PH3

Romance Series 11014

-Pengorbanan Hati 3-

Sampai saja di sebuah rumah kayu di sebuah kampung, Arissa berkerut dahi. Seriuslah tengah - tengah bandar ni masih ada rumah kayu macam ni?!

" Selamat datang ke teratak QADRI DIZYAD! Oh!" Tin kosong yang bergolek di kaki, Qadri tolak dengan hujung tongkatnya. " Sorry, anak jiran abang ni memang suka baling tin belah sini. Tu yang bersepah je ni. Hehe."

Arissa mendencit kecil, " Iye je, padahal memang kau jenis pengotor. Tengok dari baju dalam beg kau hari tu pun dah tahu kau ni macam mana..."

Qadri ketawa, " mana Risa tahu ni? Abang... memang ada penyakit malas sikit." Tenguk digosok - gosok malu.

Arissa mulai angkat kening, " Kan senang mengaku je. Anak jiranlah bagai... Eh... aku nak tanya ni, rumah kau ni tak ada tikus, lipas, kan?"

Qadri pandang sekeliling rumah, sebelum dia memetik jari, " Hah! Hari tu abang ada pasang perangkap tikus, jom kita tengok Risa... berapa banyak tikus yang abang dah tangkap. Jom!"

" T—Tikus?!!" Arissa membulat mata tak percaya.

" Iya Risa... gemuk - gemuk pula tu. Comel! Jomlah kita pergi tengok."

Pucat lesi muka Ariassa bila Qadri kata begitu. Dia takut dengan tikus!

" Kau janganlah main - main..."

Qadri ketawa, " Jomlah masuk dulu..."

" Ishh!!! Kalau betul ada tikus, aku nak balik!!" Protes Arissa.

" Okay, kalau ada.. abang hantar Risa balik malam ni juga!"

Bergegas saja Qadri menggalas bagasi miliknya dan menarik bagasi besar Arissa. Berat juga bagasi dia ni... tadi gaya macam tak nak ikut balik... Getus hati Qadri.

Melihatkan kesusahan Qadri, Arissa bergerak menarik bagasinya. Dia bukanlah kejam sangat.

" Aku bukan nak tolong kau tapi sebab aku tak suka orang pegang barang aku..."

Qadri mulai tersimpul senyum lalu dia mengejar isterinya itu, " alaaa, kalau ada simpati tu, abang nak ambil boleh?"

Arissa menjeling, " dalam—

Qadri menyambung, " Mimpi! Kan?"

Arissa senyum puas hati, " pandai..."

Terkekek Qadri ketawa. Arissa... Arissa... harap aku tak tersayang lebihlah dekat perempuan kau ni, Qaish...

***

Usai mandi, Arissa berkeliaran di sekitar rumah yang sedarhana besar itu. Persepsinya meleset tatkala dia menjejakkan kaki ke sini. Bersih... susunan perabut di dalam rumah ini juga dia suka. Tidak penuh, tidak terlalu padat.

Eleh, tak ada tikus pun sebenarnya. Saja nak takut - takutkan aku.

Paling dia suka dengan jendela rumah yang membenarkan angin masuk ke rumah. Sejuk saja...

Gambar keluarga, gambar graduasi, dan beberapa gambar lain yang tergantung di dinding, diperhatikan asyik. Qadri anak tunggal jadi semua memang gambar dia seorang saja.

Hmm, memang jenis comel dari kecil dia ni...

Senyuman Qadri dari kecil sampai sekarang masih sama. Lebar dan... nampak ikhlas. Dek hati tercuit, bibir Arissa menyunggingkan senyum.

" Abang handsome comel marvelous, kan? Sebab tu Risa boleh senyum - senyum tengok gambar tu..." Tegur Qadri yang tiba - tiba muncul bersama dulang berisi air teh panas.

" Oh please... jangan perasanlah." mata ikut bergerak memerhatikan gerak tubuh Qadri. Terhincut - hincut tak seperti orang normal tapi masih boleh buat kerja. Kekaguman seketika.

" Kau... tak rasa susah ke?" Tanya Arissa tiba - tiba.

Qadri berpaling, " Susah? Oh... kaki abang ke?" Qadri menggeleng.

" Dah biasalah Risa..."

Arissa angguk tanpa riak. Jawapan Qadri ada di antara redha dan sebak.

" Ini kalau abang main bola, kalah Mokhtar Dahari tau! Paling latest, siapa tu? Pemain JDT, Sapawi Rasyid? Haaa, dia tu... anak didik abanglah tu." Tambah Qadri saja nak mengubat rasa yang sedikit terkecil hati dengan soalan Arissa.

Arissa yang mahu ketawa mula buat muka kosong. Tak sangka boleh tahan juga si Qadri kalau buat lawak ya?

" Kalau aku sepak, kau dulu yang tergolek..." Arissa mula bergerak ke arah meja kopi.

" Kalau Risa... memanglah... bukan setakat badan tergolek, jantung abang pun sama. Sebab dah terjatuh hati."

Merah padam muka Arissa bila Qadri kata begitu. Laki aku ni memang jenis tak tahu malu ke apa?

" Kau nak cuba ke jatuh hati dengan aku?" Soal Arissa berani.

Qadri senyum lalu laju saja dia menjawab, " Nak!"

Entah kenapa, hati Arissa rasa... rasa seronok sangat bila Qadri kata begitu. Eh!

" Heh?—," Arissa buat muka.

Tak sempat membalas Qadri sudah menyambung, " Tapi.. nanti susah pula abang nak lepaskan Risa. Abang ni kalau dah sayang, abang takkan lepaskan sampai bila - bila. Risa sanggup ke? Abang sanggup sangat."

Arissa terdiam. Tak tahulah kenapa hatinya laju saja bersetuju. Laju saja mahu.

" Gila!"

Qadri ketawa, " Iyalah... abang memang gila. Jemputlah minum... special dari Qadri Dizyad untuk si cantik Arissa Mardiya."

Segelas cawan dihulurkan buat Arissa. Arissa menyambutnya dengan senang hati. Memang dia haus pun.

" Macam mana? Arissa okay dengan rumah kita?"

" Rumah kita?"

" Iyalah... rumah kita."

" Ini rumah kita? Rumah macam nak roboh ni? Heh, kalau kau nak happy-kan aku Di, kau kena beli rumah agam! Yang rumah muat sepuluh buah kereta! Bukan macam ni." Ujar Arissa walaupun dia sendiri tak pernah minat mahu tinggal di rumah sebesar itu. Kalau dia tinggal berdua saja dengan Qadri, rumah seperti ini sudah mencukupi.

" Okay, nanti abang beli. Risa nak ke? Nak yang macam mana? Risa bagitahu abang... esok juga abang pergi beli." Bersungguh Qadri berkata.

Arissa meledakkan tawa, " Hahahaha." Sampai berpeluk perutnya.

" Lah, ketawa dia pula."

" Kau nak beli kat mana? Ada duit ke? Muka pun macam pengemis... hahahaha! Ada hati nak beli rumah agam! Hahahaha."

Qadri mendengung lalu dia garu kepalanya, " Hari tu abang ada tengok. Tak adalah mahal mana. Abang mampu.... Rumah lelong kot. Cantik... Warna pink lagi, Risa..."

Arissa yang ketawa jadi diam. Eh, entah - entah Qadri ni jutawan yang sengaja jadi miskin kot? Macam dalam novel - novel Melayu tu. Dia ni pun cakap macam ada duit banyak...

" Warna pink? Besar ke?"

Qadri merehatkan tubuhnya ke kerusi. Dagu yang licin diurut - urut seakan dia memikir keras. Arissa jadi berminat lantas dia cuba menumpukan perhatiannya pada Qadri.

" Besarlah... ada tujuh bilik tak silap."

Arissa telan air liur. Betul - betul ke ni? Tujuh bilik?! Wow!

" dekat mana tu, Di?"

" Dengar, dekat Amazon ada."

" Amazon?! K— kau nak bawa aku pergi Brazil ke?!" Bulat mata Arissa.

Qadri menahan tawa yang tak sabar mahu meletus. Ya Allah, naif juga ya Arissa ni...

" Ish bukan dekat situ je.... dekat Lazada, Shopeee— hahaha. Besar - besar rumahnya Risa. Datang sekali dengan anak patung pun ada."

Arissa sudah kegeraman!

" Qadri!!"

Hampeh punya jantan! Doll house dia bagi aku?! Kurang asam betul!

Tak peduli, Arissa bergerak menumbuk - numbuk dada Qadri. Akhirnya, dia sendiri yang ketawa. Bodohnya dia boleh percaya dengan si Qadri ni.

***

Dahi Arissa naik menggerutu. Pelik. Kiri kanan dia beralih dari satu bilik ke satu bilik. Takkanlah rumah ni ada dua bilik saja?

Qadri masuk ke dalam bilik tidur dengan membawa lingkaran ubat nyamuk. Terkebil - kebil dia memandangi isterinya yang nampak kehairanan tanpa arah tujuan.

" Di... rumah ni ada dua bilik je?"

" Iyalah. Dua bilik je. Satu bilik mak ayah abang... satu lagi bilik abang tapi maaflah Risa, bilik tu dah jadi stor pula."

" Habis aku nak tidur mana?"

Qadri tunding ke arah katil.

" Kau?"

Qadri tunding lagi ke arah katil. Spontan Arissa memeluk tubuhnya! What?! Satu katil dengan mamat ni? Gila - gila - gila!

" Kau gila ke Ri? Kau nak tidur dengan aku?"

Qadri ketawa, " Tidur tu ada tanda sabdu kat atas ke?"

Laju tangan Arissa menepam bahu Qadri, " betul - betullah! Aku mengantuk ni."

" Kita tidur sekali la... kita dah kahwin pun Risa... bukannya berdosa. Banyak pahala bila isteri tidur sekatil dengan suami. Kalau nak lagi banyak pahala, Risa bolehlah bagi green light projek—,"

Dunia senyap tiba - tiba.

***

Qadri gosok pipinya yang terasa bengkak. Dasyat betul tamparan Arissa rupanya. Fuh! Memang mantap.

" Nah bantal. Kau tidurlah kat luar ni sampai kau bersihkan bilik nombor dua tu ya? Jadi Jaga dekat luar ni pun bagus Di... isteri Di pun rasa 'selamat' sikit."

Selamba Arissa menghilangkan diri ke bilik tidur tanpa Qadri sempat berkata apa - apa. Ditinggalkan Qadri terkulat - kulat di luar.

" Aduhai nasib... sabarlah wahai hati. Esok pasti akan lebih baik."

***

Tubuh terasa dicucuk sesuatu. Qadri mula memusingkan tubuhnya mencari keselesaan. Hmmm, nak tidur pun tak senang.

" Di.... bangunlah Di! Di! Aku nak buang air ni." Kejut Arissa yang sudah tak tahan mahu terkencing.

" Hmmm, buang jelah sayang. Tandas kat dapur tu." Balas Qadri tidak berapa berbutir.

Arissa berpeluk tubuh. Siap - siap panggil aku sayang lagi... mengigau ke ap— ish! Aku tak tahan ni...

" Kau bangunlah setan! Aku takut nak pergi bawah sana. Lagipun aku dah tak tahan ni..." keras suara Arissa membisik. Bahu Qadri digoyang - goyangkan keras.

" hah? Tak tahan apa? K— kenapa ni sayang? Okay tak?" Spontan Qadri yang masih mamai memegang erat pergelangan tangan Arissa. Wajah mencerminkan risau.

Arissa jadi tercengang. Jantungnya berdegup pantas. Dekat betul muka Qadri dengan wajahnya. Tubuhnya tiba - tuba dipeluk Qadri erat.

" Sabar ya sayang... abang ada kat sini..."

Qadri yang sudah sedar tersenyum manis. Akhirnya, dapat juga peluk isteri sendiri. Hehehe.

Macam nak pecah jantung Arissa bila tubuh bidang Qadri kemas memeluknya. Tak pernah - pernah dia dipeluk lelaki. Qadri jadi yang pertama dalam sejarah.

Malu dengan kerelaan diri yang suka dipeluk sebegitu, Arissa menepik nama Qadri kuat.

" Q... Q—Qadri!!" Tubuh lelaki itu ditolak keras.

" Hah? Hah? Ya? Ya? Kenapa Risa kenapa?" Qadri pura - pura baru tersedar.

" Nak pergi tandas..." halus saja suara Arissa menutup malu. Orang dewasa tak boleh pergi kencing sendiri memang memalukan.

Qadri melepaskan kuap, " bawah tu kan tandasnya. Pergilah..."

Arissa menunduk, " gelap sangat! Aku... aku— ish! Seramlah! Cepatlah temankan aku pergi sekejap!"

Qadri garu kepalaanya yang tidak gatal, " nak abang masuk tandas sekali ke macam mana?"

" Aku ketuk kepala kau dengan tongkat kau ni, barulah kau tahu langit ni tinggi ke rendah." Arissa angkat tongkat Qadri yang tersadai di atas lantai kayu itu.

" Janganlah marah... kang terkuncil kat sini. Haha."

" Dah tu janganlah cakap merepek!!"

Qadri ambil tongkatnya lalu dia cuba berdiri.

" Jom! Mana hantu yang kacau Risa tu? Abang kasi penumbuk dekat muka dia."

" Ceh..." Diam - diam Arissa senyum. Dia ni memang tak pernah merungut ke?

Please vote!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience