PH16

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 16-

Senyuman yang tertampal di bibir Qadri tak dapat Bunga sangkal lagi. Qadri memang betul - betul gila bayang dengan Arissa Mardiya.

Matanya mengekori saja lenggok Arissa yang kian mendekati meja sarapan mereka. Entah apa yang ada pada Arissa Mardiya sampaikan Qadri boleh sebegini tak tahulah.

Tambah terkejut lagi, Qadri tiba - tiba saja bangun dari duduknya dan menarik kerusi untuk Arissa duduki. Dilayani Arissa serupa bidadari yang turun dari kayangan.

Gambaran waktu sarapan romantik bersama Qadri di belakang minda jatuh retak ke bumi. Hati wanitanya remuk seremuknya melihatkan kemesraan yang tergambar di antara dua pengantin itu.

Masing - masing cuba untuk saling memikat dan saat jemari mereka berdua melingkar kemas dalam diam, Bunga tahu dia sudah kalah teruk.

Mata mereka berdua sudah tertinta cinta. Ahh! Kau lambat Bunga! Kau lambat! Buat sesuatu Bunga...

Bunga cukup merasa sakit hati dan benci dengan senyuman lebar yang tertampal di bibir Arissa. Rasanya mahu saja dia tampar si Arissa kerana terlalu yakin dengan diri sendiri.

Baginya, dia merasa Qadri sudah 'terkena' dengan Arissa. Iyalah, tak pernah - pernah Qadri suka dengan perempuan yang punya pe'el seperti Arissa. Tiba - tiba boleh jadi 'bodoh'. Huh...

Abang Qadri tak sesuai langsung dengan Arissa. Perempuan macam Arissa ni akan menyusahkan hidup abang Qadri je! Tengoklah! Abang Di yang sakit pun dia tak tahu!

Apa langsung dia tak tengok ke sejarah penyakit Qadri waktu kahwin? Tak boleh! Abang Di tak boleh terus dengan Arissa. Bahaya!

Mengekori Qadri, Bunga mengambil peluang keemasannya bila lelaki itu akhirnya bersendirian. Kaki melangkah laju ke arah Qadri tatkala Arissa dilihatnya sedang sibuk - sibuk di kaunter pertanyaan.

" Abang, nanti abang temankan Bunga pergi ke balai, kan?"

" Ya... kenapa Bunga?"

" Emmm... abang, Kak Risa macam mana? Dia ikut sekali ke?"

Qadri menggeleng, " Tak... Kak Risa ada tempah SPA, so— rasanya dia tak ikut."

Bunga jadi senang hati. Yes! Yes! Yes!

" Kenapa Bunga?"

Bunga yang senyum meleret segera saja menggelengkan kepala. Matanya naik merenung mata senyum Qadri sebelum itu diganggu dengan kehadiran Arissa.

" Since, Risa dah terbeli khidmat SPA waktu sakiit hati semalam, korang berdua pergilah dulu uruskan apa yang patut. Dia orang cakap dah tak boleh refund pula..." Arissa mencebik. Kalau boleh, dia mahu ikut bersama.

" Berapa lama Risa kat dalam tu?" Soal Qadri.

" Satu jam setengah or lebih... Risa terambil full package pula."

Bunga mahu melompat suka! Ya Allah, adakah ini susunan jodohku dengan Qadri? Punya waktu berdua - duaan dengan dia? Hahaha. Aku janji, aku akan manfaatkan dengan sesungguh - sungguhnya.

Qadri mencebik, " lamanya..."

" Kenapa kalau lama? Suka?" Arissa menongkat keningnya.

Qadri mengeluh kecil lalu dia tayang mukanya yang sedih lagi comel, " baru nak spend time dengan bini... haihhh..." halus saja bunyinya. Manja betul!

Arissa yang mendengar, mendencit halus, " geezzz! Bukannya mati pun kalau tak—."

" Itu awak yang kata... hati saya ni, setiap detik mati sedikit demi sedikit kalau tak ada awak di sisi, Arissa Mardiya. Ahhrghh, sakitnya tuh di sini..." Qadri pejam matanya sambil menekan dada kiri. Sumpah, itu langsung dia tak tipu. Kalau Arissa tak ada, memang dia boleh mati!

Arissa tepuk kuat lengan Qadri. Errghh, malu ahhh! Apa pula cakap macam gitu depan Bunga. Hehehehehehehehe...

" Hmm, jangan nak seronok lebih - lebih eh... nanti aku—"
Arissa angkat buku lima pada suaminya. Muka digarangkan semampu boleh.

" Tak..." Qadri menggeleng comel. Sumpah, sejak tadi senyum saja dia. Ahhh... Arissa ni magik betullah... mabuk terus aku.

Sebenarnya, sejak tadi Qadri teruja betul dapat melihat senyuman di bibir Arissa. Bukannya apa, tadi mati - mati dia ingat Arissa tak mahu lagi melihat wajahnya.

Merajuklah katanya. Tapi nyata, Arissa tidak seperti wanita lain yang lebih suka melayan perasaan.

" — daripada kena penumbuk, baiklah Risa bagi abang..." Qadri mengetuk pipinya dengan jari telunjuk. Wajahnya dicomelkan semampu boleh seakan anak kecil pinta ciuman. Memang pun!

" OMO! OMO! Oohhh..." Arissa pegang dadanya. Hilang habis ayat dalam kepala. Terkedu!

Pipinya terasa makin panas bila selamba Qadri mengucup dua jari dan membawa jari itu ke bibirnya. Habis keras macam batu tubuhnya.

Bunga sudah membelakang tubuhnya tak senang. Memang tak sanggup dia nak menonton drama cinta dua pasangan itu. Eerrghh!! Bencinya akuuu!!!

" — O—O-Okay, off you two go! Risa percayakan abang tau! Bye!" Laju saja Arissa melarikan diri sambil menekup mukanya malu. Takutlah sangat kalau jantungnya terjatuh ke tanah.

Qadri ketawa mengekek, " sumpah Risa... abang dah memang betul - betul gila..."

Bunga yang mendengar jadi semakin sakit hati. Tak apa... tak apa... tengoklah nanti abang.

***

Usai mengambil laporan polis Bandung, Qadri dan Bunga saling bergandingan jalan melalui sebuah jalan yang sedikit asing bagi mereka berdua.

" Cantik kan Bandung abang..."

Qadri angguk, " Haah, cantik sangat. Macam ada vibe bandar dengan kampung. Abang suka."

Bunga senyum, " orang Jakarta pun banyak turun berlibur dekat sini tau. Iyalah, Jakarta tu...kan sibuk... bahaya pula tu."

" Bahaya? Jakarta?" Balas Qadri. Tak tahu pula dia Jakarta itu bahaya.

Bunga makin senyum lalu dia merapatkan jaraknya antara Qadri seraya dia buka layar telefon bimbitnya.

" Abang tengok video ni, kasihan betul orang tu kena rompak abang. Bahaya betul Jakarta. Pencuri dompet banyak. Kalau perempuan... habislah..." ujar Bunga panjang lebar sambil menebar umpan.

Qadri yang menonton video tersebut mulai merasa risau. Telefon dihulurkan kembali pada tuannya.

" Allah... seram abang tengok. Hmmm, habis nanti Bunga macam mana?"

Qadri sememangnya cepat risau kalau ia berkaitan dengan perempuan, kanak - kanak ataupun orang susah yang berada di bawah pemerhatiannya. Bagi dia, menjaga keselamatan mereka itu adalah satu tanggungjawabnya.

Bunga buat - buat menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal, " itulah abang, Bunga sendiri pun risau tapi... nak buat macam mana dah memang salah Bunga hilangkan passport so... nak tak nak, Bunga kena pergi jugalah."

Qadri jadi berfikir keras, kusut pula jadinya. Macam mana ni... kalau jadi apa - apa dekat Bunga, mati aku nanti. Sudahlah esok dah nak balik Malaysia pula...

Bunga naikkan tangannya menyentuh lengan Qadri lalu merinaikan suara manjanya, " abang... tak payahlah risau.. insha-allah, Bunga pandailah jaga diri Bunga. Dekat Ireland dulu pun Bunga sorang - sorang juga."

" Bunga tak bolehlah fikir macam tu. Risau pula abang nak lepaskan Bunga ke Jakarta sorang - sorang..."

Bunga sudah menyimpan senyum kemenangan. Dia yakin, Qadri tak mungkin akan lepaskan dia sendirian sebegitu saja.

" Alah, abang tak payah fikirlah dulu... kita— happy - happylah dulu... please..."

" Happy? Macam mana abang nak happy kalau Bunga nanti sorang - sorang kat sini?" Qadri mengeluh.

" Kalau... abang ikut Bunga macam mana?"

Qadri tersentak? Hah? Ikut? Gila apa Bunga ni?

Qadri jadi semakin risau. Pertimbangannya jadi berbelah bagi. Arissa macam mana? Marah teruk Risa dengan aku nanti tapi takkanlah aku nak biarkan Bunga sorang - sorang? Kalau jadi apa - apa? Tak aku dicari bapaknya?

Ishh... rungsing betullah aku...

" Alah, hari Isnin je abang. Hari Selasa kita ambil flight back to Malaysia from Jakarta. Lagipun, dapat passport sementara, tak boleh berlama pun kat sini..."

Qadri diam sejeda. Bunga pula ligat memikirkan cara untuk memperkuatkan cadangannya. Hah! Ayah!

•••

" So macam mana abang?" Tanya Bunga usai dia menyambut telefonnya dari huluran Qadri.

Haraplah ayah dapat yakinkan abang untuk tinggal sehari dua lagi. Getus hati Bunga tak sabar menunggu keputusan Qadri.

" Umm, okaylah. Ayah Bunga pun dah minta tolong dengan abang. Tak sampai hati pula abang nak tolak."

Bunga mahu menjerit suka. Ya Allah, memang kau cukup membantu aku... Terima kasih ya Allah!!

" Tapi— hari selasa pagi, kita terus balik tau. Abang tak nak Kak Risa tunggu abang balik lama - lama."

" Okay! Abang jangan risau eh... nanti Bunga booking flight awal - awal."

Jangan risau abang, Bunga akan beli tiket paling last sekali untuk hari Selasa so we're gonna stuck together a lil longer... yay!!

***

Mereka meneruskan perjalanan menyelusuri jalan yang kiri dan kanannya berderetan kedai - kedai hipster dengan pelbagai konsep. Naik gila Qadri melihatnya.

Kalau ada Arissa, pasti setiap satunya dia kunjungi. Kemudian, Kerja dia? Apa lagi jadi jurugambar payung terjunlah.

Mata Qadri menggelayau memerhatikan sekeliling lalu dia angkat telefon bimbitnya tatkala dia lihat sebuah pokok dengan daunan lebat meneduhi sebuah bangunan lama.

Sebuah gambar diambil lalu dia mulai teringatkan pada Arissa. Bibirnya mengoyakkan senyum serta merta. Hmm....

" Abang..." Panggil Bunga inginkan perhatian.

Dari tadi lelaki itu sibuk sungguh mengambil gambar sana - sini. Kemudian tersenyum sendirian. Dia langsung tidak dilayan.

Qadri menoleh, lalu dia membulatkan matanya teruja seakan ada idea baru yang hadir secara tiba - tiba.

" Bunga! Tolong abang boleh?"

Bunga terkejut lantas dia menggerutkan dahinya setelah lelaki itu meleretkan senyum.

Qadri kemudiannya tunjuk pada sebuah papan hitam yang tergantung di luar sebuah kafe.

" Candlelight dinner service?"

***

Tangan terhulur dengan sedikit kudapan itu dipandang sejenak. Hatinya berdebar dek teringatkan kisah bagaimana dia boleh sampai ke sini. Hanya kerana sepasang tangan yang terhulur, dia jatuh ke lembah rasuah.

Matanya naik memerhatikan dua bola mata lelaki yang segak dalam seragam pegawal penjara.

" Tak payah takut. Ini bukan rasuah tapi ikhlas. Buat makan kamu sampai ke pekan." Ujar pengawal penjara itu senang.

Qaish mengeluh lega. Ingatkan apalah tadi...

" Terima kasih encik. Terima kasih juga untuk beberapa bulan ni sampai saya boleh keluar awal dari sini." Balas Qadri dengan penuh rasa syukur.

Berbaloi sungguh kesabaran dia setelah berkelakuan baik sepanjang dia di penjara.

" Haha. Manusia semuanya buat silap Qaish. Saya pun sama. Untuk awak, saya harap awak tak ulangi kesilapan awak."

Qaish menggeleng. Sungguh, dia sudah serik untuk berada lagi di sini. Biarlah dia menjadi manusia yang sebenar - benarnya manusia pula selepas ini.

" Doakan saya ya?"

" Semoga berjaya Qaish... nanti kahwin jangan lupa jemput saya."

Senyum lega, Qaish meninggalkan perkarangan penjara dengan hati yang cukup senang. Telefon yang hampir setahun lebih tidak dihidupkan ditatap gembira.

Macam mana dia tak gembira, bertubi - tubi pesanan ringkas dari Arissa masuk ke notifikasi.

Mujurlah dia meminta bantuan dari pengawal penjaran untuk mengaktifkan semula nombor telefonnya. Kalau tidak, memang tak dapatlah dia membacanya semua.

Dia ketawa sendirian. Tak sangka, sampai ke hari ini pun kekasih hatinya itu sering kali menuliskan pesan buat dia walaupun tidak pernah berbalas.

Abang, minggu ni.. Risa bercuti di Bandung tau! Haha. Dapat hadiah free dari manager Lim. Perghhh! Bangga kejap sebab tak ramai yang dapat tau abang... hehehe.

Tak sabar Risa nak have fun dekat sana. Jalan - jalan... eee! Seronoknya! Orang kata Bandung ni city of youth. Tataulah betul ke... nanti Risa bagitahu abang eh?

Hmmm, jauh di sudut hati Risa... Risa harap sangat abang boleh ikut sama. Risa sentiasa ingat abang tau. Kat mana pun abang berada sekarang ni, abang stay safe okay? I miss you, abang. — cinta hati Arissa

Qaish mengucup skrin telefonnya berkali - kali.

" Jangan risau sayang... I'm coming for you... get ready to come home to me sayang..."

P/S : Okay guys.... Qaish is cominggg!!!!! Bunga pun sama hantu jugakkkk!! Uwarghhh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience