PH14

Romance Series 11014

-Pengorbanan Hati 14-

Malam itu terbuai - buai Arissa dibuatnya. Bukan dua lagu yang dinyanyikan Qadri tapi empat! Punyalah sedap suara Qadri yang sampaikan si penyanyi tak mahu lepaskan Qadri pergi. Ada saja permintaannya.

Sudahnya, Qadri pulang dalam kepenatan. Arissa pula terkilan tak boleh meluangkan masa yang lama dengan Qadri kerana bilik tidur mereka berasingan.

" Hmmm... seronok iyalah seronok! Tapi kau tetap loser, Risa..." Risa mengusap sebelah katil yang kosong, " suami tetap tidur dekat bilik lain. Hmm... nasiblah labu..."

Tubuh dibawa terlentang lalu dia menjentik - jentik bibirnya yang munggil. Kepalanya cuba membayangkan aktiviti Qadri di sebelah.

" Dia tengah buat apa ya?" Telefon diambil lalu dia cuba menuliskan pesanan ringkas.

" Ahhh, kacau pula... nanti mesti dia pelik. Hmmm, ish! Menyesal pula tempah dua bilik tapi malulah... nak ajak tidur sekatil. Nanti dia fikir apa pula! Dah la aku belum confess lagi."

Hmmm, confess... macam mana aku nak confess eh?

Sekarang, dia bawa tubuhnya duduk bersila di katil. Tangannya dibawa ke dada. Wajah Qadri dibayangkan di minda.

" Di... sebenarnya... aku..."

" Sebenarnya aku..." bibir Arissa jadi termuncung tiba - tiba tatkala dia membayangkan bibir Qadri yang lembab dan merah. Nak ciumlah tu...

Tersedar dengan keterlanjurannya, Arissa rebahkan tubuhnya ke katil semula. Tak cukup itu, dia menggeletak ke kiri dan ke kanan. Tak mampu membendung rasa malulah tu.

" Emmm, macam mana agaknya muka Qadri time tidur eh? Eee, mesti comel gila. Hahahaha. Gatal!"

TOK! TOK! TOK!

" Risa... dah tidur?" Suara garau Qadri dari luar membuatkan Arissa melompat dari katil.

" Di? Hah? Betul ke yang aku dengar ni?"

TOK! TOK! TOK!

" Risa...?"

Dada berdegup kencang. Betullah Qadri yang ketuk pintu. Dia datang... nak menggoda aku ke? Eh?

" Di?! Kau ke tu?"

" Ya, boleh buka pintu tak?"

" Risa... abang dah tak tahanlah. Abang nak Risa sangat ni... sayang... bukalah pintu... please..."

OMO! OMO! OMO! Risa menampar - nampar pipinya malu. Boleh pula dia terbayang Qadri merayu sebegitu rupa. Desperate sangatlah.

" Risa?"

" Ahhh! Ya! Ya! Kejap Di! Jap!"

Terkocoh - nganyah Arissa mencari cermin. Rambutnya yang tersanggul malas, dia tarik dan dia cuba mempercantikkan alunan rambutnya. Bibir yang ternampak kering, dicalit dengan pelembab bibir merah.

" Mm, buat muka menggoda sikit." Arissa membelah sedikit bibirnya lalu dia mempergayakan tubuhnya dengan postur menggoda. Okay!

Kaki bergerak menapak ke pintu lalu perlahan dia buka pintu. Kepalanya mengintai ke luar dan matanya membuntang. What the hell?!

***

Wajah sendu Bunga ditatap Arissa geram. Macam manalah budak ni boleh terhilangkan passport? Bodoh ke apa? Benda paling penting kot!

" Mana awak letak passport awak, Bunga? Takkanlah mudah sangat awak hilangkan?"

Tersendu - sendu Bunga menjawab, " saya tak ingat kak. Rasanya tercicir. Tadi saya makan, saya rasa saya ada letak atas meja. Tapi bila patah balik, passport dah tak ada."

" Ya Allah, mana ada orang letak passport dia merata. Kalau hilang, awak tak boleh balik Malaysia tau tak? Awak nak terperangkap kat sini sampai bila - bila ke?" Marah Arissa dengan kecuaian Bunga yang baginya sangat remeh.

" Janganlah cakap macam tu kak. Dah jadi satu doa tau. Bantulah saya... saya tak ada sesiapa kat sini..." rayu si Bunga dengan suara yang melirih.

Arissa jadi serba salah bila Bunga sudah main - mainkan agama. Ish!

Qadri masuk ke bilik setelah dia menukar baju, " Risa, Bunga mana?"

Arissa tunjuk wajahnya pada bunga.

" Bunga?" Panggil Qadri.

" Abang! Bunga tak sengaja abang. Passport Bunga tercicir, Bunga tak perasan. Bila Bunga patah balik, passport dah tak ada. Abang..." Suara menangis Bunga mengisi bilik tidur Arissa.

Dia nak main wayang opera Cina pula...

" Tak payah nangislah. Buat malu orang je kalau terdengar. Awak tu dah besar. Menangis dapat apa? Nasib baik kita orang ada kat sini. Kalau tak macam mana?" Tembak Arissa tak puas hati. Habis rosak percutian mereka berdua dek kecuaian si Bunga.

" Maaf... Bunga tak bermaksud— abang..." Rengek Bunga meminta belas.

" Tak payah nak buat - buat manjalah— semak tahu ta—!"

" Risa!" Pangkah Qadri tiba - tiba.

" Janganlah nak tambahkan api, boleh tak?! Kasihanlah sikit, orang tengah susah ni! Cubalah letak kaki awak dekat tempat Bunga." Sergah Qadri dengan suara yang agak tinggi.

Arissa tertungkap diam. Dia terkejut. Tak pernah - pernah Qadri begini tapi bila dengan Bunga, terus saja dia berubah?

Qadri pula mengeluh lalu dia duduk di birai katil, bertentangan dengan Bunga. Wajah bekas kekasihnya itu dipandang sekadar cuma.

" Dompet, telefon Bunga semua ada? Ada luka tak? Kotlah jatuh ke apa?" Soal Qadri.

Bunga mengangguk lalu dia menggeleng menjawab soalan yang kedua, " tak jatuh pun abang... Bunga okay je."

" So kira passport Bunga sajalah yang hilang? Lagi sekali, betul Bunga tak luka?" Tanya Qadri mahu kepastian.

Bunga angguk lagi lalu dia merengek kecil, " Bunga okay. Passport saja yang tak ada. Umm, abang macam mana Bunga nak balik Malaysia kalau passport tak ada?"

" Balik naik tongkang pun boleh." Perli Arissa sambil berpeluk tubuh. Sakit betul matanya melihat gaya Bunga yang lebih kuah dari sudu. Eee!

" Risa... abang cakap apa tadi?" Ujar Qadri geram. Bagi dia, melaga - lagakan dua wanita tu adalah satu bala yang tak mampu dia tanggung.

" Apa? Abang nak pertahankan budak ni pulak? Dia dah rosakkan percuti—,"

"—Mana satu lagi penting, percutian ni ke kesulitan Bunga?! Lain kali nak cemburu pun beragaklah." Tembak Qadri seraya dia bangun dan bergerak ke pintu bilik.

" Bunga, jom. Kita kena buat report di balai dulu." Panggil Qadri.

" Nak ikut." Ujar Arissa sudah menyarungkan selendang di kepala. Gila nak bagi Bunga dan Qadri saja yang pergi?

" Tak payah. Nanti kalau Risa hilang, bertambah masalah abang. Duduk di bilik."

THUD!

" Jangan nangis Risa... Jangan nangis..." Arissa kemas menggenggam kepalan tangannya tak mahu menumpahkan air mata meskipun terbelah - belah hatinya bila Qadri meninggikan suaranya tadi.

" Hmmm, tak apa. Dia tengah stres tu Risa... tapi... Di tak pernah tinggikan suara dekat aku..."

Malam ni Bunga tumpang tidur dengan Risa ya? Dia tak sempat naik bas ke Cimahi. Dia tak ada tempat tinggal. — Qadri

Cimahi? Dekat je tu Di. 30 minit je kalau naik teksi — Arissa

Awak ni, takkan saya nak biarkan Bunga naik teksi sorang - sorang. Kalau jadi apa - apa dekat dia macam mana? — Qadri

Saya? Oh, terus hilang bahasa abang-sayang ya? Tak sempat nak menambah marah Qadri hantar lagi satu pesanan ringkas padanya,

Jangan jadi selfish Risa. Saya tak suka. — Qadri

Tumpah! Air mata wanita yang Arissa tahan sejak tadi tumpah juga dek pesanan ringkas yang dihantar Qadri.

Selfish?

***

Fine! Aku memang selfish Di. Terima kasih sebab tolong ingatkan aku. — Arissa

Qadri melepas lelah. Apa aku dah buat ni? Allahuakhbar...

Bunga kembali duduk di sebelah Qadri setelah dia selesai memberi laporan pada pegawai polis Bandung.

" Hmm, macam mana Bunga? Dah selesai?" Soal Qadri meletakkan telefonnya ke dalam saku semula.

Bunga angguk, " alhamdulillah... sikit lagi. Dia nak keluarkan report untuk Bunga. Esok boleh datang ambil."

" Alhamdulillah... Allah permudahkan semua ya?"

" Jomlah abang, Bunga belanja abang minum boleh?" Ajak Bunga langsung tak sedar yang Qadri itu sudah menjadi suami orang.

Qadri berdiri dan memayungi bunga, " tak apalah Bunga. Kasihan Kak Risa. Dia tinggal sorang - sorang kat bilik tu."

Bunga senyum, " hmm, risaunya dia. Cemburu pula Bunga. Haha. Alah, Kak Risa tak larilah abang. Jomlah... Bunga nak berterima kasih dekat abang ni."

Qadri ragu - ragu mahu merima pelawaan itu memandangkan dia terguriskan hati Arissa tadi. Takkanlah aku nak pergi, kan? Marah Arissa kalau dia tahu ni...

" Jomlah abang. Minum - minum je. Macam zaman sekolah dulu..."

***

Bunga membawa Qadri ke sebuah cafe yang beroperasi 24 jam di Bandung. Tatkala mereka memasuki cafe tersebut, mereka dijamah dengan permandangan anak - anak kolej yang sedang beriadah. Ramai betul!

" Hmm, tak sangka ramai juga orang datang minum kopi malam - malam buta macam ni, eh? Tak reti nak tidur ke apa?" Kata Qardi seraya melabuhkan duduk di kerusi.

Bunga ketawa, " apalah abang ni. Cafe 24 jam macam ni popular tau sekarang. Kat KL pun ada. Paling best, cafe macam ni, macam mamak. Suka hati nak duduk berapa lama pun."

" Ohhh, kalau abang... balik rumah tidur lagi syok. Tak retilah nak buat - buat kerja orang muda ni. Tidur tak menentu..."

" Hahaha. Mengaku tua pula dia? Muka pun baby faced lagi."

" Baby-faced eh? Hmm, patutlah budak - budak perempuan tu tengok - tengok abang je. Comel rupanya abang ni." Qadri sengih kacak pada sekumpulan anak muda yang tertoleh - toleh ke arahnya.

Bunga memusingkan kepala lalu dia mencerlung ke arah kumpulan anak perempuan tadi, " wahh, ini kalau Kak Risa tengok ni... mesti abang kena cubit dengan dia. Uiii, sakitnya! Macam kena semut api." Kata Qadri sambil ketawa. Aihh, rindunya dekat bini...

Bunga buat muka monyok, " bukan Kak Risa je. Bunga pun jadi panas hati."

Qadri senyum kelat. Dah kenapa pulalah dengan si Bunga ni?

" Abang... Bunga nak tanya boleh?"

Cawan Kopi Vanila yang dicicip diletakkan kembali ke piring, " mhm, tanyalah..."

" Kenapa abang dengan Kak Risa tidur bilik asing - asing?"

Air muka Qadri berubah pahit. Habislah kalau Bunga tahu yang mereka sebenarnya tak pernah tinggal bersama seperti suami isteri.

" Ermm, Risa ada dengar - dengar cerita. Abang dengan Kak Risa kahwin atas desakan atuk Kak Risa, kan? Betul ke?"

VOTES PLEASE!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience