Seawal lima pagi lagi Seri sudah bangun dari tidurnya. Demi menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi dan juga sebagai isteri kepada Tengku Zein Luftman.
Usai solat subuh dia turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk sang suami. Walau marah dan terguris bagaimana pun dia, tugas seorang isteri itu harus dijalankan sepenuhnya beserta dengan keikhlasan. Itu pesan mak kepadanya.
Setelah kejadian malam semalam, Seri menyambung tangisannya di dalam bilik. Segala apa yang terbuku di dalam hati diluahkan di dalam diari yang sentiasa menjadi peneman kesedihannya. Sebelum ini Seri bagai lupa akan kehadiran diari itu. Tapi bila kisah sedihnya muncul semula, maka diari itulah yang akan diambil semula dan semua kisah sedih akan di buku di dalamnya.
Kerja gila? Tak gila sebab cerita sedih akan banyak mengajar kita supaya lebih bersyukur.
Kenapa kisah bahagia kau tak tulis sekali? Bagi aku tak perlu. Kerana cerita bahagia sudahpun aku patri sampai mati di dalam hati seorang Seri Ayuni.
Bagi aku, menulis cerita sedih di dalam diari ibarat membuang jauh kesedihan itu. Tidak mahu menoleh lagi. Biarlah cerita itu dihapus, dikoyak dan dimusnahkan pada akhirnya nanti sama seperti buku-buku duka hidupnya.
Seri mengeluarkan tepung, telur, butter, susu untuk persiapan membuat pancake. Selain itu dia juga akan membuat mee goreng mamak, dan telur mata sebagai menu tambahan. Cukuplah untuk kami berdua.
Pada jam 7.30 pagi semua menu sudah siap dihidang di atas meja. Tinggal menunggu Zein bangun sahaja.
Satu yang menjadi kemusykilan Seri. Selama aku kahwin dengan dia, aku tak pernah nampak dia menunaikan solat lima waktu. Atau memang dia dah lama tak solat? Habis, kalau bangun pun waktu matahari dah timbul. Nak solat subuh apanya kalau pukul 7.30 pagi pun atas tilam lagi. Astagfirullahhala'zim. Seri mengucap panjang bila tersedar dia telah mengumpat suami sendiri. Biarlah dosanya itu antara dia dengan Allah.
Sambil menunggu Zein turun, Seri mengemas apa yang patut. Sebenarnya rumah ni tak ada yang perlu dikemas pun, sebab semuanya masih bersih. Seperti ada yang menjaga. Mungkin Zein upah pembantu untuk melakukannya. Satu habuk pun tak jumpa. Memang bersih. Sesuailah dia kan Mr. Perfectionist.
Satu demi satu kaki dihayun menuruni anak tangga. Sampai di tangga pertengahan, Zein mencari kelibat Seri. Kelihatan Seri ke sana ke mari dengan mesin vacuum di tangan. Dalam diam Zein memerhatikannya tanpa ada niat untuk menegurnya. Setelah hampir 10minit dia pandang dalam diam, kemudian kelibat itu tidak kelihatan lagi. Kaki terus dihayun bagi menghabiskan sisa anak tangga yang masih berbaki.
Walaupun masih pening, namun panas badannya sudah berkurang. Darah yang keluar dari hidung juga sudah tiada. Selepas makan ubat yang disediakan oleh Seri semalam, kini Zein sudah semakin pulih. Langsung Zein tuju ke dapur. Dia hanya menyarung sweat pants warna kelabu dan loose round neck t-shirt berwarna hitam.
Aroma yang memenuhi setiap ruang makan itu sudah membuka seleranya. Apalah yang dimasak Seri hari ni?
Tiba-tiba perut berdendang lagu rancak. Alah, lapar la pulak. Memang tak boleh elak ke makan makanan yang dia masak? Rasa lapar yang datang tiba-tiba terbang jauh bila terpandang Seri melintas di hadapannya.
Melihat Zein menyandar pada pintu peti ais sambil berpeluk tubuh. Mata helang lelaki itu pula merakam setiap perlakuannya, namun Seri hanya diam tak bersuara. Tak peduli langsung kehadiran lelaki itu. Seri terus melakukan kerjanya. Walau dalam hati seperti ada taufan yang sedang melanda ladang kelapa, dia buat tak tahu.
Tolonglah cik hati, bertahan. Desisnya dalam hati. Deria baunya pula hampir penuh dengan wangian yang disembur ke tubuh lelaki itu. Haruman Bleu by Chanel itu cukup maskulin padanya.
Dengan gaya yang Zein buat sekarang. I make bold to say the girls would die for him. Namun Seri menahan keras rasanya itu. Beberapa kali air liur ditelan. Dikuatkan naluri wanitanya. Nyata bukan saja wangian, malah gaya santai Zein saja sudah cukup buat tubuhnya menggeletar.
Seri, kau kena kuat untuk tidak peduli dengan godaan lelaki itu. Sungguh kuat daya tarikan seorang lelaki bernama Tengku Zein Luftman ini.
Seri mengambil pinggan dan sudu lalu dibawa ke atas meja. Disusun mengikut aturannya. Lalu kembali semula table top, membuka kabinet di atas lalu mengeluarkan serbuk Nescafe di dalam balang kaca.
Hai? Diam aje... Selalu mulut dia tu tak reti diam bila tengok muka aku. Hari ni, boleh pula tak ada satu patah pun yang keluar. Hi, pun tak. Buat derk pulak tu. Macam aku ni tak wujud. Bicara Zein sendiri.
Zein... kau lupa ke semalam kau buat apa dengan dia? Tak ingat kau dah sakitkan hati dia lagi? Sekarang ni, dia tak layan kau memang patut pun. Padanlah muka kau. Memang dari awal pun kau ni patut dapat layanan macam tu dari dia. Adakah pengorbanan dia selama ni kau nilai dengan wang ringgit? Isteri mana yang tak sakit hati? Lagilah dia buat tu semuanya ikhlas demi mengambil hati kau. Kau je yang sengal tak faham.
"Ehem!" Zein berdehem cuba bersuara. Cuba menyedarkan Seri yang dia ada di situ. Dia sebenarnya sudah ketagih perhatian dari wanita bergelar isterinya itu. Lagi pula dia bukan halimunan. Bila Seri masih buat tak tahu. Zein semakin mendongkol geram bercampur tidak percaya.
Seri tetap meneruskan kerjanya. Satu teko air Nescafe yang siap dibancuh dibawa ke atas meja, lalu dituang ke dalam cawan.
"Ehem! Ehem!" Dua kali deheman kuat Zein keluar. Sakit hati bila Seri tak beri sebarang jawapan. Pandang sipi pun tidak! Hey, tak percaya sungguh. Mata masih melekat pada setiap kerja si isteri.
Seri tetap tidak membuka suara. Dia terus menghenyak punggung di kerusi lalu menyenduk mee goreng mamak ke pinggannya sendiri. Cawan yang sudah terisi air Nescafe diangkat dan disisip perlahan.
"Kau tak nak ajak aku makan ke?" Terpaksa jugalah Zein keluarkan kata itu. Rasa nak ketuk kepala sendiri dengan tukul saja bila kata yang dikeluarkan tak melambangkan diri sendiri.
Sejak bila aku berani merendahkan diri macam ni? Aku ni Tengku Zein Luftman, okay! Orang yang melutut depan aku. Aku akan dapat layanan 1st class. Bukan aku yang terhegeh-hegeh minta dilayan. Siap tanya tak ajak aku makan ke? Huh! Can't believe this!
What are you thinking, Zein? Is she really intense to make you drown?
Betul-betul aku tak sangka. Apa yang kau dah buat pada aku Seri? Only with your silent treatment, dah buat aku tak senang duduk. Hati menjerit tak percaya. Bila encik hati sendiri mengaku minta dilayan oleh Seri. Fuck!
Mendengar soalan tadi buat Seri rasa nak cium dan peluk Zein terus. Tapi rasa itu ditahan. Yelah, mana pernah Zein tanya soalan macam tu pada dia. Rasa macam mimpi.
Kemuduan bibirnya menyungging senyum sinis.
"This is your house, Tengku. Tengku nak makan ke, nak minum ke, non of my business. Furthermore, I'm no one, remember? Ataupun Tengku tak selesa nak makan semeja dengan saya? Saya boleh pergi dari sini. Takutlah jijik semeja dengan saya kan," kata-kata sinis Seri keluarkan. Walau hati berperang dengan perasaannya, namun lidah lagi laju mengalun kata. Nyata sakit hati itu sangat kuat dia rasakan. Bagai mencengkam urat nadi. Biarlah sekali sekala Zein rasa apa yang dia rasa. Ingat dia aje mulut macam bullet rifle M24. Sekali peluru dibidik terus tembus ke jantung. Aku pun boleh lah.
Seri mengangkat pinggan dan cawannya mahu pergi dari tempat itu. Namun Zein menahan dengan menekan kedua bahunya. Dia duduk kembali. Jelingan dihadiahkan kepada Zein. Pulak?
"Duduk! Teman aku makan. Buat apa ada isteri kalau aku kena makan sendiri." Terpaksa Zein menghentikan tindakan Seri untuk bangun dari meja makan. Dia pergi ke kerusi yang Seri sudah disiapkan untuknya.
Lapar yang datang menyinggah, semakin pudar bila melihat kelakuan isterinya yang dirasakan lain dari yang lain hari ini. Itulah, waktu dia baik dengan kau, mulut kau tak habis-habis macam lubang puaka nyiang rapik. Asyik nak menelan dia aje. Sekarang bila dia buat tak tahu pada kau, kau pula rasa tak senang duduk. Panas punggung macam duduk atas bara api. Sekarang rasalah macam mana sakit hati. Kata hati terus-terusan mengejek diri sendiri.
"Isteri?" Seri sungging bibir dan ketawa sinis. "Khidmat saya masih diperlukan ke sebagai isteri, Tengku?" Bibir tetap menutur kata, namun tangan lebih cepat melakukan tugasnya. Pinggan Zein dibawa ke hadapannya. Diletakkan 2 keping pancake, hirisan butter dan terakhir madu dituang ke atasnya. Jangan lupa, Zein kan serasi makan makanan barat, jadi makanlah pancake ni. Aku pun malas nak tanya apa yang dia nak. Pinggan yang sudah diisi diletakkan semula di hadapan Zein.
Zein pandang pinggannya dan kemudian pandang wajah Seri kembali. Dahi dikerutkan.
"Aku nak mee goreng tu..." Jari telunjuk lurus ke depan. Menunjuk kemangkuk mee goreng mamak yang sejak tadi sudah menarik perhatiannya. Ada udang galah besar-besar, tauhu goreng, sayur-sayuran yang berwarna warni. Warna gelap mee yang bergaul mesra dengan kicap pekat, lebih menarik perhatiannya dari pancake yang sudah disediakan di depan matanya saat ini.
Seri tarik nafas keras.
"Mengada-ngada!" Gumamnya. Namun dalam hati sudah teriak suka. Yelah mana Zein pernah nak makan menu macam tu selain english breakfast. Itu yang aku tahulah. Tapi kalau mama kata, dia makan je apa ada. Tidak mahu bertanya lanjut, langsung pinggannya bertukar tempat dengan pinggan Zein. Nah ambik! Jangan lepas ni kau tak nak makan pulak sebab pinggan yang aku isi mee tu, aku punya. Cuma aku belum sentuh lagi.
Zein tak kata apa. Bila pinggan isterinya sudah berpindah tempat. Mee goreng mamak itu direnung kosong. Mee goreng ni pun senasib dengan aku. Hai la... beginilah jika orang tak sudi pandang pandang kita.
"I'm very sorry about last night. I wasn't thinking straight. I didn't mean that way. And... don't call me that name. I just hate it when it comes out from your lips. Panggillah apa saja yang kau nak. Tapi bukan panggil aku dengan panggilan Tengku," keluh dilepas. Pinggan berisi mee goreng masih tak berusik.
"Kenapa tak boleh? Bukan semua orang panggil Tengku macam tu ke? Saya kan isteri sementara Tengku, tak salah kan?"
"Stop! Stop behaving like this. I don't like it. You're not that kind of women. I was... It was my mistake..." Zein raup mukanya kasar. Tak sanggup lagi menghadapi kedinginan isteri sendiri. Walaupun belum lama Seri begitu dia sudah tak sanggup. Walau badan Seri di sini, namun jiwanya telah hilang entah ke mana. Tak seperti hari-hari sebelumnya. Hari-harinya sebelumnya dipenuhi dengan cinta seorang isteri yang bernama Seri Ayuni.
Beginikah permainan hati? Ketika aku mengenal seorang yang bernama wanita, dia pergi menjauh, melarikan diri. Namun bila hati menentang keras tak mahu kenal yang namanya wanita, hadir pula seorang bidadari yang benar-benar tulus mencintai aku. Adakah ini percaturan Illahi? Atau dia mahu beri aku yang terbaik untuk jadi hamba yang terbaik untuk-Nya.
"Bukan ke saya dah kena prepare dari sekarang? Sebab cepat atau lambat Tengku akan buang saya juga. You can do it any time whenever you wish for. Malah saya takkan minta satu sen duit Tengku. Bagaimana saya datang, begitu juga saya akan keluar dari rumah Tengku. Saya sudah reda dengan takdir saya. Kalau suatu hari nanti Tengku jumpa orang yang lebih sesuai daripada saya. Tengku janganlah sia-siakan dia. Kami kaum wanita, begitu rapuh bila tanpa sokongan. Begitu juga saya." Seri ambil nafas seketika kemudian meneruskan katanya kembali. Air mata di kelopak mata ditahan agar tidak jatuh.
"Saban hari saya cuba untuk buat Tengku suka saya, terima saya seadanya. Namun saya gagal. Nyata hati Tengku diperbuat dari besi. Susah nak ditembus oleh mana-mana cinta. Saya sedar dari awal saya bukan pilihan Tengku. Dan saya dah letih. Saya letih mengejar cinta yang tak pasti. Saya pernah berharap cinta itu dapat saya miliki. Namun cintanya begitu kuat untuk wanita lain. I'm officially surrender. Saya... Seri Ayuni Binti Daniel Lee ingin meminta ce.... aaa..." Seri tak dapat menghabiskan ucapannya bila ada tangan kasar itu naik menyentuh bibirnya dan sekaligus menghalangnya dari meneruskan kata-kata. Bulat mata Seri melihat wajah suaminya yang saat ini merenung dirinya. Mata lelaki itu… merah.
"Shhh..." Naik terus jari telunjuk dan jari tengah Zein pada bibir mungil isternya. Mata dipasak tenang pada raut wajah itu. "Jangan teruskan. Aku... Aku belum sanggup untuk berpisah kali kedua. Walaupun pada awalnya janji yang kita buat atas keterpaksaan. Tapi sekarang, saat ini, aku tak mahu kau lupakan janji kau pada aku malam tu. I will assure you that I won't hurt your feelings again. Can you stay here with me until... you own me?" Akhirnya Zein mengeluarkan kata putus. Walau belum jelas. Namun sudah ada kata dua yang dizahirkan. Tidak seperti sebelum ini.
Setelah lama hatinya dijaga rapi untuk seorang wanita, mungkin ini sudah tiba masanya untuk dia beri peluang pada Seri untuk merebut cinta itu.
Bahu Seri dibawa menghadap dirinya. Tangan lembut itu digenggam kemas. Bagai menyalurkan semangat kepada gadis itu, agar apa yang bakal Seri dengar nanti akan merubah hatinya untuk terus di sini. Bersamanya.
"Aku janji, aku akan cuba terima kau. For start, stop calling me, Tengku. You're not my servant. You're my wife. My only wife. And... I'll say it one more time and I want you to hear me clearly. Can you... Seri Ayuni Binti Daniel Lee... stay by my side... till you hold my heart?"
Dan terus gugur air mata Seri yang sejak tadi lagi mendiami kelopak matanya. Selepas apa yang dia dengar. Rasa seperti bermimpi. Zein mahu aku tinggal bersamanya? Dia akan beri aku peluang itu? Benarkah?
Kepala Seri sudah tunduk ke bawah. Air mata tak putus-putus mengalir.
Beberapa ketika barulah Seri mengangkat wajahnya kembali. Memandang tepat pada wajah tampan suaminya. Anak mata Zein yang berwarna coklat itu ditenung tak lepas. Tangan kasar Zein yang masih di bibir di bawa ke pipinya. Sambil tangannya juga melekap di atas tangan itu. Tangisan dilepakan sepuasnya. "Tell me, this is not a dreaming?" Soalnya dalam air mata yang masih mengalir.
"Nope. You're not." Diikuti dengan ciuman hangat dari dua ulas bibir isterinya kemudian berakhir di atas permukaan dahi Seri.
"Thank you... Thank you..." Gumam Seri. Rasa semangatnya sudah kembali. Baru semalam semangat itu hilang dari dirinya, kini 'dia' kembali semula. Inilah kegembiraan yang tak bisa dicoret di mana-mana diari yang dimilikinya. Kerana momen indah ini hanya untuk dia patri dalam hatinya. Terima Kasih Ya Allah. Kau telah mendengar suara hambamu.
"So, can we continue our breakfast? Because, I'm starving..." Disusuli dengan tawa halus di bibir Zein. Si dia juga tersenyum gembira sambil mengangguk atas soalannya. Jari jemarinya bermain di wajah Seri. Air mata isterinya diseka perlahan.
I'll promise you, you'll no regret for love me.
* * *
Seri naik ke bilik untuk menunaikan solat Zohor. Kemudian dia mencapai sebuah novel setebal 1156 muka surat yang dibawa dari kampung sewaktu berpindah kes ini. Novel itu sudah setahun berada ditangannya namun masih terjaga rapi. Novel yang bertajuk The Unsung Hero, nukilan dari Melur Jelita dibawa turun bersama sambil mengambil tempat disebelah Zein. Zein melihat dengan ekor mata sambil kembali menumpukan penglihatannya ke kaca TV. Walau rancangan itu tak menarik minatnya langsung. Seri lebih mencuri perhatiannya.
Sesekali dia kerling Seri disisinya yang sejak tadi kusyuk dengan dunia sendiri. Kadang serius, kadang tersenyum. Novel yang tebal entah berapa ratus muka surat itu amat mengganggu matanya. Nak tengok muka isteri sendiri terganggu dek novel yang entah apa-apa tu. Sudahlah tebal, entah berapa berat gram pula beratnya. Tangan isteri dia kecil aje, tapi kuat pula pegang novel tu lama-lama. Tak lenguh ke? Ada faedah kalau peluk aku.
Hai Zein, dengan novel pun kau jealous? Teruk sakit kau ni. Angau dah ke?
"Dari kau baca novel yang tak berfaedah tu, baik kau buatkan aku air. Nescafe satu..." arahnya tak melihat wajah Seri. Sudah serupa membuat pesanan di gerai makan saja.
Seri menurunkan novel tebal itu ke bawah dari menghalang wajahnya. "Awak haus? Bukan tadi baru lepas minum ke? Satu teko air Nescafe awak sorang yang minum. Ni, nak lagi?" Soal Seri bagaikan tak percaya. Kepalanya turut digelengkan. Sungguh dia rasa macam Zein ni hantu Nescafe. Sehari tanpa Nescafe, macam tak berjalan otaknya.
"Kau punya air Nescafe sedap. Aku suka.." pujinya ikhlas. Senyum dibias terus ke bibirnya. Sudah tak disorok lagi rasa sukanya. Tulah penangan air tangan Seri. Sejak dari pertama kali dia buatkan aku Nescafe di kampung dulu. Sejak itulah aku sudah ketagih air buatannya. Namun sebab ego, aku tahan.
Seri garu kepala. Alah... ni lemah ni. bodek sikit je aku dah meleleh. Macam mana lah tak jatuh cinta macam ni. Kena puji pulak. Kembang punggung jadinya.
"Yelah. Kejap saya buatkan. But!" Jari telunjuk naiknya naik ke atas. "This is the last one for today. No more after this. Okay?" Seri menanti persetujuan Zein. Kelihatan dia sedang berfikir seketika sebelum dia mengangguk. "Good!"
Bila Seri atur langkah ke dapur, Zein mengambil novel yang tadinya menjadi sumber bacaan Seri. Dibelek-belek buku itu kemudian dibuka kulit pertamanya, ada tertulis sesuatu di situ.
'This is a small gift for you... so that you can remember me as your UNSUNG HERO. Adrian Tan'
Bila melihat nama yang tertulis di situ langsung buku itu dicampak semula lantas bergolek jatuh ke atas sofa kulit miliknya. Menyampah! Kalau aku tahu dia yang bagi, tak ada maknanya aku nak pegang. Yang Seri pun satu. Pergi baca buku ni buat apa? Teringatkan apek mata sepet tu ke? Nak kata dia handsome, 10 kali aku lagi handsome dari dia. More tougher than him. Hisy! Bikin sakit hati aku aje.
Seri mendekati Zein lalu menghulurkan satu mug Nescafe yang masih panas dihadapan Zein. Zein menyambutnya dengan hati-hati. Mug bertukar tangan. Tiada ucapan terima kasih darinya. Seri jadi hairan. Aik? Cepatnya mood dia sudah ke laut? Baru berapa minit aku tinggal dah macam ni? Masam.
"Kenapa ni? Saya buat salah lagi ke?" Soal Seri terus. Ada keluahan yang Zein lepaskan. Dia meniup sedikit air Nescafe itu lalu disisip perlahan.
"Kau memang rapat dengan Adrian ke?" Soalnya tanpa melihat wajah Seri. Bukan apa, Zein tak mahu Seri tengok muka dia yang dah berubah tak ikut musim.
Satu soalan saja sudah mampu Seri tafsirkan. Ni kes jealous la ni? Hisy, dah tua-tua makin mengada-ngada la En.Hot ni. Seri tak langsung menjawab. Novel yang sudah beralih tempat tadi di ambil dan dibetulkan kedudukannya dan muka suratnya juga sudah terlipat-lipat. Ni mesti novel sudah jadi mangsa campakkan dengan En.Hot. Kesian dekat novel ni, tak pasal-pasal jadi mangsa.
"Novel ini tak salah. Yang salah adalah awak,"Seri berpura-pura merungut.
Zein toleh kepala 90 darjah Seri seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar. Apa? Dia salahkan aku hanya sebab sebuah novel tu? Ke dia salahkan aku sebab rosakkan hadiah pemberian kekasih dia?
"Don't look at me with that face." Seri tahan tawa. Muka En.Hot macam Angry Bird yang warna merah tu!
"Ya, memang salah awak pun. Novel ni kalau ada mulut, mesti dia dah carut awak tahu. And... for your info, saya memang tak ada apa-apa dengan Adrian. He's just one of my friend. My only friend I had, actually. He's kind, generous, polite and gentlemen…"
Makin berubah riak wajah Zein. Dari Angry Bird, sekarang serupa Incredible Hulk! Cuma tak bertukar hijau saja. Makin nak ketawa Seri dibuatnya.
"But…" lima jari runcing Seri naik ke pipi Zein. "I don't hold any feelings over him. Because my heart is already stolen by Mr. Frost." Senyuman singgah di bibir mungil Seri.
Kemudian Seri mendekatkan wajahnya ke wajah suaminya. Zein menjauhkan sedikit, kerana hidung mereka hampir bertemu. Tangan Seri tadi mengusap pula pipi yang dihiasi dengan bulu roma halus. Lembut sentuhannya. Mata mereka saling bertemu.
"Since the 1st time I've seen him, I already fall in love with him. Even though he doesn't discern me at our 2nd time we've met," Seri menunduk ke bawah. Tangan yang tadinya di pipi Zein diturunkan dan diletakkan di atas ribanya sambil tangan lagi satu bermain-main sesama-sendiri. Tak tahu apa yang Zein akan kata bila dia luahkan perasaanya.
"His ire, his rudeness, his arrogant and even his coldness can't make my feelings away over him. But I know deep down there, he induces a heart that can make me feel safe and happy. Saya sedar saya tak sempurna untuk Tengku Zein Luftman, tapi saya janji akan jadi isteri yang terbaik untuk dia." Sebu tiba-tiba Seri rasakan. Sungguh kata yang terlahir dari hatinya yang paling dalam. Seri mahu Zein juga rasa sama apa yang dia rasa.
Mug berisi air Nescafe itu Zein letak di atas meja di sisinya. Kemudian tangan kananya menyentuh dagu Seri. Dibawa wajah itu setentang dengannya. Kata-kata Seri tadi benar-benar buat dia terharu sebagai seorang lelaki.
Bagaimana seorang gadis kampung yang tak begitu menonjol boleh mengungkapkan kata-kata romantis seperti itu. Atau memang Seri seorang yang romantis? Semenjak dia mengenali nama wanita, perempuan atau apalah seumpamanya. Belum pernah dia mendengar kata-kata yang begitu ikhlas dipendengarannya dan sekaligus mampu merobohkan benteng yang yang dibina utuh untuk wanita. Hati yang selama ini dijaga rapi. Dan wanita itu hanya ada satu nama iaitu Seri Ayuni Daniel Lee.
"Who said I don't discern you? Hence the 1st time you've taken on in my car, your name already in here," Zein tunjuk tepat ke dada kirinya.
"I've been waiting till Mr. Heart open his door for her. The 2nd time we've met at the restaurant, she's shocked me to the death when the same plain girl are also my fiancé. I'm trying to snub her, but I can't. Without I realized, she's already in my heart. Now, my soul is already yours." Kini tanganya dilekapkan kedada Seri. "Please keep it safe with you."
Langsung dua ulas bibir itu mengoyak senyum. Dengan berkali-kali anggukkan Seri sudah masuk dalam pelukan lelaki itu. Seri membalasnya dengan perlakuan yang sama. Bila rangkulan itu dilepaskan, Zein meraba bibir Seri dengan sentuhan jari. Lama jari-jemari itu bermain di sana. Kemudian bibirnya pula yang mengambil alih tugas jari tadi.
Awalnya Seri terpaku akan tindakan drastik itu, namun akhirnya Seri turut membalasnya. Masing-masing hanyut. Masing-masing merasakan keinginan hati. Sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi lonceng dari luar. Perbuatan mereka terhenti di situ. Seri gigit bibir bawah, bila sudah malu dengan perbuatan sendiri. Zein pula semakin galak mengusik.
"Jangan gigit bibir macam tu, Seri. Tak fasal aku sambung balik kerja aku tadi. Nanti makin lama orang kat luar tu tunggu. Kau nak?" Ujurnya separuh mengusik. "Pergi cepat buka pintu tengok siapa datang," arahnya lagi setelah dapat gelengan dari Seri untuk soalannya tadi.
Berdesup Seri mencicit lariannya ke pintu utama kemudian pintu di buka selepas Seri mengenakan tudung express ke auratnya yang satu itu. Dilihat ada seorang lelaki siap bertopi kelabu membawa sejambak bunga yang sudah terias cantik. Red roses!
"Puan Seri Ayuni?" Soal lelaki itu.
Seri masuk selepas menuruni tanda tangan pada kertas yang dibawa lelaki itu. Melihat Seri semakin mendekat, Zein buka bicara.
"Siapa bagi?"
"Entah." Seri membelek-belek bunga itu mencari barangkali ada kad yang terselit. Tak lama dia jumpa kad sederhana kecil terselit antara kelopak bunga ros merah itu.
'Don't you stop for loving me. Till the end, I'm yours. ZL'
"ZL?" Dua huruf itu keluar dengan tanda soal. Z.... L.... Zein Luftman? "Is that you?!" soalnya sedikit kuat. Belum sempat dia mengeluarkan katanya lagi Zein sudah ada di hadapannya.
"Do you like them?" Zein turut membelek jambangan bunga yang bewarna merah hati itu.
"Suka! Tapi, membazirnya..." keluh Seri.
Zein kerut dahi. Kenapa pula? Kalau dah suka tak perlu ada perkataan tapi. "What now? Orang perempuan kat luar sana suka bila diberi bunga. Ini kau sedih pulak. Tak cukup ke? I can make it 1001 red roses. If you want," mungkin terlalu sedikit baginya.
Buntang terus mata Seri. Langsung tak berkelip. Over!
"Buat apa? Nak buka kedai bunga? Ini pun dah banyak sangat ni. Entah berapa pula harga. Membazir la awak ni. Bukan tak suka tapi lebih kepada rasa rugi sebab lama-kelamaan bunga ni akan layu dan gugur. Sudahlah mahal harganya."
"Ini bukan pembaziran. Ini juga sejenis pelaburan. Pelaburan demi sebuah penghargaan untuk kau. Kau kan dah sudi nak jaga aku sampai akhir hayat aku. So, this 99 red roses represent my words on you. It's mean eternal love. I want you to be my eternal love." Zein memberi sedikit pencerahan pada Seri. Nyata Seri tak memahami maksudnya.
"Oh really?" Sedikit terkejut. Bilangan batang bunga pun ada maksud? Wah! Ini lain ni. Patutlah kalau seorang perempuan menerima bunga dari seorang lelaki senyumnya akan sampai telinga. Jadi inilah perasaan yang dirasakan. Kemudian dia tersipu-sipu malu. Merah pipinya seperti air sirap. "Thank you so much, awak..." Terus tubuh tegap itu dipeluknya kejap.
"Jangan lama-lama sangat peluk aku. Nanti kita lambat pergi butik Mak Long." Usik Zein.
"Hah?! Ada apa?" Pelukan masih tak dilepas. Hanya wajahnya saja yang ditarik jauh dari dada bidang suaminya dan mendongak menanti jawapan. Inilah susuh jadi orang tak cukup tinggi. Terpaksa mendongak.
"Tonight, I have an event to attend. So I want you to accompany me. Dan tadi pun Mak Ngah suruh fitting baju untuk resepsi. Final touch before the day. Now, ada lagi 1 jam sebelum kita pergi. Kau nak buat apa-apa tak sebelum tu?" Zein jungkit kening. Senyum jahat dipamerkan. Pinggang Seri dicengkam dengan kedua tangan kekarnya.
"Buat apa?" Terhenti kata itu bila melihat riak yang dipamerkan oleh Zein. Akal terus dapat menangkap maksud tersirat darinya. "Dah jangan mengada-ngada. Saya nak naik atas siap. See you in 30 minutes." Tak menunggu Seri terus mengatur langgahnya meniti satu demi satu anak tangga kaca itu. Hati tengah berbunga riang tika ini.
Zein yang hanya melihat kekalutan Seri tersenyum saja. You're my rainbow-girl.
Share this novel