PH1

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 1-

Bantal yang ada di katil dibaling - baling Arissa tepat ke belakang Qadri. Air matanya sejak tadi tak habis - habis tumpah. Bibirnya menyumpah seranah si Qadri kerana bersetuju untuk berkahwin dengannya di saat - saat akhir.

Sepatutnya perkahwinan hari ini terbatal dek mereka berdua sudah bersetuju untuk membatalkan pernikahan yang dipersetujui datuk Arissa sendiri ini. Entah macam mana, Qadri tiba - tiba mahu meneruskan juga perkahwinan mereka.

" Kenapa kau Di? Kenapa kau?! Kenapa aku perlu kahwin dengan kau?!" Pekik Arissa benci.

Qadri hanya diam tidak terkutik di hujung katil. Dia tidak membalas apa - apa. Bibirnya basah dengan titipan sabar meskipun bertubi - tubi bantal terlempar ke arahnya.

" Bodoh! Bodoh! Kenapa kau setuju kahwin dengan aku Di?! Kau dah janji dengan aku, kan Di! Kenapa?! Eee, jijiklah! Jijik!"

Qadri melepaskan nafas kecil. Matanya terlayu pejam. Sabarlah wahai hati. Para suami itu mesti ada kesabaran yang tinggi.

" Oh.. dah tambah cacat satu lagi ke? Bisu?! Hoi, cakaplah gila! Cakaplah sesuatu!"

Meskipun Arissa membelakangkan Qadri, Qadri dapat membayangkan amukan pada tampang muka Arissa. Pasti merah menyala jagatnya dek warna kulit Arissa yang cerah itu fikirnya.

" Risa nak abang cakap apa lagi? Abang dah terangkan semua, kan? Mana lagi Risa tak faham?" Balas Qadri dengan nada selembut mungkin.

" Huh? A—Abang?" Tiba - tiba saja badan Arissa menggeletak geli.

" eeee, berlagak baik pula la dia..." kepala digaru - garu keras dek sakit hati, mianglah! Geli dengar tatkala Qadri membahasakan diri dengan" Eh, aku tak hinginlah baik kau, Ri! Aku tak hingin!"

Qadri menoleh ke arah lalu dia pasangkan senyum untuk isterinya, " Risa... abang tahu Risa tak terima abang sebagai suami, sebagai kekasih hati Risa tapi abang janji, Risa—,"

Ayatnya terhenti bila Arissa mendencit sinis, " Pftt, gelilah dengar. Geli! Rasa macam ada benda merayap dalam telinga ni.... Wrghhh... apa? Abang? Gila ke?"

Qadri mengeluh kecil dan masih juga dia pasangkan senyum untuk isterinya, " Risa rehatlah dulu. Abang tahu Risa penat. Esok, kita bincang elok - elok, ya?"

Geram, Arissa bergerak ke arah cermin lalu melihat wajah yang terpantul, air matanya tumpah sehabisnya.

Qadri bergerak mengambil bantal lalu dia hamparkan ke lantai. Angan - angan untuk tidur berpelukkan isteri tidak kesampaian. Dia tahu... dia harus jinakkan Arissa. Tapi bagaimana?

***

Usai Subuh, Arissa sudah hilang dari pandangan. Qadri yang selesai mandi hanya tersenyum nipis melihat katil yang sudah siap berkemas. Arissa memang pengemas orangnya.

Tapi senyumannya putus tatkala dia menoleh ke kiri, habis bergelimpangan bajunya termuntah keluar dari bagasi.

Allah... apa yang kau nak cari Arrisa Mardiya?

Lutut kaki dibengkokkan lantas dia kemaskan semula bagasinya. Dicarinya dokumen pernikahan mereka berdua tapi sudah hilang. Keluhan dilepaskan.

Arissa... Arissa... apalah yang dia nak buat dengan dokumen perkahwinan tu... nak koyakkan ke? Kalau koyak pun bukan jadi apa. Tetap isteri...

Tatkala tangan sibuk mahu mengunci zip bagasi, dia terlihat baju Melayu teluk belangga hitan yang dihadiahkan Qaish dahulu. Hatinya tidak semena dirundum sebak.

Qai, aku tak bermaksud nak merampas kesayangan kau.. sumpah aku buat semua ni untuk kebaikan dia sampailah kau pulang semula. Tak tahulah mana kau pergi, tapi aku tahu... kau mesti akan pulang semula. Aku janji Qai, aku akan pulangkan dia sebaik - baik kau pernah jaga dia.

***

Qadri bergerak ke arah dapur, lalu dia menyapa ibu mentuanya sopan. Sayangnya sapaan itu dibalas ala kadar saja. Mungkin masih bersedih dengan pernikahan antara dia dan Arissa.

" Di... kau nak sarapan, kau ambillah sendiri. Aku nak naik atas, kepala aku sakit memikirkan kau dengan Risa." Ujar Kamsiah tak tegar mahu melihat wajah Qadri.

Bukan dia tak suka dengan Qadri tapi tiap kali dia pandang muka Qadri, hatinya jadi koyak rabak. Teringat benar dia akan susuk Qaish yang selalu menjadi teman Arissa dahulu.

Qadri angguk kecil, langsung dia tak marah.

" Mak...Arissa mana? Di tak nampak dia pun? Dah sarapan ya mak?" Soal Qadri bila dia tak nampak susuk tubuh isterinya di mana - mana.

" Entahlah, tadi aku nampak dia termenung dekat luar. Rasanya belum sarapan lagi tu."

Kaki yang berangkat pergi, dihentikan bila Qaidi dengan senyuman memberitahu dia, " mak... Di janji... Di akan jaga Risa baik - baik. Mak jangan risau, ya?"

Kamsiah mengeluh, " iyalah."

Janji yang diluah Qadri dibuang sebegitu saja. Bukan dia tak tahu Arissa tu macam mana keras kepalanya. Kalah batu! Besi! Jadi dia nak senangkan hati Qadri pun, dia dah tak kuasa.

Sakit yang merangkak di hati, Qadri tahankan saja. Setelah mata menghantar mak mentuanya naik ke rumah ibu, perlahan Qadri bawa tongkatnya bergerak ke arah pinggan.

Nasi lemak serta bahan lain diletakkan ke pinggan tadi. Diambil ikan bilis lebih. Arissa memang hantu ikan bilis goreng. Dia kurang gemar makan telur goreng. Qadri tahu pun sebab Qaish yang beritahunya dahulu. Bibirnya senyum.

Harap - harap sejuklah hati Arissa bila dia nampak nasi lemak ni...

Pinggan dia angkat ke luar rumah. Perutnya tak beralas tak apalah, janji Arissa kenyang dahulu. Apa pun isterinya paling penting.

***

Tepat seperti jangkaan Qadri, Arissa berdiri di hadapan api yang sudah tinggal abu. Diperhatikan dokumen nikah yang masih dipegang Arissa. Takut Arissa membakarnya, Qadri mempercepatkan langkahnya. Tongkat kakinya dipegang kemas.

" Risa... Risa nak buat apa dengan dokumen nikah tu? Risa nak bakar?" Soal Qadri risau.

" Pandai... ingat bodoh... so? Apa masalah kau kalau aku nak bakar dokumen ni?" Perli Arissa. Tubuhnya masih membelakangkan Qadri.

" Risa... kalau Risa bakar pun, Risa tetap isteri—."

" Kau tahu kenapa aku nak bakar? Sebab aku menyampah tengok dokumen ni! Aku menyampah! Menyampah dengan nama kau, dengan diri kau!"

Nasi lemak yang dibawa, Qadri letak di atas meja piknik. Perlahan dia mendekati Arissa namun langkahnya terhenti bila Arissa menghalangnya dekat.

" Kau dekat dengan aku Ri, aku akan pastikan kaki kanan kau pulak yang kena potong!" Ugut Arissa. Tubuhnya dibawa jauh dari Qadri.

Qadri undur dua tiga tapak ke belakang. Sedar dirinya dibenci.

" Risa... dokumen tu abang ambil ya? Tak eloklah Risa nak bakar. Nanti kalau Risa bakar, jadi banyak kerja orang pejabat agama nak print yang baru."

" Baguslah, kita bagi dia orang buat kerja lebih sikit—." Dokumen nikah mereka dilayangkan di atas bara.

Qadri membulatkan mata melihat dokumen yang mulai dimamah abu api. Saat dokumen tersebut sudah terbakar, Qadri sudah merelakannya.

" Puas hati aku." Arissa tersengih jahat melihat dokumen nikah tersebut ditelan api.

" Allahu Akhbar... Risa..."

" Apa?! Eh, bayangkanlah Di..." Arissa mula melangkah.

Qadri pandang Arissa yang sudah berjalan merapatinya.

" dokumen ni mudah aku bakar, maksudnya... perkahwinan ni pun aku akan pastikan sama terbakar macam tu." Cerlungan mata bundar Arissa membawa seribu duka di hati Qadri.

Mana perginya Arissa yang bertutur penuh kelembutan? Yang tak pernah bermasam muka seperti yang pernah dia lihat ketika wanita ini bersama Qaish dahulu? Mana perginya?

" Kau ingat Di... aku takkan balas 'surat - surat' cinta kau pada aku. Aku takkan beri hati aku untuk kau. Jangan kau ingat Di, aku dah jadi isteri kau... aku akan sujud dekat kaki kau. Kau bukan— bukan lelaki pilihan aku." Keras suara Arissa memberi amaran pada lelaki itu.

Qadri sama seperti selalu, tak ambil pusing pun dengan segala kebencian yang dilontarkan padanya. Tak apa... sudah terbiasa. Bukan sekali dua.

Tambah lagi dengan dirinya yang dilahirkan cacat sebelah kaki. Lagilah dia berhidup dalam pandangan serong dan sindiran.

Belum sempat Arissa melangkah jauh, Qadri panggil namanya.

" Arissa Mardiya..."

" Kau nak apa lagi hah, cacat? Nak lawan aku? Huh? Sedar dirilah sikit... cacat..." Ucap Arissa dengan suara menyakitkan hati.

Qadri senyum lalu dia tertawa kecil, " Taklah Risa... abang tak nak lawan Risa. Abang ni tak cukup sifat pun... mesti abang kalah teruk dengan Risa nanti. Risa jentik abang je, abang boleh terbang sampai KL tau."

Arissa mulai menoleh semula, " Kau menganjing aku?"

Qadri menggeleng lalu dia angkat tangannya bersumpah, " Wallahi... tak Risa. Sebenarnya... Ini, abang ada bawa nasi lemak... Risa tak sarapan lagi, kan?" Pujuk Qadri dalam berjenaka.

Arissa hanya memandanginya kosong. Sekejap dia lihat sepinggan nasi lemak di atas meja. Berdebar - debar hati Qadri menanti riak isterinya.

" Ummm, abang... ada letak ikan bilis lebih. Risa suka makan ikan bilis, kan?"

" Hmm... Air mana? Nak aku tercekik makan nasi lemak je?"

Qadri melakarkan senyum.

" Risa nak air? Abang buatkan ya...? Risa nak minum apa?" Tanya Qadri teruja. Mana tidaknya, Arissa nampak tak menolak nasi lemak yang dia bawa.

" Orang cacat macam kau boleh buat air sendiri ke?" Risa sengaja mahu menambah api ke hati Qadri.

Qadri menggeleng lalu dia ketawa kecil, " mestilah abang pandai buat air. Air yang abang buat pun sedap tau! Kalau Risa tak percaya, Risa order. Risa nak minum apa?"

" Aku nak hot chocolate." Ujar Risa menjeling.

" Okay, abang buat hot chocolate eh... Risa duduklah makan dulu. Ini sudu garfu."

Arissa tidak mengambil huluran Qadri, tapi dia melabuhkan duduk di meja.

" Apa lagi tunggu - tunggu? Nak aku mati tercekik?"

Please vote!
Your little star for this
short story is very much appreciated. Help me grow my profile.
Tolong ya!
????

Share this novel

nurul hidayat
2020-04-14 14:39:29 

Hi.. kenapa pengorbanan hati sampai chapter 20 je.. ada sambungan tak? xsuka la mcm ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience