untuk dia menerima hakikat itu. Sejak itu pintu hatinya sudah tertutup rapat untuk mana-mana perempuan.

Sebab itu Datin Aima beriya-iya ingin dia kahwin dengan Farisa. Dia mahu anak bujangnya itu membuka kembali pintu hatinya yang tertutup.

" Ben, awak dah maafkan saya? " soal Ayu.

Benjamin mengangguk perlahan.

" Saya dah lama maafkan awak Ayu. Awak jangan risau. Saya akan tolong awak. Saya takkan biarkan hidup awak susah lagi " .

" Betul ke? " soal Ayu tak percaya.

" Betul. Awak jangan risau Ayu " .

Farisa sibuk memasak di dapur. Hari ini dia pulang awal sikit daripada pejabat. Lagipun kerja di pejabat semuanya sudah settle. Benjamin yang baru saja pulang daripada pejabat melangkah ke dapur. Bibirnya mengukir senyuman kecil melihat Farisa yang sedang memasak sambil bernyanyi kecil.

" Amboi riangnya hati " tegur Benjamin.

" Eh awak dah balik? Awalnya balik hari ni " soal Farisa terkejut.

" Aku rindu dekat isteri aku ni " pinggan Farisa dirangkul erat.

Farisa tersenyum kecil. Makin lama makin romantik suaminya ini.

" Saya belum siap masak lagi " .

" Takpa. Tengok kau pun dah buat kau kenyang " .

" Eleh. Okay kalau macam tu, hari ni tak payah makanlah. Tengok saya jer" .

" Boleh jer. 24 jam tengok kau pun aku sanggup. Aku lagi suka " .

Farisa mencebikkan bibirnya. Poyo betul. Tiba-tiba telefon bimbit Benjamin berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

" Siapa call? " soal Farisa.

" Sekejap ya " Benjamin terus berlalu.

Siapa yang call dia? Tak pernah-pernah jawab call jauh-jauh. Farisa mula curiga tapi cepat-cepat dia buang rasa curiga itu.

Share this novel

Norhafikah Sulehan
2021-07-25 11:20:44 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience