PH7

Romance Series 11012

-Pengorbanan Hati 7-

Sampai saja ke rumah Pak Salleh, Arissa tarik cermin lalu dia menilik wajahnya. Tak mahulah nampak tak cantik pula. Sudahlah ada Bunga di sini. Mana dia boleh kalah.

Qadri menegur isterinya yang sibuk menilik, " Urmm... Risa... abang nak—,"

" Ummm? Nak apa?" Soal Arissa sambil dia memperkemaskan calitan gincu di bibir. Barulah sempurna...

" Nak pegang tangan Risa? Boleh?" Halus dan comel betul permintaan Qaidi itu.

Arissa menoleh lalu dia tenung susuk tubuh bidang Qadri yang segak dalam busana baju melayu teluk belanga warna hitam. Butangnya digandingkan dengan warna keemasan. Rambut Qadri pula dilikat kemas bak rambut Kapten Ri dalam Crash Landing On You.

Arissa sendiri tertelan air liur. Ohhh... Delicious pulaklah suami aku malam ni.

HICUPSS!

Arissa tutup mulutnya sendiri. Matanya buntang. Terkejut beruk dia! Tak sangka pula dia boleh berfikiran begitu.

Qadri terpinga - pinga. Wajahnya berubah risau.

" Sayang... okay tak ni? Loya ke?"

Arissa menggeleng. Jantungnya jadi bertambah gila degupnya bila wajah Qadri hanya tinggal beberapa inci saja darinya. Mak ai.... bibir Qadri ni merah sangat. Macam juicy sangat...

HICUPS!

Arissa cuak. Kepalanya digeleng keras.

" Risa... okay tak ni? Demam ke?"

Saat lima jari runcing Qadri melekap di dahi, tubuh Arissa merasakan kehangatan yang cukup luar biasa. Ahhhh... hangatnya dia... Hmmmm...

HICUPS!

Mata Arissa bergolek dari bahagian dada, kembali ke bibir dan akhirnya bertemu dengan mata Qadri. Renungan mata Qadri yang selembut iklan Softlan itu mengundang sesuatu rasa yang luar biasa.

ARGHHHH!

Tubuh bidang Qadri ditolak keras hingga terdorong badannya ke belakang.

" Aduh... Risa. Nak bunuh abang ke? Sakitnya..." adu Qadri.

" Stay away! J— j— jangan dekat dengan aku eh. Jangan dekat!"

Berlari Arissa bergerak ke arah kenduri. Bukannya apa, dia tak tahulah kenapa dengan hatinya sejak dua menjak ini.

Bila dia tutup mata, dia nampak Qadri. Bila dia buka mata, dicarinya Qadri.

Bila dia berangan cerita Korea dalam kepala, Qadri jadi hero. Bila dia tengok cerita Korea, Kapten Ri boleh tukar jadi kepala Qadri.

Kegilaan apa yang sedang melanda dia ni? Tak pernah - pernah pun dia macam ni.

***

Arissa dikejar Qadri di belakang. Terhincut pun dia tak peduli. Pinggan diambil sambil mengekori si isteri. Lauk pauk diambil serupa yang diambil Arissa. Siap dia tolong cedokkan lagi.

" Kenapa ni sayang... masam je ni..." bisik Qadri.

" Kau jangan bagi aku smack down kau kat sini Di... jauhlah sikit." Beritahu Arissa geram. Tapi tatkala ada yang mendekati, mereka mulai berlakon mesra.

" Umm, nak lauk abang?"

" Abang?" tiap kali Arissa panggil dia begitu, Qadri jadi terpinga - pinga tapi bila Arissa cubit pinggangnya, barulah dia teringat. Mereka berdua memang berlakon mesra kalau di hadapan orang kampung.

" Ohhh ya-ya! Nak sayang... nak tuuu..." Qadri sengaja minta lauk paling hujung.

Arissa tersengih manis, " Ololo, banyaknya abang nak makan ya? Yang ini?" Arissa angkat ayam bakar bahagian dada.

Qadri menggeleng, " bukan... yang tuuu.. sana tu..."

Arissa ambil pula bahagian drumstick.

Qadri menggeleng lagi, " Tak nak... nak yang tu haa sayang..."

" Yang manaa?" Suara Arissa sudah kedengaran sakit hati.

Dua mak cik yang berada dekat jadi ketawa melihat gelagat mereka berdua.

" Yang sanaa tu haa, yang dekat dengan hati abang tu..."

Qadri tertawa kecil lalu spontan Arissa letakkan ayam bakar bahagian sayap di dalam pinggan Qadri dengan cerlungan.

" Main - mainlah lagi... nanti aku sumbat penyepit ni dalam mulut kau."

" Penyepit pun tak apa kalau Risa yang suap." Balas Qadri suka.

Muka Arissa makin merah lalu dia berpaling pada Qadri.

" Sekarang... kau pergi duduk sana. Aku duduk dekat sana." Arissa tunding dua arah berbeza.

Qadri mulai mogok, mukannya dimonyokkan, " kenapa? Abang nak duduk dengan Risa." Tubuhnya digoyang serupa budak tak cukup kasih sayang.

Arissa menggeleng dengan jari digoyangkan, " aip!!! Qadri Dizyad! Sana! Se-ka-rang!" Tegas Arissa memberitahu.

Dengan bibir yang melengkung ke bawah, Qadri akur. Perlahan saja langkahan kakinya, " sedihnya abang..."

" Tak payah sedih sangat. Jalan sana." Bibirnya tersenyum - senyum. Kelakar pula dia tengok si suami yang sudah jauh.

Bukannya apa, dia mahu bermesra dengan orang kampung. Tak naklah nanti orang kata isteri Qadri sombong. Sudahlah Qadri dikenali di dalam kampung ini.

Dia pun nak ubah persepsi orang kampung terhadap Qadri yang hanya pandang lelaki itu dengan sebelah mata saja.

Bertabahlah Qadri, isterimu bukan saja - saja nak duduk jauh - jauh. Ada kerja...

***

Qadri dari jauh perhatikan saja tingkah laku Arissa yang seperti menjauhikan diri darinya. Tak senang betul hatinya bila Arissa bersosial sendirian, nanti kalau ada yang mengorat si jantung hati, dia jadi cemburu.

Sudahlah kalau dia cemburu, cemburu tak bertempat. Aku ada salah cakap ke? Kalau iya, yang mana satu aku tersilap cakap? Bisik Qadri sambil dia menguis - nguis nasinya.

" Oi, bro! Jangan tak makan. Rezeki tuan rumah kasi." Sapa seseorang membuatkan Qadri tersentak dari lamunan.

Menoleh, Qadri mempamerkan senyum mesra sebelum dia hulurkan tangan berjabat mesra dengan rakan sekolah lamanya, Fadli.

" Wei, lama tak jumpa. Bila kau balik? Mana anak bini kau?"

" Hahaha, aku macam biasalah. Anak bini tinggal dekat NZ la. Balik sebab urusan kerja je ni. Ini, aku baru sampai. Kau tanya aku ni, mana— pengantin kau?" Kening dijungkit - jungkit. Duduk dilabuhkan di sebelah Qadri.

" Tu haa, dengan jemaah perempuan. Pakai selendang biru tu." Bangga betul Qadri bila dia tunjuk isterinya.

" Uih, cantik... hahaha. Patut la, tak ada angin tak ada ribut, sampai surat undangan. Pandai kau eh!"

" Gila kau tak masuk terus? Berduyun dah chop dia. Dah jodoh, dapatlah dekat aku."

Fadli ketawa, " habis Bunga tu macam mana? Pandang kau pun macam 'lapar' je tu? Haha." Fadli menjuihkan bibir ke arah Bunga yang sedang asyik merenungi Qadri.

Tatkala Qadri membuang pandang ke arah gadis itu, pandangan Bunga sudah tidak lagi padanya.

" Pandai - pandailah kau. Dia tu dah nak bertunang kau tahu." Qadri kembali menjamah makanannya.

" Eh, bertunang apanya. Baru je dia tolak pinangan budak kampung sebelah." Siku Qadri disinggung.

Qadri mendekatkan telinganya, " dengar cerita... dia masih tunggu kau!"

" Haha, tak masuk akallah kau, Li. Eh, bapak dia dah awal - awal reject aku tahu. Ini... tak nampak?" Qadri tunjuk pada kaki kirinya yang kudung.

Fadli ketawa menggeleng.

" Ingat aku tak pernah try? Berapa sikit punya lama aku meroyan dulu..." tambah Qadri dek mengenangkan kisah percintaan yang tidak kesampaian antara Bunga dan dia.

Paling kelakar, sampai ke hari ini pun dia masih berada di dalam sebuah perhubungan yang mungkin tidak kesampaian.

" Tapi betullah Di... kau punya penangan tu, sampai sekarang pun Bunga tak ada yang punya."

Qadri menggeleng berserta tawa, " merepeklah kau."

" Tak Di... Aku rasa dia betul - betul sayangkan kau Di. Tak caya, kau tengok... dia mai dah! Dia mai..."

Qadri ketawa, " Pandai - pandai je—."

" Hai abang Fadli, Abang... boleh Bunga duduk sini. Meja semua penuh la."

Mereka berdua angguk saja. Bukannya mereka tak kenal Bunga.

" Lama tak nampak Bunga. Makin mekar, makin cantik." Puji Fadli memandangi gadis pujaan sekolah dulu. Jelas, Bunga semakin cantik dan menjadi rebutan teruna lain.

" Eee, mana ada. Biasa - biasa jelah. Bila abang Fadli balik ni? Duduk New Zealand, kan?"

" Ya... balik tadi. Balik nak tengok bini Di la." Bahu Qadri disenggol.

Qadri senyum tersimpul malu. Bunga jadi tak senang.

" Oh ya... abang... Bunga dah dapat tempat housemanship. Hospital Kuala Lumpur. Dekat, kan?" 

Qadri menoleh lalu dia senyum lebar, " alhamdulillah, tahniah Bunga. Syukur dapat dekat - dekat... taklah nanti ada orang tu asyik mengeluh je, kan?"

Bunga ketawa, " alah, Bunga dah tak pandai mengeluh sekarang. Kalau abang campak Bunga dekat laut pun, Bunga relaks je... Pengalaman itukan mematangkan..." beritahu Bunga bangga.

Qadri buat - buat kecoh.

" Uuuu, dasyatnya bakal doktor ni... hebat! Ye-ye-ye je... Naik bot pun belum tentu Bunga lepas... sampai tengah dah muntah. Siapa dulu yang pengsan naik feri sebab mabuk laut, Li?"

Fadli ketawa mengingati kembali kenangan rombongan sekolah ke Pulau Langkawi. Waktu itu mereka tingkatan empat, Bunga masih tingkatan dua. Rasanya waktu kejadian pengsan itulah, kali pertama Qadri dan Bunga saling bertemu mata.

Hampir setahun, barulah semua orang tahu yang Qadri dan Bunga rupanya pasangan kekasih. Bercinta diam - diam. Pandai betul mereka berdua sorok.

" Okay fine... yang tu tak boleh elak. Cuma benda yang sepatutnya boleh elak, tapi orang tu tak nak elak, jadi masalah." Bunga mencebik.

Fadli angkat kening tak faham, " macam mana?"

" Macam... abang Di yang boleh elak kahwin dengan isteri dia... kesian tau dekat Bunga, tujuh tahun Bunga tunggu and setia dengan Abang Di tapi dia tak nampak pun... sedih, kan?"

Fadli terdiam lantas dia angkat pinggannya, " err... kejap eh... nak ambil bubur kacang. Macam sedap pulak. Hehehe. Korang sembanglah dulu eh..."

Qadli ketap gigi. Apolah punya member! Waktu - waktu genting macam ni pula dia boleb tinggalkan aku. Hampeh.

Sedikit - sedikit, Qadri pandang wajah sugul bunga, " Ummm.. Bunga..."

" Macam tu je abang putus asa dengan Bunga?" Suara sendu Bunga nampak seperti ditahan.

" Bunga... kita kan—,"

" Abang tahu tak yang Bunga masih sayangkan abang? Masih cintakan abang? Ya, abang suruh Bunga lupakan abang tapi macam mana?" Bentak Bunga tak puas hati.

" Bunga... janganlah macam ni... tak eloklah orang tengok. Nanti habis putera raja kacak lari tak nak kat Bunga, macam mana?." Sempat lagi Qadri selitkan jenaka.

" Bunga tak nak putera raja... Bunga nak abang."

Qadri buntu. Mengejut dan terlalu tiba - tiba si Bunga ni buat pasal. Sudahlah di majlis orang pula tu.

Qadri habiskan suapan makanan terakhirnya, " — Bunga, Bunga jangan cakap guna emosi... Bunga tarik nafas... Bunga tengok jari abang."

Bunga mencebik melihat cincin perkahwinan yang terlingkar indah di jari Qadri, " abang..."

" Abang dah ada isteri Bunga... Bunga tak boleh macam ni. Bunga kenalah hormat isteri abang." Balas Qadri dengan nada selembut mungkin.

" Habis, Bunga tak ada peluang langsung?" Soal Bunga dengan dahi berkerut cuba menantikan satu jawapan.

" Peluang macam mana?" Qadri tak faham. Macam - macam peluang boleh jadi. Air mati diteguk perlahan.

" Abang... janganlah buat tak faham..." Rengek Bunga semacam mereka masih bercinta.

" Abang... abang tahu.. Bunga sanggup jadi isteri ke-dua abang..."

Tersembur habis air yang diteguk. Matanya membulat. Hah?!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience