PH8

Romance Series 11014

-Pengorbanan Hati 8-

" Banduan 321!" Panggil penjaga penjara dengan suara cukup garau.

Tubuh tegap itu bangun teruja. Dia berdiri tinggi mendabik dada. Bibirnya mengukir senyum. Tangannya digari dan dibawa keluar dari situ.

Usai mendengar penerangan akta dan pengakuan kesalahan, lelaki bermata helang itu mulai menurunkan tandatangan.

Saat dibawa semula ke sel, bahunya ditepuk.

" Baguslah kalau kamu betul - betul dah insaf, Qai! Kamu, sejak hari pertama masuk ke sini, saya tahu kamu seorang lelaki yang baik, cuma tersasar saja." Ujar salah seorang pegawai yang rapat dengannya.

Qaish angguk lalu dia senyum, " kalau tak kerana Arissa, saya takkan bersungguh nak keluar dari sini. Nanti pun saya tak tahu nak terangkan semua ni macam mana pada dia. Harap semua baik sajalah."

" Tak apalah, yang penting kamu dapat keluar dari sini dalam masa tiga bulan lagi. Nama saja tiga bulan tapi tak lama pun."

Qaish angguk, " Terima kasih Tuan."

***

Qaish tekun merenungi gambar kekasih hatinya, Arissa. Bibirnya senyum saja. Hatinya berkobar - kobar tak sabar mahu terus berkelakuan baik. Apa yang penting, dia harus mendisiplinkan dirinya bersungguh - sungguh sebelum ia lulus.

" Siapa? Kekasih?" Tanya banduan yang menjadi teman satu selnya.

Angguk, Qaish menghulurkan gambar tersebut pada lelaki itu, " cantik... mana kenal?"

Qaish tersenyum panjang, " waktu belajar dulu..."

" Oi! Turun!" Sergah Qaish segak dalam kemeja askarnya. Dia salah seorang anggota PALAPES di universiti.

" Sabar jap, saya nak selamatkan anak kucing ni." Ujar Arissa bertungkus lumus memanjat pokok yang agak tinggi itu.

" Awak dah menceroboh kem latihan PALAPES! Sila turun sekarang!" Sergah Qaish lagi. Kali ini dia memeluk tubuhnya tanda ketegasan.

" Ish, bajet askar betul. Orang nak selamatkan kucing je pun!" Rengus Arissa cuba mendukung kucing ke dalam pelukan.

" Saya bilang sampai sepuluh!! Kalau tidak saya akan ambil tindakan!"

Satu!

Dua!

Tiga!

Suara pekik Qaish mengalutkan Arissa. Ish! Memang tak boleh sabar langsung!

" Tunggu laa kejap! Tak nampak ke saya tengah sela—arghhh!"

BUK!

Mata masing - masing terkedip - kedip. Wajah mulai merah menyala. Bila saja kucing melompat, barulah mereka tersedar.

Qaish segera melepaskan Arissa dari dukungan. Jatuh bergolek Arissa ke tanah.

OWWWWW!!

" Awak ni! Sakitlah!! Sakit!" Pinggang yang sakit digosok - gosok keras.

" Siapa suruh terjun dari langit?!" Qaish tutup mulutnya. Eh, bukan jodoh je ke turun dari langit. Habis ini?

" Sejak dari situ, aku mula usha dia, sampai aku dapat."

Si banduan tadi ketawa lalu dia menggeleng, " macam - macamlah orang muda ni. Dah aku nak tidur."

Qaish kembali merenung sebelum dia cium gambar Arissa yang diambil kandid semasa percutian mereka berdua di Genting Highland.

" Rindunya abang dengan Arissa. Sayang... kali ini abang janji, abang nekad, abang akan tinggalkan semua dunia gelap ni dan kahwin dengan Risa. Abang akan tunaikan janji kita dulu. Sabar ya sayang. Abang tahu Di akan jaga sayang untuk abang."

***

Qadri mengelap bibirnya yang basah. Tak sempat dia mahu letakkan cawan, suara Arissa menjadi perhatian. Matanya yang tadi membuntang, jadi ikan lolong.

GULP!

Habislah dia...

" Wah, seronoknya berbual. Kenapa tak ajak kita sekali... korang bual apa ni?" Laju saja Arissa duduk di sebelah kerusi Qadri. Kemudian, cepat saja dia merangkul lengan kiri suaminya itu.

Qadri jadi tersentak. Matanya terkedip - kedip tak tahu apa. A— Arissa? Peluk lengan aku? Wheeee... hehehe. Syurga ui...

" Tak adalah... berbual kosong saja."

" Kosong apa yang gelak boleh dengar sampai sana. Macam serooonoook je." Mata senyum Arissa bertukar garang tatkala ia bertembung dengan mata lalai Qadri.

Qadri sudah jadi serupa orang gila bayang, tersengih - sengih serupa kerang busuk. Kalau tak ada orang ni, memang dah kena peluk Risa ni...

Melihatkan kemesraan pandangan suami isteri itu, hati Bunga jadi terbakar.

" —Saya... dah siap makan... nak angkat pinggan je ni." Beritahu Bunga sambil dia angkat punggungnya dari situ.

" Eh... Makanan penuh lagi tu... tak apalah. Awak makanlah dulu... sambil - sambil boleh kita menyembang, kan?" Tegur Arissa melihatkan makanan di dalam pinggan Bunga tidak terluak.

Bunga yang sudah berdiri duduk semula. Matanya memerhatikan tangan Arissa yang kemas memeluk lengan Qadri. Tapi paling menyakitkan hati, bila mata Qadri langsung tidak lepas memandangi isterinya sejak tadi.

Ishh! Entah apa jampi yang perempuan ni pakai dekat abang... tak pernah pun abang pandang Bunga macam tu.

" Bunga... ambil medic ya? Study mana?" Tanya Arissa sopan.

Bunga senyum manis, " Ya, ambil medic. Dekat Ireland. Haha. Biasa - biasa je."

Arissa mulai sudah menyampah. Tahu sangat jenis manusia yang suka menggunakan ayat 'saya biasa - biasa je'. Ehh, boleh jalanlah. Dasar minta puji!

" Ohhh..." begitulah jawapan dari Arissa.

" Abang Qadri la yang paling banyak tolong Bunga sampai Bunga dah housemanship."

" Abang tak tolong banyak... usaha Bunga sendiri, kan?" Balas Qadri tak mahu mengambil kredit atas itu.

Bunga pandang wajah tak senang Arissa, " Betullah... Abang Di memang banyak bagi nasihat dekat Bunga, dulu— boleh dikatakan hari - hari abang Di call and check on Bunga. Felt like you're being overly protective—,"

" Qadri memang baik, kan?" Arissa senyum dan Bunga mengerut dahi bila dia mencantas ayatnya.

Tatkala mata Arissa menoleh mencari pandangan suaminya, dia diserang debar. Hatinya meraung - raung mahukan Qadri.

" Baik sangat sampaikan people always mistaken him as being flirtious. Pelik - pelik orang zaman sekarang."

Qadri sengih bila dia dapat hidu maksud Arissa. Tak sangka dia boleh cemburu...

Bunga yang faham dengan maksud Arissa melepaskan tawa kalah, " B—betul!"

" Kan?" macam kaulah... Arissa senyum dan bila mata Bunga tidak terarah padanya, dia menjeling. Huh, nak sakitkan hati aku? Memang tak dapatlah..

" Ummm... tak apalah kak, abang... Bunga masuk rumah dulu la ya? Nak tengok baby sekejap..."

Langkah kaki Bunga, Arissa perhatikan satu persatu. Matanya disepetkan dek rasa geram yang teramat sangat. Berani kau ya... bermesra - mesra dengan laki aku. Now... walk away... walk away... kalau kau pusing, aku tak beragak cium Qadri kat sini. Peduli apa aku... Waktu tu... baru kau tahu Qadri siapa punya. Huh...

" Seronok dapat berbual dengan ex-girlfriend huh? Happy? Ada rindu datang tiba - tiba ke? Terasa menyesal tak kahwin dengan aku bila ex- girlfriend dah balik Malaysia?" Soal Arissa bertubi - tubi bersama sisa geram.

Lama dia menunggu respon tapi tidak berbalas pula. Geram dek tak ada respons, Arissa menarik tisu dari meja lalu dia tenyeh bibir Qadri. Kuat juga dia tenyeh sambil membebel dalam suara manja yang dilakonkan.

" Olololo.... Mulut dia... Ni mesti sebab makan bersepah." Tekun Arissa pura - pura membersihkan bibir Qadri.

Qadri yang terpinga - pinga tak sempat berkata apa bila tisu menutupi mulutnya. Terkebil - kebil dia pandang muka merah Arissa.

" Lagi satu... Semua orang nak tegur lebih - lebih, kan? Nak bermesra lebih - lebih, kan? Hmmm...?!"

Qadri jadi terkunang - kunang sendiri. Apa dah jadi ni? Salah ke dia buat baik?

" Seronok sakitkan hati orang? Eh Di, kita walaupun— kita walaupun tak— tak saling sayang tapi aku cemburu tau kalau kau menggatal dengan betina lain! Reti?!" Soal Risa sudah tidak dapat membendung lagi rasa cemburunya.

" Risa..—," Arissa sumbat tisu ke mulut Qadri. Eh!

Arissa bangun dari kerusi meninggalkan suaminya tatkala dia mendengar orang ramai sudah mulai berselawat untuk Majlis cukur jambul.

P/S : vote please... pleaseeeeeeeeeeeee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience