PH9

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 9-

Arissa menghempas pintu kereta bila nyata ada serangan balas dari Bunga. Wanita itu memang tak tahu malu betul! Tudung saja— ish! Nak mengata kang kata bias pula.

Tadi, asyik betul perempuan itu berkepit dengan Qadri. Modalnya apa? Bayi yang dia tatang itulah. Terus aku tak ada mood nak puji bayi comel tadi.

" Ambil kesempatan! Si Qadri tu pun satu!! Berkepit dengan betina tu kenapa?!" Marah Arissa entah pada siapa. Qadri pun belum ada.

Manalah dia tahu Qadri memang sukakan budak - budak. Kalau dia tahu, dia sendiri akan mendukung anak kecil itu. Tadi pun Qadri punyalah seronok sampai tak lepas dia mengusik anak kecil itu.

Bukan itu saja, Arissa terdengar pula akan suara - suara sumbang perempuan yang hadir bercerita mengenai bekas kekasih itu.

Eh, Qadri dengan Bunga tu macam masih ada apa - apa je. Nampak mesra betul. Tapi comel pulak aku tengok dua orang tu. Sepadan betul!

Sakit. Perit. Pecah berderai hati perempuannya. Nak menangis di situ juga pun ada. Tapi bila difikirkan kembali, mereka berkahwin pun atas ikatan persetujuan atuk. Bukan atas suka sama suka. Jadi dia tak menolak kemungkinan kalau Qadri masih sayangkan Bunga.

Dengar cerita, dulu Qadri meroyan separuh mati bila pinangan dia kena tolak Pak Kusairi, kan? Agaknya, dia berkahwin tu sebab nak tutup hati dia yang koyak tak...?

Kasihan... saling sayang menyayangi tapi tak ada jodoh pula... harap isteri Qadri tu tak merasa dibezakan dengan Bunga la. Bukannya apa, Qadri nampak macam masih sayangkan Bunga saja.

Betul ke Qadri masih sayangkan Bunga? Habis, dia panggil aku sayang tu kenapa? Kenapa dia buat pick up line bodoh - bodoh dia tu? Kenapa dia buat baik dengan aku sampai aku boleh terjatuh cinta dengan dia? Hah? Kenapa?!

" Abang! Abang Di! Ini ada lauk lebih... Mak Raudah kasi." Arissa menoleh ke arah punca suara dan kelihatan Bunga sedang mengejar Qadri di belakang dengan seplastik berisi makanan.

Arissa semakin panas hati. Menggelegak otaknya melihat dua manusia itu saling tersenyum - senyum antara satu sama lain.

Dasar miang! Fuhhh... kau dah kenapa ni Arissa... kau dah kenapa? Kata tak sayang... kata benci... jadi kenapa kau jadi macam ni Arissa...?

THUD!

Pintu kereta dibuka lalu Qadri menyambutnya dengan wajah yang bersenyum lebar. Dia sebenarnya tak sabar mahu berdua - duaan dengan Arissa. Sejak tadi, dia memang dah rindukan isterinya.

Ish... kalaulah dapat peluk Arissa... seronoknya...

" Abang! Hati - hati memandu... jangan langgar lembu tau! Hahaha." Seloroh Bunga membuatkan Qadri berpaling.

Patutnya langgar kau je... lembu! Bisik hati Arissa yang terjahat.

Macam itu pun boleh diserang cemburu. Sungguh, Arissa tak mampu menipu dirinya sendiri. Dia mahukan Qadri untuk dirinya saja.

" Ish, lembu siapa? Sebab lembu abang cerdik. Tak merayau tengah jalan."

Bunga ketawa kuat dan itu membuatkan telinga Arissa naik bernanah. Sempat lagi ke nak buat lawak, Di?!

" Cepatlah... aku nak balik ni setan." Ujar Arissa berkertap gigi. Marah benar. Nasiblah ayat setannya halus saja.

Qadri yang memandangi perubahan air muka Arissa, cepat saja masuk ke dalam perut kereta, " dah masam ya muka dia. Okay-okay... kita balik."

" Assalamualaikum... abang pergi dulu." Qadri mempamitkan diri.

" Waalaikumusalam abang..."

THUD!

Pintu kereta ditutup. Qadri mula memperbetulkan gear kereta. Mujurlah dia boleh memandu kereta jenis Auto tanpa pengubahsuian.

" Arissa... kenapa ni?" Soal Qadri lembut pabila tayar kereta sudah bergolek di atas jalan.

Arissa diam sama seperti selalunya dia marah. Tubuhnya dipeluk kemas tanda protes. Tapi tak lama bila hatinya datang sebak. Sedihnya hati bila nampak ada wanita yang melayani Qadri lebih baik daripadanya.

Bodohnya aku... Tangisan yang ingin tumpah dia tahan.

Keluar dari simpang perumahan, Qadri mulai menyoal lagi dengan nada yang cukup lembut.

" Risa dah kenyang makan kenduri tadi? Lauk semua okay tak? Kalau tak okay, kita drive thru McD nak?" Qadri memberi cadangan.

Masih sama, Arissa diam saja. Wajahnya diketatkan. Bukannya apa, dia tak mahu menumpahkan air matanya di situ.

" Risa... abang minta maaf kalau tadi abang sakitkan hati Risa... sumpah abang tak berniat langsung nak buat macam tu dekat Risa."

Qadri tahu diam Arissa pasti ada kena mengena dengan Bunga. Mana tidaknya, tadi pun dicerlungnya pada Bunga serupa nak membunuh saja.

" Risa... abang minta maaf tau sayang..."

Sayang...?

Arissa telan air liur. Terlalu banyak persoalan yang bergulir di fikiran Arissa kini tapi dia masih ego untuk meluahkan. Tambah lagi dengan ayat sayang yang terukir di bibir Qadri. Ikhlas ke? Atau sengaja nak buat dia keliru dan syok sendiri?

" Macam nilah Risa... abang akui... Bunga tu memang attention seeker so mungkin dia sengaja nak sakitkan hati Risa. Apa - apa layanan abang pada Bunga, hanya sekadar kawan saja. Abang harap Risa tak cemburu... ya sayang?"

Arissa akhirnya bersuara, " cemburu? Siapa cemburu? Kau minum todi ke tadi? Mabuk eh?" Cemuh Arissa cukup marah.

Qadri menggulumkan senyum kecil. Mana tidaknya terserlah betul kecemburuan Arissa, " habis tadi tu bukan Risa tengah cemburu ke? Nampak macam ya. Abang dengar orang kata cemburu tanda sayang tau."

" sayang? Eh, Di... kau tak payah nak gula - gulakan akulah... tak kelakar."

Qadri berkerut dahi lalu dengan senyuman dia menyambung, " bergula - gula? Abang ni manis sangat eh?"

Arissa menarik nafasnya yang terdalam. Hatinya betul - betul sedang marah tapi boleh pula Qadri bergurau dengan dia.

" aku tak buat lawak Di..."

Qadri menggeleng, " abang tak melawak pun."

Arissa genggam tangannya, " Di dah berapa lama kita kahwin?"

Qadri diam, dadanya berdegup hebat. Soalan - soalan begini memang membunuh. Dia tahu ini bakal jadi satu pertengkaran hebat antara mereka berdua.

" Hampir empat bulan... kenapa Risa?" Balas Qadri tenang.

Arissa angguk kecil, " selama empat bulan, kau rasa—kau rasa status hubungan ni macam mana?"

Qadri jadi semakin cuak. Stereng kereta digenggam kemas.

" Baik. Tak ada masalah. Abang bahagia. Risa?" Tanya Qadri dan sebenarnya dia amat mengharapkan jawapan yang sama dari Arissa.

Arissa segera mendencit tawa, " Di... jangan tipu Di. Nampak bodoh sangat."

" Tipu apa Risa?"

" Bahagia ke kau Di kalau kau perlu tipu diri kau sendiri?" Kali ini hidung Arissa sudah terasa panas. Alamat ada air mata yang bakal jatuh.

Qadri berdiam diri. Dia teringat perbualan antara dia dan Qaish tempoh hari.

Qaish banyaknya ketawa saja mendengar segala cerita yang diceritakan Qadri sebelum lelaki itu mendekati cermin penghalang.

Matanya menoleh kiri dan kanan, seakan memeriksa sekeliling. Pasti takut nanti ada yang curi - curi dengar.

" Arissa macam mana? Kau ada jumpa dia?"

Qadri telan air liur. Patut ke aku bagitahu yang aku dah menikah dengan Arissa?

" A— Ada. Ada..." kekok Qadri menjawab soalan tadi.

" So macam mana? Masih cantik ke?" Sengih Qaish menampakkan barisan giginya.

" Cantik...," suara Qadri mengendur sedikit, " cantik sangat..." tersedar dia menambah, " m—maksud aku, lebih cantik dari dulu."

Qaish ketawa senang.

" Di... kau— tak kahwin, kan dengan dia?"

Wajah Qadri berubah kepucatan. Peluh sejuk terasa mengalir di belakang tengkuk. Jantungnya hampir - hampir saja berhenti tatkala Qaish menyoalnya sebegitu.

Melihatkan kekok Qadri, Qaish menambah, " kau masih ingat janji yang kau pernah ikat dengan aku dulu?"

Qadri renungi dua bola helang Qaish, kacak tapi cukup menakutkan. Dahulu, lelaki inilah yang paling popular di sekolah kerana ketampanan dan sisi atletnya yang hebat.

Kini, lihat sajalah tubuhnya. Tegap dan cukup tinggi. Kalahlah Qadri. Tangannya serta merta menggigil. Ganggang telefon digenggam erat.

" Qadri... kau masih ingat janji kita? Tak kisahlah kalau menipu aku sekarang ni Di, aku keluar je dari sini, kau mesti pulangkan hak aku. Ingat apa yang pernah aku cakap Di, walau apa pun terjadi, maksudnya kalau pun aku kembali dari kubur, Arissa Mardiya tetap jadi hak aku. Kau sentuh Arissa Mardiya Di... kau mati."

Bunyi guruh dan kilat yang tiba - tiba memanah di hadapan cermin kereta membuatkan Arissa membuntang mata. Laju dia tekup mukanya.

" Mak!!"

Tangannya menggigil teruk. Tangisan Arissa tewas. Tersendu - sendu dia menangis. Tapi cepat saja tangannya dirangkul Qadri kuat. Qadri mengurut - ngurut jemari runcing Arissa lembut.

La Hawla Wala Quwwata illa Billah

" Syhhh.. Syhhh... sayang... Jangan takut... abang ada."

Saat itu juga, hujan mulai mencurah jatuh selebat - lebatnya. Hujan yang tiba - tiba itu membuatkan Qadri memperlahankan kenderaannya.

Masih marah, Arissa tarik dan menyembunyikan tangannya. Tangisan yang masih ada, dicuba henti.

" Risa... janganlah diam je. Abang takutlah Arissa macam ni..." Kata Qadri risau.

GROWL

Tiba - tiba ada guruh kecil yang terdengar di telinga Qadri. Matanya terkalih ke arah perut Arissa. Melihatkan air muka ketat Arissa, Qadri pasti bunyi itu datangnya dari perut Arissa.

" Risa?"

" Tak ada pape, kau jalan je Di." Balas Arissa dingin.

GGGGROWL

Qadri mengeluh kecil.

" Sayang lapar tu..."

" And why do you even care if either I am starving or not?! It's not like your business! Pergilah risaukan yang lebih kau sayang Di! Bukan aku!" Marah Arissa. Pipinya merah menyala bila memberitahunya. Air mata yang sedikit jatuh ke pipi Arissa tepis. Ahh! Kalah!

Tiap kali datang sebak, tiap kali itu Arissa pejamkan mata dan mengetap giginya kuat. Tak mahu ada tangisan yang tumpah. Kalau tidak, malu dia nanti.

" Arghhh! Tak fahamlah apa dah jadi dengan aku ni." Bebel Arissa sendirian.

Qadri yang buntu akal dan risau yang teramat sangat mula melilaukan mata mencari kedai. Tatkala sebuah kedai ternampak di mata, Qadri segera memberhentikan kereta. Tongkat ditarik dari bahagian belakang.

" —Di, kau nak pergi mana? Di?!" Soal Arissa risau bila tiba - tiba saja Qadri buka pintu kereta.

Qadri senyum yakin, " sayang... sayang tunggu abang kejap eh." Tidak menunggu balas, Qadri berlari ke arah kedai.

" Q—Qadri?! Ish! Dia tak tahu ke hujan lebat ni?! Kalau jatuh macam mana? Tersadung?! Qadri ni, boleh jadi bodoh betullah!"

Tanpa lengah, kunci diambil lalu dia matikan enjin kereta. Nasiblah dia hanya perlu menekan butang 'start' untuk matikan enjin.

Arissa bergegas keluar dan berlari mendapatkan suaminya. Runtun hatinya melihat Qadri yang bersungguh membawa dirinya ke kedai wafel.

" Umm, dik! Saya nak wafel peanut butter and blueberry—arghhh!"

Arissa pukul bahu Qadri kuat. Kemudian, dia bagi satu lagi. Kemudian, dia bagi dua tiga penumbuk sampai hatinya puas.

" Kalau kau jatuh tadi macam mana?! Tahu tak kat depan tu licin! Kalau kau jatuh, siapa nak angkat kau? Kalau tongkat kau tu patah?! Hah?!" Arissa tak peduli, dia menangis semahu - mahunya.

Qadri yang terpinga - pinga jadi ketawa.

" Ketawa ketawa! Aku tumbuk muka tu, hilang! Hilang kacak kau, nak?! Aku risau tau! Risau! Gila!"

Qadri masih ketawa. Arissa makin geram. Hidung merahnya kembang kempis jadinya. Air mata dilap keras bila tukang buat wafel turut tersimpul malu melihat dia.

***

Arissa masih berpeluk tubuh. Matanya ralit memandangi dada langit yang kelam dan masih basah. Cantik pula hujan bila terkena biasan lampu ya?

" Nah sayang, makanlah... panas - panas sedap." Qadri hulur wafel kegemaran Arissa. Bibirnya dari tadi tersengih serupa orang gila bayang. Arissa naik menyampah jadinya.

" Nak aku lap senyum kau tu sampai kau dah tak boleh senyum sampai bila - bila? Hah?" Arissa gigit wafel rakus. Garang betul mukanya.

Tapi hari ini garangnya lucu. Mana taknya, dengan mata yang sembab, hidung merah. Sudahlah berkulit putih, bertambah - tambah comelnya.

" Nak... so lepas ni, abang jadi susah sikit nak senyum kat perempuan lain. Masam jee macam jeruk buah. Garang je macam isteri abang! Grrrr—." Qadri buat - buat muka garang yang paling comel.

" Haaa, menjawab!" Arissa pangkah dengan makanan masih penuh di mulut kemudian dia terlepas tawa kecil.

Arissa tahu, bukan makan saman pun suaminya itu. Kalau dikecam, lagi dia buat. Manalah Arissa tak jatuh hati. Baik pula tu. Kacak tu iyalah. Comel pun ada. Romantik pun ya... Aih! Matilah kau Arissa Mardiya... kalah teruk dah ni.

Qadri mendongak, " macam lambat ni nak reda," sambil - sambil dia kecilka jarak antara Arissa. Dadanya jadi berdebar - debar bila jemarinya tersentuh jemari isterinya.

Arissa pun begitu. Jadi tak keruan. Bagai nak pecah jantungnya walaupun hanya tersentuh begitu saja.

" Errr... Risa!"

Kalut, " Hah? A— apa dia?"

Tatkala dia terpandang wajah Qadri, dia laju berpalis. Haduh... haduh... haduh... macam mana ni? Kacaknya dia...

" Ta— tahu tak kalau hujan abang suka buat apa?"

Arissa menggeleng. Mulutnya masih aktif menyumbat makanan ke mulut.

" Abang suka main—," tangan diseluk ke dalam poket mematikan ayatnya.

Arissa menunggu tapi tiada pula sambungannya. Dia mulai memikirkan perkataan Qadri tadi lalu tersedu lagi. M— main?! Main yang macam mana? Main yang macam tu ke?!!

HICUPS!

Tatkala Qadri menoleh, wajah Arissa sudah serupa udang direbus. Menyala - nyala merahnya.

" R— Risa?" Menggoda betul bila Qadri panggil dirinya.

Menebar rasa debar di dada. Tertekan - tekan hingga ke pagar dada.

HICUPS!

" Di kita kat luar ni, jangan buat fasal... jaga mulut kau Di. Tak pasal kena saman Di..." Ujar Arissa membisik sambil matanya bercelangak celinguk mencari kelibat sesiapa di situ,

Qadri garu kepala tak faham, " hah? Kenapa kena tangkap pula?" Sekejap dia berfikir. Tatkala akal bersambungan, dia mencuit hidung isterinya.

Serta merta tubuh Arissa kekejangan seperti patung. Lebihan wafel masih melekat di mulut. Pandangannya jadi tegak ke arah jalan. Nafasnya sama terhenti. Bukannya apa, tiba - tiba saja Qadri menyendengkan tubuh ke arahnya.

" Tadi abang dah dapat rasa tisu yang Risa suap... ummm, bibir Risa bila lagi?"

HICUPS!

" Risa..." panggil Qadri menggoda dan membuatkan lutut Arissa jadi semakin layu. Matanya sama layu. Kejap lagi memang dia boleh pengsan dekat sini. Allahuakhbar!

Saat Qadri mencubit pipi Arissa, saat itu juga Qadri ketawa dan Arissa mengaduh sakit. Arissa mengembungkan pipinya comel.

" Hahahahaha. Amboi... tak sangka abang. Isteri abang ni nakal betul eh? — atau memang betul Risa 'nak'?" Qadri mencari wajah isterinya kemudian dia turun naikkan sebelah keningnya cuba menggoda.

" BO?! Pfttt!! NOE BA-BO YA?!" Habis terkeluar ayat Korea sambil dibuat muka menyampah.

Sudahlah mulutnya masih terkunyah wafel. Sekarang tak boleh telan pula. Ditepuk - tepuk dadanya. Qadri yang ketawa jadi kelam kabut.

" Eh, sorry - sorry sayang... nah, minum air ni." Belakang badan Arissa ditepuk sayang. Tatkala Arissa sedang meneguk minum, idea mengusiknya masuk lagi.

" Minum banyak - banyak ya sayang. Abang dah puas berjampi cinta untuk sayang. Esok mesti sayang gila bayang dengan abang."

Nyata itu berjaya membuatkan Arissa makin tersedak.

" Gila bayang dengan kau?! Ss—siapa?! Orang gila?"

Qadri ketawa lalu dia hulurkan sebelah fon telinga pada Arissa.

" Apa lagi?!"

Qadri senyum menggeleng, " abang tak gurau dah. Ambillah sayang. Pakai dekat telinga."

Geram, Arissa rampas fon telinga itu sebelah lalu disumbatkan ke telinga melalui celahan selendang.

Qadri merapatkan tubuhnya cuba menghangatkan tubuh isterinya di kala bayu sejuk hujan yang mencurah ini.

" Abang tak minat sangat Korea. Abang minat Jepun..." lagu Whenever You Are dari One OK Rock dimainkan.

I'm telling you
I softly whisper
Tonight, tonight
You are my angel

I love you
?????
Two people are one
????????
Tonight, tonight

I just to say

Wherever you are, I'll always make you smile
Wherever you are, I'm always by your side

Whatever you say, feelings about you
Whatever you say, ???????

I promise you "forever" right now

" Abang suka dengar lagu ni bila hujan..."

Arissa angguk sambil bibir dicebirkan, " okaylah..."

I don't need a reason
I just want you, baby
Alright, alright

Day after day

For a long time to come
??????????
Please with me like this
???????????
until death
????

Stay with me
We carry on

" Abang percaya setiap lagu tu hold suatu yang special untuk kita. Tak kiralah satu memori ke, orang ke.... untuk lagu ni, abang tak boleh fikirkan sesiapa waktu abang dengar lagu ni... walaupun abang nak sangat." Beritahu Qadri.

Arissa menoleh senyum, " oh... kiranya lagu ni special tapi kau masih tak boleh fikirkan siapa yang special untuk lagu ni? Hahaha. Eeewww, cheezy sangat." Perli Arissa walaupun dia semakin suka dengan lagu ini.

Wherever you are, I'll always make you smile
Wherever you are, I'm always by your side

Whatever you say, feelings about you
Whatever you say, ???????

I promise you "forever" right now

Wherever you are, I'll never make you cry
Wherever you are, I'll never say goodbye

Whatever you say, feelings about you
Whatever you say, ???????

I promise you "forever" right now

Tawa Arissa menghiasi telinga Qadri. Hati Qadri berbelah bagi. Dia bahagia teramat sangat, tapi dalam masa yang sama dia sedih teramat sangat.

" Sekarang, bila abang dengar lagu ni... abang teringat dekat Arissa Mardiya." Beritahu dia pada Arissa.

Relung mata Arissa terasa panas. Hidungnya juga begitu. Bibirnya kejung. Sedikit dia menoleh ke arah Qadri yang memandangi jauh ke arah hujan. Arissa telan air liur.

The day we met
?????????
It's the first memorable day for them
??????????????????
And today is the day
??????????

It's a second memorable day for them
??????????????????
Someone who loves me
???????

Sincere loving person
???????
In the middle of this my love
???????????

I'm always there
?????????

Hati Arissa rasa gembira tiba - tiba. Cuma bila bibirnya tersenyum, Qadri cepat saja matikan.

" Sayangnya Arissa Mardiya... bukan 'hak' abang. Mungkin pada dokumen yang dibakar tapi tak pada hati dia."

Arissa membulatkan mata, " S—sia—,"

" lagipun abang pernah janji dengan dia... abang takkan pegang dia lama - lama. Itu janji abang pada dia. Jadi abang tak boleh harap lebih - lebih, kan? Abang tak boleh jadi selfish, kan? Abang harap... cepatlah Qaish balik... manalah dia pergi... hari - hari abang terseksa, hari - hari abang makin cintakan dia." Wajah Qaish berubah pilu.

Wherever you are, I'll always make you smile
Wherever you are, I'm always by your side

Whatever you say, feelings about you
Whatever you say, ???????

I promise you "forever" right now

Arissa diam seribu bahasa. Hatinya koyak rabak. Berkeping pecah di tanah. Akhirnya dia termakan dengan ayatnya sendiri. Nak menangis meraung pun bibirnya sudah terlajak. Nak berlari ke masa silam pun dia tak mampu.

Qaish... masih hidupkah dia? Yang dia tahu, dia hanya berpegang pada sebuah surat saja.

Tunggu abang sayang! Tunggu abang. Tunggu abang tak kiralah berapa lama pun. Abang janji akan pulang. I love you, Arissa Mardiya — Qaish.

P/S : baca tak vote dia berkawan baik dengan coronavirus eh. Wekkk...
????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience