PH20

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 20-

Tubuh bidang Qadri ditolak ke sebuah bangunan kosong. Qadri melilaukan mata memerhatikan sekeliling sambil dia memeriksa kalau - kalau Qaish bawa 'ekor' lain.

Mana dia bawa aku ni?

Qaish masih berada di luar sedang menghembuskan sisa rokok yang sudah tinggal hujung. Memanfaatkan itu, Qadri mengambil telefon lantas didail nombor Arissa.

" Kau nak call Risa buat apa?!" Telefon dirampas dari genggaman lalu Qaish membalingnya ke lantai.

Tatkala mata mereka menyambung, Qaish meludah ke kiri, " kau ni Di, lancau!!"

Qadri diam tidak membalas tapi itu tak menunjukkan dia menggelabah. Dia masih lagi mampu bertenang kerana bagi dia tak ada apa yang patut dilakukan secara terburu - buru.

" Lancaulah kau ni!!!"

Matanya bergerak mengikuti gerak Qaish yang cukup berlagak dan amuk. Matanya berang kepanasan.

" Bila kau keluar Qai?"

" Bila aku keluar? Heh... hahaha."

Qaish ketawa tak percaya, " kenapa? Tak happy bila dapat jumpa member?"

Qadri menggeleng, " bukan macam tu maksud aku."

" Habis? Apa?!"

Qadri mengeluh kecil dan masih dalam keadaan yang cukup tenang, " —Mana kau tahu kita orang kat sini?"

Qaish menongkatkan keningnya.

" Tak perlu orang pandai pun untuk tahu kau ke mana Di kalau isteri kau bagitahu aku sendiri."

" Arissa?" Qadri jadi bingung. Keningnya diangkat sebelah.

DUSH!

ERGHHH!!!

Selamat melayang satu tumbukan buta ke muka Qadri.

DUSH!

DUSH!

Ditambah lagi dua tumbukan hingga rebah tubuh Qadri ke tanah.

ARGHHHH!

Kot biru gerau berkain baldu dibuka lalu Qaish campak ke tepi.  Terserlah habis lekuk - lekuk otot tubuhnya di sebalik baju leher kura - kira berwarna hitam pabila ditiup angin Bandung.

" Errgh..." Qadri masih cuba bangun tapi sakit yang dia rasa tak mampu dia bendung. Susahnya nak dia bangun.

Qaish pula menggoyakkan senyum sinis sambil kepalanya digeleng - geleng melihat Qadri yang cuba bangun dari jatuhnya.

Buku lima yang terasa kebas diregang - regangkan, " Whowww— dah lama betul aku tak bantai orang."

" Aku takkan bergaduh dengan kawan aku sendiri, Qai..."

Langkah Qaish jadi seperti kemabukan dek tawa besar yang terhambur. Ia cukup menggeletekkan urat perutnya. Lawak apa yang dia dengar dari Qadri pun tak tahulah. 

" Hahaha. Adoi... tak seronoklah lawan dengan lelaki lembik macam kau."

" Buat apa nak bergaduh Qai?"

" Masalahnya kau yang mulakan dulu!! Kau Di! Kau! Kau tengok Arissa! Langsung dia tak nak pandang aku."

" Qai..."

" Ai..." Tangan diangkat tinggi tapi mujur dia tak melepaskannya ke muka Qadri.

" Okaylah, bro baik kau cakap je apa benda yang kau nak cakap dengan aku..." soal Qaish sambil bercekak pinggang, masih cuba meredakan tawanya.

" Hmm, cepat... aku tak ada masa nak melayan kau lama - lama."

Qadri yang sudah berjaya bangun memperbetulkan urat pipinya usai ditumbuk oleh kawan baiknya sendiri tadi. Padu juga tumbukan Qaish sampaikan lari urat pipinya. Hujung bibirnya juga terasa pecah.

Tegak Qadri meminta pada Qaish dengan sopan, " lepaskanlah Risa, Qai..."

Qaish yang mendengar garu kepala. Dahinya menggerutu tanda tak faham.

" Eh, hahaha. Haduh... lawaklah member aku ni. Mana boleh macam tu Di. Kau dah janji dengan aku..." Qaish masih ketawa. Ai, macam - macamlah mamat selekeh ni.

" Qai... dia tu isteri aku."

Qaish tertungkap kejut. Matanya dibulatkan seluas - luasnya lalu dia ketawa lagi.

Dalam selang seli tawa itu, Qadri menambah, " — aku takkan hancurkan perkahwinan aku hanya disebabkan janji yang—,"

Qaish menggelengkan kepala tak mahu Qadri menghabiskan ayat, " eh, nah nah nah." Siulan tidak puas hati mulai berlagu di udara. Habis tegang urat tengkuknya mendengar repekkan Qadri.

" Aku tak nak dengar. Aku tak nak dengar apa benda yang kau nak merepek dengan aku."

Qadri masih teguh dengan pendirian.

" Aku tak merepek pun Qai. Aku tahu aku dah berjanji. Aku sendiri sedar aku dah broke the promise we made, tapi aku dah janji dengan atuk Bahrain—,"

DUSH!

Kali ini tulang kening sebelah kiri Qadri pula ditumbuk Qaish. Kuat dan padu! Hingga terhuyung - hayang batang Qadri seperti ditiup angin.

Tersebar sengal di sekitar kepala hingga berkunang - kunang jadi pandangan Qadri. Terkedip - kedip matanya laju tak mahu terus jatuh pengsan.

Jemari merah Qaish menarik dan memulas leher baju Qadri. Mata menikam dengan redup pandangan Qadri.

" Eh, bodoh! Bangang! Orang tua ganyut tu dah nak mampus kau tahu... dah nak mampus! So apa masalah kau ni sial?!"

Qadri menggeleng, " masalah? Qai... Risa tu wife aku. Tanggungjawab aku. Apa masalah yang kau tanya tu, sepatutnya jadi soalan aku."

" Heh? Kau main bodoh dengan aku eh, Di..."

Tubuh Qadri ditolak keras lalu dia mengeluh. Tangannya bergerak rehat ke pinggang. Sejeda dia pandang wajah Qadri yang nampak mengharap.

" Aku— erghh!" Qaish melepaskan geram yang sudah membengkak di dada.

" tak main - main pun Qai..."

Qaish menarik nafasnya dalam - dalam.

" Kau takkan buat muka macam tu dengan aku kalau tak kau cuba pujuk aku... heh, ingat aku tak kenal kau, Di?"

" Qaish..."

Qaish menggelengkan kepalanya, " sekarang ni, baik kita bincang... bila kau nak ceraikan— opss! Kasar sangat bunyinya. Haha. Ummm... Jap aku cari ayat—."

Qaish petik dan memainkan jarinya.

" Hah... bila kau nak pulangkan Arissa pada aku?"

Qadri menggeleng tak mahu, " maaf Qai... aku dah cakap kan dengan kau... aku takkan lepaskan Arissa."

Ayatnya putus bila Qaish kembali dekat dengannya dengan wajah tak senang. Pandangannya nyata tajam seperti pedang terhunus.

Qadri pandang dua bola mata sahabatnya itu. Ada sebak yang menerpa, " maafkan aku Qai, tapi aku—,"

" Apa?!!"

Panas di hati Qaish semakin membara. Giginya keras berkertap - kertup menahan panas yang terledak di hati. Lambat - lambat tangannya naik semula ke dada Qadri.

" — aku dah jatuh cinta dengan Arissa..." beritahu Qadri jujur.

Qaish merengus dan tangannya kembali memulas leher baju Qadri.

" Apa benda bodoh? Kau ulang balik?!!"

" — aku dah betul - betul sayangkan Arissa, Qai..."

" Kawan tak guna!!"

DUSH!

Perut landai Qadri ditumbuk kuat. Senak. Qadri menarik nafas tapi sayangnya, belum lega, hidungnya mula dilibas lagi dengan satu hayunan buku lima.

DUSH!

" Arghhhhh!!!"

Dia jatuh tertiarap ke tanah. Kepalanya dia angkat Qaish dengan mencengkam sebahagian rambut. Nafas yang senteng ditarik - tarik Qadri.

" Urghhh...."

" that wasn't supposed to be coming from your mouth. Kau gila ke Di?"

Qadri meludah darah yang terkumpul di dalam rongga mulut. Tercunggap - cunggap dia mengumpul nafas, dia bangun lagi.

Tangan yang digenggam Qaish, dia cangkir kuat lantas dia tolak tubuh Qaish menjauh dari perimeternya.

" Cukuplah Qai!!" Tempik Qadri mahu menghentikan perbalahan bodoh ini.

" Pukullah aku kalau berani!!" Qaish mengaum kuat.

" Aku tak nak bergaduh dengan sahabat aku. Apa yang aku dapat kalau aku pecahkan muka kau?"

" Jadi tolonglah Qai, lepaskanlah Arissa... hormatlah aku sebagai suami dia. Let us stop this useless brawling."

Buat apa dia mahu bertumbuk sepak terajang kerana seorang wanita. Kerja bodoh namanya tu.

" Celaka punya jantan! Memang tempah bala betullah."

DUSH!

Perut Qadri ditendang Qaish kuat hingga terduduk Qadri menahan senak. Dia jatuh pada kedua - dua lututnya.

" Kau lupa ke janji kau pada aku Di.... Eh, sekarang ni... kau rampas Arissa daripada aku! Bodoh!"

" Aku ubah fikiran. Dia isteri aku Qai... aku tak boleh lepaskan dia— eegh!"

Qadri menekan dadanya yang tiba - tiba menyentak sakit. Spontan tangannya naik memegang dada kiri. Tak mampu menahan, Qadri kembali jatuh ke tahan. Nafasnya jadi tercunggap - cunggap.

" Q—hkkkk...Qai—hhhhhhhh—tolong aku Qai..."

Sakit bukan sembarang dadanya seakan ada yang menggenggam jantungnya kut.

" Q—Qai...—pfftttthhhh..."

Tersembur merecik titisan darah dari bibir Qadri.

Qaish melompat jauh ke belakang bila tangan Qadri cuba mencapai hujung kasutnya.

Qaish jadi kelam kabut melihat keadaan Qadri yang serupa ikan kelemasan. Kot biru gerau diambil lalu dia berlalu kalut dari situ.

•••

Arissa jatuh melayut di belakang pintu. Nafasnya senteng dek tangisan yang berhabis keluar dari kalung hati. Betul ke apa yang dirancang Qadri? Betul ke selama ni dia ditipu Qadri mentah - mentah?

Allahuakhbar...

Kepala ditompang ke dua - duanya. Tak tahulah apa yang dia mahu rumuskan dengan apa yang terjadi.

" Apa aku nak buat ni?"

" Apa aku nak buat ni...?"

" Apa aku nak buat n?!!!"

Berserabut sungguh kepala Arissa bila dia harus memikirkan satu keputusan. Mata yang basah dengan air mata dipicingkan rapat mengingati kembali perbualan dia di Kafe tadi.

-campak belakang mula-

Jemari Arissa ragu mahu menekan nombor tersebut tapi dek kerana rasa ingin tahu yang membuak - buak. Nafas ditarik lalu dia segera melekapkan telefon tersebut ke telinga.

Jarinya menari mengetuk meja kayu seiring dengan bunyi dering dari telefon sebelah sana. Debarnya usah dikata! Mahu pecah saja.

" Assalamualaikum, ya Kak Risa..." jawab Bunga sopan seperti selalunya.

" Waalaikumusalam..." Arissa terputus kata. Tak sanggup dia mahu bertanya lebih.

" Ya, Kak Risa? Kenapa telefon?"

Mengumpulkan nafas, Arissa menyoal, " —betul ke korang nak bernikah?"

" — maksud akak?"

" Maksud aku, betul ke kau dengan Di nak menikah? Menikah belakang aku?!" Air mata jatuh lagi. Biburnya menggigil ketar. Sakitnya...

" Oh. Akak dah tahu ke? Baguslah... seksa juga Bunga nak rahsiakan pada akak. Iya... kami nak bernikah. Insha - Allah—,"

TETTTT!

Telefon dimatikan. Arissa tak mampu lagi membendung rasa di hati lalu terus saja dia menghambur tangis yang terkuat dan tersakit.

Aku tak nak percaya. Aku tak nak percaya.

Dada kiri yang terasa sakit, dipegang Arissa kemas. Tangisannya semakin keras. Habis nyawa dia menangis.

Ya Allah... YA ALLAH... sakitnya... sakitnyaa...

-campak belakang tamat-

***

" Oh. Akak dah tahu ke? Baguslah... seksa juga Bunga nak rahsiakan pada akak. Iya... kami nak bernikah. Insha - Allah—," Bunga tersengih lalu dia letakkan telefon ke tepi.

Qaish, dia pandang dengan senyuman. Angguk, Qaish bangun dari kerusi mahu meninggalkan Bunga setelah urusan mereka berdua nampak gayanya sudah selesai.

" Aku tak sejahat kau, Qaish. Aku buat ni cuma nak fight for the one I love. The one I deserve."

Qaish sengih mengangguk.

•••

Telefon digagau setelah dia mendapat satu panggilan. Saat nama Qaish ditatap, hati Arissa jadi haru biru. Dia tak mahu lagi berdepan dengan lelaki itu buat masa ini.

Telefon dimatikan. Nafas dilepaskan lelah.

Aku nak balik Malaysia...

Aku kena balik Malaysia...

Vote please!
Banyak hari sis fikir susunan klimaks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience