PH12

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 12-

Qadri duduk bertentangan mata dengan Qaish. Bibirnya cuba mempamerkan senyum tapi senyuman tersebut nampak gayanya langsung tak berbalas.

" Qai, kau dah dapat jeruk mempelam pedas yang aku bagi tak? Macam mana? Kau suka?"

Qadri ada membawa sedikit jeruk untuk Qaish memandangkan lelaki itu suka benar memakan jeruk.

" Bahagia kau sekarang Di..." tanya Qaish tiba - tiba.

Qadri melepaskan tawa kecil seraya dia menggosok belakang tengkuknya. Mana tak bahagia, hubungan dia dan Arissa semakin bertambah baik.

" Alhamdulillah... kebun aku menjadi tahun ni Qai. Semalam, aku dah signed contract dengan Maggi Malaysia untuk bekalkan cili! Rezeki aku Qai..." seronok Qadri bercerita.

Qaish angguk, " tak sangka, cita - cita kau nak jadi 'kuli' berjaya juga— hahaha."

Qadri tersentak lalu dia merenungi redup mata Qaish. Ada angin yang aneh sedang berlegar di sekeliling lelaki bermata helang itu.

" Apa yang kau dapat Di? Jadi pekebun? Penternak? Di... kau tu... pemegang anugerah pelajaran diraja dalam aerospace engineering... tak rasa rugi?" Soal Qaish tak puas hati dengan cara kehidupan rakan baiknya itu.

" Haha. Apalah kau ni cakap macam tu. Kau tahu kan aku minat bercucuk tanam, jaga lembu... lagipun, aku boleh ke sana ke mari. Tak terhad masa." senyum Qadri. Memang begitulah sebenarnya. Qadri lebih selesa bekerja sendiri daripada bekerja di bawah pengawasan.

" Tapi kau tak rasa bodoh ke Di? Kau tolak tawaran ke USA untuk jadi pekebun? Heh... kalau aku Di.. dah lama aku lari dari Malaysia. Kat sini apa ada? Orang bodoh je banyak."

Bagi Qaish, dia tak faham keputusan Qadri yang menolak segala rezeki kemewahan yang datang padanya. Tawaran untuk menjadi seorang penyelidik di NASA, dibuang sebegitu sahaja kerana minat pada tanah? Qadri memang bodoh. Sebodoh dia cuba merampas Arissa Mardiya daripada dia.

" Malaysia tumpah darah kau ni kau kata bodoh? Haha. Aku rasa dulu kaulah paling patriotik, Qai. Macam mana kau boleh ubah angin ni?"

Qaish mula mencerlung, " dekat Malaysia, kalau kau jadi perantai makanan paling atas sekali pun, kau akan tetap kalah. Tapi kalau jadi perantai makanan dekat US, kau kebal Di! Kau kaya! Sampai tujuh keturunan pun tak habis... Sebab tu aku cakap kau bodoh..."

Qadri ketawa lalu dia menggeleng, " Qai... harta bukan kemahuan aku. Benda tak kekal. Cukuplah aku macam ni..."

Qaish ketawa kuat tiba - tiba. Mengekek - kekek dia. Air mata yang mengalir dilap kering. Lucunya.

" Di... Di.. Di... naifnya kau. Hahaha. Hai, bercakap macam harta bukan satu kemahuan yang penting. Okay, boleh diterima. Tapi macam mana kalau bab kemahuan pada perempuan kawan baik sendiri?"

Qadri diam tidak terkutik. Matanya merenungi dalam pandangan tajam Qaish. Jiwanya jadi kacau. Tak mungkinlah Qaish sudah tahu.

" Mak— maksud kau Qai? Aku kurang faham..."

Qaish menopang dagu runcingnya ke meja, " hmm, betul ke kau penerima anugerah diraja ni? Macam tak betul je... sebab tiba - tiba kau jadi bodoh."

Qadri diam tak merespon apa. Cuma halkumnya saja yang bergerak turun naik. Sudah dua tiga kali Qaish menyebut bodoh padanya. Itu bukan Qaish kecuali bila ada sesuatu yang menganggu dia.

" Di, kau tu kawan baik aku. Dari kecil, aku rasa... kaulah kawan yang paling banyak tolong aku. Kawan yang tak pernah pandang serong pada aku walaupun aku ni anak kutip.... dan yang paling aku suka, kau tak pernah khianati aku... tapi Di, aku nak tahulah juga..." Qaish memutuskan ayatnya lalu dia hadiahkan satu pandangan tajam pada lelaki di hadapannya kini.

" — apa perasaan kau bila kau dah dapat Arissa? Seronok?"

" Heh, apa kau merepek ni Qai?"

" Tak payah jadi bodoh! Aku tahu yang kau dah menikah dengan dia!" Agak kuat suara Qaish tadi hingga menggundang mata yang tak enak dari pengawal penjara yang bertugas.

" Banduan! Jaga kelakuan kamu!" Tegur salah seorangnya.

Qaish tarik nafasnya yang terdalam lalu dihembus perlahan - lahan. Matanya yang tadi ruyup kini perlahan buka.

" — kau tak tidur dengan dia, kan Di? Kau belum sentuh perempuan aku, kan Di?" Suara Qaish kedengaran sedikit menekan.

Qadri jadi gusar, " Tak.. aku tak buat macam tu Qai... aku— aku pegang pada janji aku..."

" Baguslah, tak lama lagi aku dah nak keluar. Aku datang tuntut hak aku tau, Di. Jangan buat masalah pulak nanti..." Qaish melemparkan senyum tapi Qadri tak mampu membalasnya.

***

Usai keluar dari tandas, Herman datang mengetuk kubikel Arissa lalu dia membisik kecil, "eh, tadi aku dengar nanti kau kena panggil dengan Manager Lim. Habislah kau..."

Mendengarkan itu, air muka Arissa yang tekun menyusun fail terus berubah. Dadanya diserang debar yang menggila. 

" Hah?! Manager Lim?! Kenapa? Wei... kenapa?!" Cuak terus Arissa jadinya. Sudahlah Lim itu orangnya garang betul. Kalau mengaum, boleh meletup dunia.

Apalah yang si Cina tua itu tak puas hati dengannya? Rasanya dia selalu hantar laporan tepat pada waktunya.

Alia yang tercuri dengar, menoleh ke arah meja Arissa, " Manager Lim panggil kau ke? Ehhh... kenapa doe?!"

Herman menggumam, " aku rasalah... dia nak bagi hadiah kot. Hadiah baik punya..." dia mengekek tawa.

Arissa merengus, " hadiah apa? Kena maki? Macam tu? Fuhhh, halamak! Dada aku berdebar - debar ni... Wei, guys... help me..." Lagi dia bagi si Arissa berfikir bukan - bukan adalah.

" Alah, kau one of his best employer kot. Takkanlah dia nak tibai kau pulak. Paling - paling pun dia sound manja. Betul tak Lia?" Herman mencebik. Tahu yang Arissa memang paling tak bermasalah antara mereka semua.

" Ehhh, agaknya dia nak bagi kau angpao kot.. kau kan baru kahwin... kalau betul, belanjalah kita orang makan..." kening Alia sudah terjungkit - jungkit tinggi.

Arissa menopang dagu, " Huh, tak membantu langsung laa mangkuk dua ekor ni. Cis..."

" Arissa!" Suara telor Cina dari bilik hujung mengganggu perbualan kecil mereka bertiga.

Arissa segera bangun mendapatkan bosnya itu setelah dia rakan sekerjanya memberinya semangat. Mengetuk pintu bilik, Arissa mengambil nafas sebelum dia melangkah masuk. Sempat juga dia membaca sepotong doa.

" Haaa, Risa... duduklah. Saya ada perkara penting nak bercakap dengan kamu."

Arissa akur lalu dia melabuhkan duduknya. Wajahnya dimaniskan dengan senyuman. Kepalanya angguk saja mendengar kata - kata yang dititipkan Lim padanya.

***

Kaki melangkah laju ke arah kubikel. Tas tangan dan kunci kereta diambil dari meja lalu tanpa sempat memberitahu pada dua sahabatnya yang sedang bermusyuarat, Arissa keluar dari bangunan pejabatnya.

Gembira betul dia menuruni tangga dek dua tiket penerbangan yang diberi percuma oleh majikannya, Lim ke Bandung selama tiga hari.

" Hello Di! Kau masih dekat Bumi Medik ke?" Beralun pula ayatnya tak sabar nak memberitahu pada Qardi dengan apa yang ada di tangannya kini.

" Haah, tengah buat terapi. Kenapa Risa? Ada masalah ke? Macam kelam kabut je ni?" Qadri menjawab dengan risau. Pantang! Apa saja pasal Arissa, cepat betul dia kerisauan.

Arissa menarik nafasnya dalam - dalam lalu dia menjerit kecil. Seronoknya bukan kepalang.

" Bos aku baru je bagi aku tiket penerbangan!!! Yay!!"

Qadri di hujung talian melepaskan tawa kecil berserta gelengan, " ingatkan apalah tadi..."

" Alhamdulillah... syukurlah. Baik betul bos Risa ya?"

" Jadi Di, aku nak kau tolong tempahkan bilik, boleh tak?" Senyum di bibir Arissa langsung tak pudar. Fikirannya sudah jauh ke Bandung bersama suaminya.

" Bilik? Bilik apa ni Risa, abang tak faham?"

" Bilik di Bandung! Kita akan ke Bandung untuk tiga hari!! Yay!!!" Jerit Arissa teruja yang amat.

Manalah dia tak teruja, akhirnya dia boleh berdua - duaan dengan suaminya tanpa ada satu pun yang mengenali mereka berdua. Yes!

" Kat sana, aku nak jalan puas - puas! Aku nak pergi semua muzium yang ada, aku nak melepak dekat Braga Culinary Night, aku nak pergi Batu Putih, nak pergi— hah, hah— tengok budak - budak main angklung."

Di talian, Qadri tak mampu senyum walaupun bermacam - macam idea sudah dikeluarkan Arissa. Fikirannya berkecamuk memikirkan perihal Qaish yang tak lama lagi bakal datang merampas kebahagian dia.

" Di! Booking dua bilik tau! Jangan berangan kau nak menggatal dengan aku. Wekkkk!"

Dua bilik? Asing...

Kata - kata di sebelah sana sudah cukup menjadi kayu ukur buat Qadri untuk tidak meneruskan niatnya mahu memiliki Arissa Mardiya untuk dirinya seorang. 

" Okay... abang takkan sentuh Risa... Risa jangan risau..." beritahu Qadri untuk orang yang mendengar sebelum dia menyambung, " okaylah, jumpa abang kat rumah ya? Assalamualaikum.."

Arissa pandang skrin kosong telefon bimbitnya. Hatinya jadi sayu bila Qadri kata begitu.

Ish, bilalah aku nak confess perasaan aku ni ya? Kasihan pula suami aku tu... Tapi aku maluuuuu... hehehe. Tak apalah, kat Bandung nanti aku confesssed."

***

Akhirnya, hari - hari yang dia tunggu, bakal tiba juga. Allahu akhbar... mampu ke aku lepaskan Arissa?

" Encik Qadri? Sila masuk ke bilik doktor..." teguran itu mengejutkan Qardi dari lamunan. Tersedar, dia angguk.

Doktor Wazir memerhatikan wajah Qardi senang, " So, encik Qadri... dari laporan ni, pacemaker awak ni dah nak masuk enam tahun penggunaan. Everything's fine... jangan risau. Keputusan ECG awak pun okay. Tak ada masalah. Mungkin apa yang awak rasa hari tu, disebabkan stres."

Qadri sedikit senang mendengarnya.

" Emm lagi, disebabkan awak banyak melakukan kerja - kerja berat jadi battery pacemaker awak nampak gayanya agak... lemah. Jadi saranan saya, awak perlu tukar pacemaker yang baru."

Qadri ubah kedudukan duduknya sedikit, " tapi doktor, esok saya nak ke Bali."

" Berapa hari?"

" Tiga... insha allah..."

" Ada sertai aktiviti berat?" Soal Doktor Wazir.

Qadri belum sempat menggeleng tapi soalan sudah diutarakan lagi, " dengan isteri?"

Qadri memekarkan senyum, " iya, saya..."

Doktor Wazir turut sama senyum sambil dia tarik sekeping kertas dari rak kecil, " kalau setakat tiga hari dua tiga kali tu, insha allah tak ada apa - apa kot."

Nakal betul senyuman yang tertampal di bibir doktor itu. Qadri jadi malu pula.

" Tak apalah Encik Qadri, kita boleh bincang untuk penukaran pacemaker lain kali. Have a lovely weekend. You deserve it. Enjoy. Assalamualaikum..."

Have a lovely weekend...

Betul Di! Seize the happiness before she went away with her love.

***

Sudah seminggu Bunga mogok berdiam diri dengan ayahnya, Pak Alias. Itu semua gara - gara ayahnya yang tak habis - habis cuba mencari calon suami untuknya. Entah datang dari perosok dunia mana, kalau dengar saja kaya berharta, terus dia setuju.

Tapi Bunga bijak. Walaupun ayahnya diberi kuasa untuk memilih, hanya dia saja yang boleh menerima calon mana yang sesuai dengannya. Sudahnya, tiada satu pun lelaki yang mampu menambat hati Bunga setakat ini selain daripada Qadri, lelaki yang kudung sebelah kakinya itu.

" Ish! Kalau nak diikutkan, sudah tujuh pinangan yang kau tolak, Bunga... lelaki macam mana lagi yang kau nak ni? Pening aku jadinya!" Adu si ayah yang sudah mati akal.

Bunga hanya diam tidak berbicara apa. Biar padan muka ayahnya kerana suka - suka hati betul mencarikan suami untuknya. Ingat ini zaman 50-an ke?

" Dah! Aku dah malas nak cari. Sekarang ni, kau bagitahu aku, kau nak lelaki yang mana? Biar aku saja pergi meminang." Kata seorang ayah yang sudah berputus asa.

Bunga yang sudah seminggu bisu mulai bersuara, " betul ni ayah? Ayah tak main - main, kan?"

Pak Alias menggeleng. Sudah serik dia mahu memburu calon lelaki untuk si anak daranya. Kali ini, biarlah si gadis ini pilih sendiri. Senang sikit hidupnya.

Mendengarkan itu, Bunga sudah senyum sampai ke telinga, " Bunga nak kahwin dengan abang Qadri. Bunga nak ayah meminang abang Qadri untuk Bunga."

P/S : vote please!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience