PH11

Romance Series 11012

- Pengorbanan Hati 11-

" Qadri! Assalamualaikum!"

Bunyi enjin motorsikal membantutkan kerjanya. Mengelap tangannya yang kotor, dia angkat kepalanya mencari si penegur.

" Waalaikumusalam! Eh, Pak Daus." Qadri mengesot ke hujung bangsal lalu dia hulurkan tangannya.

" Hahaha. Sihat kau Di?" Tanya Pak Daus sambil memerhatikan sekeliling melihat kebun Qadri yang cukup subur.

" Alhamdulillah, macam nilah. Sekejap sihat, sekejap sakit... mana Allah bagi..." beritahu Qadri senang. Sedikit pun dia tidak pernah menyombongkan diri.

" Pak Daus cari lembu ke?" Biasanya itulah urusannya kalau ada yang datang ke mari.

Pak Daus ketawa, " Iya... aku nak buat kenduri kahwin anak bongsu aku bulan 12 ni. Kau ada stok lembu tak?"

" Ehh... mestilah ada." Jawab Qadri senang.

" Kalau macam tu, aku nak dua ekor. Yang gemuk - gemuk tau Di."

" Boleh. Tak ada masalah. Nanti saya simpan lembu yang terbaik untuk Pak Daus. Pak Daus jangan risau."

Qadri memang pandai menjaga pelanggannya walaupun kalau diikutkan, lelaki di hadapannya itu memang cukup membenci dia.

Pak Daus melabuhkan duduknya tiba - tiba. Tidak semena, lelaki tua itu pegang tangan Qardi.

" Eh, Pak Daus..." kemas lelaki itu menggenggam tangannya.

" Ehem, Di. Kau tahukan selama ni aku... aku tak— aku tak suka dengan kau. Aku... sebenarnya..." nada suaranya kedengaran ketat.

Qadri letakkan sebelah tangannya lagi diatas genggaman tangan mereka tadi. Mengerti susahnya hati yang ingin meluah.

Tak lama, Pak Daus merintih kecil, " Maafkan aku Di! Aku selalu pandang rendah dengan kau. Aku selalu mencaci kau. Aku jahil Di. Aku minta maaf sangat."

Qadri jadi sebak. Tak sangka Pak Daus boleh datang meminta maaf dengannya begini.

" Allahuakhbar... Pak Daus saya tak pernah berdendam pun. Saya dah lama maafkan Pak Daus. Tak ada sekelumit marah pun di hati saya Pak Daus..."

Pak Daus senyum lalu dia pandang dua bola mata Qadri, " Kalau tak kerana bini kau, aku tak sedar salah aku Di."

" Isteri saya?" Qadri kerut dahi. Kenapa pula dengan Arissa?

" Iyalah. Isteri kamulah. Dia dengan isteri aku tu rapat betul. Habis semua cerita yang baik - baik pasal kau sampai dekat aku. Dari situlah aku rasa serba salah dengan kau... aku minta maaf ya, Di..." jelas Pak Daus jujur.

" Allah.. saya dah lama maafkan semua." Qadri memang jenis yang tidak suka menyimpan dendam. Baginya, memaafkan semua orang yang pernah menyakitinya merupakan satu tanggungjawab dan sedekah baginya.

" Kau memang baik Di. Beruntung Arissa. Kau pun beruntung, Di. Isteri cantik, buat cok— coklat lava? Haa, sedap! Mengidam aku jadinya!"

Mereka berdua ketawa sakan bila Pak Daus mula menceritakan kesungguhan Arissa menyertai aktiviti kampung yang dijalankan. Dialah paling teruja. Orang mudah katakan...

Qadri jadi bangga di hati. Patutlah tiap kali cuti, Arissa nampak penat saja. Isteri kesayangannya itu pasti sudah terlentang letih di kerusi panjang tatkala dia pulang dari kebun. Rupanya sedang seronok menyebar cerita pada orang kampung mengenai dia.

Arissa... Arissa... manalah abang tak makin sayangkan Risa kalau Risa macam ni? Kalau macam ni selalu, macam mana abang nak hidup tanpa Risa?

***

Qadri termenung jauh memerhatikan kebun yang diusahakan. Bukanlah itu yang dimenungkan sebenarnya, teringat dekat si isteri di rumah. Terkadang dia senyum, terkadang dia ketawa. Serupa orang gila bayang.

Empat minggu ni, Arissa lain macam betul. Biasanya kalau dia pulang, tak ada yang menyambut tapi empat minggu ni, ada saja batang hidung Arissa di mana - mana. Kadang di ruang tamu melayan drama Korea, kadang di dapur, dengan seteko air lalu mesti diajak berbual.

Arissa pun dah tak banyak menjerit bila bercakap dengan dia. Kadang - kadang, mukanya merah tiba - tiba. Kadang juga, mata bundar Arissa tertangkap sedang merenung dia.

Paling tak boleh tahan bila jemari Arissa ada saja melekap pada tangan atau lengannya. Tapi bila Qadri cuba bermanja ataupun cuba menjadi romantik, terus saja mood si Arissa berubah.

Kelakuan aneh Arissa menjadi tanda tanya. Kenapa eh? Qadri buntu. Arissa ni ada perasaan suka pada aku ke tidak? Hmm...

" Amboi, jauh termenung. Teringat dekat Kak Risa ke bos?"

Qadri menggulung senyum, " ish tak adalah."

Mael buat muka sambil dia sangkut tuala putih di lehernya, " Iyalah tu bos... macamlah saya tak tahu. Tu, dekat dahi tu dah besar - besar tertampal nama Arissa Mardiya. Mana tak tahunya..."

Macamlah dia tak kenal bosnya itu bagaimana? Kalau tak termenung dalam kereta sambil tengok gambar isteri memang tak sah! Kalau tak tersengih kalau dapat messages dari isteri memang tak sah!

" kau ni... tak baik la perli bos sendiri..."

Mael menggeleng lalu dia mengangkat air dari telaga ke baldi untuk diberi minum pada lembu - lembu dalam kandang.

" Bos, saya tengok bos asyik duk tengok je gambar Kak Risa tu. Kalau rindu, saya sarankan call je terus. Cakap dengan dia, rindu... tengok gambar buat apa?" Pandai pula si Mael memberi cadangan.

Muka Qadri sudah merah. Telefon Risa? Nak kena maki ke?

Qadri garu kepalanya, " — tak payahlah... aku bukannya romantik sangat. Lagipun, kau tahu kan, Kak Risa tu bukannya sukakan aku pun. Nanti kena maki je..."

" —Assalamualaikum, Mael..."

Tak sempat Mael mahu bercerita panjang, suara yang memanggil dari belakang menggantungkan perbualan.

Mael menoleh sekadar lalu laju saja dia kembalikan pandangannya ke arah Qadri, " Tak suka apa bos kalau dah sampai ke sini bawa mangkuk tingkat."

Bibirnya senyum meleret melihat wajah Qadri yang berubah kejut. Pucat lesi jadinya. Mael yang mahu tertawa tidak jadi ketawa dek takut dimarahi Qadri.

Tak melengah, dia berjalan mendapatkan Arissa.

" Waalaikumusalam, ehhhh... Kak Risa..." Mael sambut Arissa yang datang bersama mangkuk tingkat.

Di bangsal, Qadri jadi gelabah tiba - tiba. Laju saja dia mengambil tongkatnya mahu mengangkat baldi yang dipenuhi air untuk diberikan pada lembu - lembunya.

Arissa jadi tercelangak - celinguk melihat kalut suaminya yang akhirnya entah hilang ke mana. Ish, orang datang nak jump dia, dia lari pulak!

" Kak Risa datang jauh ni nak beli lembu ke? Ke nak cari abang Di?" seloroh Mael tatkala melihat basikal yang terparkir elok di luar pagar kebun.

" Pandai kau perli akak eh, Mael. Tak adalah... akak masak tadi, ada lauk lebih. Tu bawa mangkuk tingkat ni." Mangkuk tingkat dihulur pada Mael.

" Ni nanti... Makanlah dengan — a...abang Di. Akak masak..." macam ada batu pula yang melekat di anak tekak, payahnya! "—lauk kegemaran dia ni, kari kepala ikan merah."

Mael yang susah melihat kata - kata Arissa akhirnya melepaskan angguk. Lega.

" Terima kasih kak... Baik betul akak ya masakkan untuk suami." Puji si Mael. Seronok benar bila ada orang bawakan lauk tengah hari. Makan percuma, siapa aje yang tak nak.

Langkah kaki untuk meletakkan mangkuk tingkat di bangsal jadi terbantut bila Arissa panggil dia semula.

" Eh, Mael... bahagian kepala ikan tu jangan kau pulak yang makan. Itu speeecial akak masak untuk abang Di tau. Bahagian kau, akak dah asingkan..."

Risaulah pula kalau si Mael pula yang makan kepala ikan itu.

Mael ketawa lucu. Aish, dua laki bini ni...

" Jangan risau kak... saya akan pastikan dia kenyang macam ikan buntal hari ni. Sayur besar - besar semua saya bagi dia makan." Mael naikkan sejemput ibu jarinya.

Arissa mulai meleretkan senyum. Suka sangat mendengar kata - kata Mael yang menyokong hasrat murninya mahu memikat sang suami.

" Okaylah, akak balik dulu ya? Assalamualaikum..."

***

Qadri yang rupanya bersembunyi di balik bangsal mula tersengih serupa orang gila. Ai, comellah pula isteri aku... masak special untuk aku oi...

" Hahahahaha..." kuat Qadri ketawa senang.

" Eh, bos... buat apa kat situ?" Tegur Mael yang berdiri tidak jauh dari situ, bersamanya Arissa yang juga berdiri memandanginya terkebil - kebil.

Tawa besar tadi mati serta merta diiringi batuk yang kuat. Cover line!

Alamak... dia dengar ke aku ketawa serupa keldai tercekik tu? Malunya....

Qadri menggelayaukan mata, mencari alasan yang munasabah yang tak berkunjung tiba namun bila saja matanya bertemu dengan Arissa, wajahnya jadi merah tiba- tiba.

" —Teringat memori lama. Tu yang gelak tiba - tiba tu..." Topi di kepala yang senget, dibetul - betulkan.

Arissa sudah mendencit tawa kecil. Ololo, nak cover line pun beragaklah suami oi!

" Umm, Risa buat apa kat sini? Bukan tadi dah bagi salam nak balik k— Eh!" Apahal kau tanya bengong?

Mael meledak tawa, " adoi! Kantoi menghendap ke~? Itulah, lari kenapa... kang dah malu sendiri."

Qadri ketap gigi jadinya. Manalah dia nak sorokkan muka.
Arissa pula terus menahan tawa melihat perubahan air muka si suami.

Sekonyong - konyong, dia tahu Qadri rasa bagaimana bila dia bawa bekal tadi. Mesti dia happy sebab besar betul ketawa dia.

***

Arissa berlari anak di sekeliling kebun yang diusahakan Qadri. Bersihnya kebun tersebut sama seperti kebun - kebun yang ada di Jepun dan Korea. Memang dijaga rapi.

Bezanya, tanaman yang ditanam saja. Kalau dilihat Arissa, Qadri seperti mengusahakan tanaman cili. Tak tahulah kalau ada tanaman lain juga.

" Kau tanam cili apa je, Di?" Tanya Arissa teruja melihat warna merah yang menghiasi kebanyakan pokok. Teruja teruk bila dia tengok.

" Macam - macam ada, cili api, cili burung, cili api bara, tapi banyak cili biasa. Alhamdulillah, permintaan banyak. Kilang Maggi Malaysia pun ada approach abang baru - baru ni. Insha - allah, adalah rezeki tu."

Arissa senyum, " banyaknya. Segar - segar pula tu. Di, aku doakan, business kau maju. Maju semaju majunya sampai luar negara! Insha Allah... amin."

Qadri angguk, " Terima kasih sayang...erk!"

Dua - dua jadi terkedu. Masing - masing mula menyorokkan wajah merah. Arissa meleretkan senyum. Adududu! Dah lama betul dia tak panggil aku sayang. Rindunya...

" Ermmm... ni, Risa nak cuba tak cili abang? Risa kan, suka makan pedas."

Risa tak tunggu, terus saja dia senyum, " nak!!"

Qadri bawa tongkatnya perlahan, nampak sedikit susah cara jalannya lalu Arissa menegur, " Di... pakailah prosthetic leg. Senang kau nak ke mana - mana. Lagi - lagi bila kau dah jadi pekebun moden macam ni. Banyak kerja kau nak ke mari, Di."

Cadangan Arissa didengar tapi dia lihat dirinya, " nak kena berlatih berjalan juga, kan? Mesti lama. Abang dah selesa pula macam ni aje."

" Alah, tiga bulan je Di. Mesti kau boleh... Umm, aku temankan kau pergi buat nak? Aku ada kenal kawan dekat Bumi Medik. Mesti dia boleh bagi discount kaw - kaw punya kalau dia nampak aku." Cadang Arissa teruja. Iyalah melihatkan hasil tanaman Qadri, pasti lelaki itu memerlukan sepasang kaki yang kuat.

Cadangan tadi Qadri letak di tepi dahulu lalu dia intaikan cili yang paling ranum buat isterinya. Sebiji cili merah saja dihulurkan pada isterinya, " nah... cuba rasa tapi gigit jangan banyak, pedas tu..."

Arissa angguk faham sebelum dia menggigit, " Woahhhh!! Iskkk... iskkk... Pedasnya Di!"

Melompat - lompat Arissa dibuatnya. Habis panas telinganya. Nasib tak baik, tubuhnya tersadung ke dada suaminya.

" Aduh!"

" Ehhh! Risa okay—? Oppp! Ehhhh... " Qadri yang tubuhnya terumbang ambing disambut seseorang kemas.

" Di!" kemas Arissa memeluk suaminya dari terjatuh.

Akhirnya, berpelukan sepasang suami isteri itu di tengah - tengah kebun. Masing - masing keras kejung di situ mendengar sunyi kawasan kebun tersebut.

Jantung setiap satunya berdegup dengan cukup laju. Selaju kuda yang berlari. Mana tidaknya, rasanya inilah kali pertama mereka berdua bersatu dalam pelukan begini.

Tak peduli, Arissa memberanikan diri untuk berlama di dada Qadri. Sekejap je Di.. aku nak pastikan sesuatu. Aku nak pastikan— ahh! This calms me... peluk kau buat aku tenang Di... hmmmm...

" Ri... Ri.. Risa?"

" Hah? Hahaha." Arissa ketawa tiba - tiba lalu dia tolak tubuhnya jauh. Cardigan yang tersarung dia kibas - kibas.

" Sorry... pedas sangat sampai hilang imbangan. Nasib baik kau tak tergolek jatuh."

Qadri ketawa sama, " Hahaha. — rasanya abang kena pakai prosthetic leg, kan?"

Arissa angguk setuju berserta isyarat jari, " You're right! You should! Sebenarnya, aku teringin jugalah nak tengok kau senang berjalan, Di. Aku tahu kau susah nak bekerja dengan tongkat tu."

Qadri pandang Arissa atas bawah, " Umm... Risa nak tengok abang berjalan macam orang normal ke?"

Arissa angguk lalu dia senyum lebar, " nak. Aku nak kau senang Di..."

" Amboi... kat sini eh korang berdating." Tegur Mael yang sibuk menyembur racun organik.

Suami isteri itu mulai ketawa kecil. Kemudian, Arissa berlari mendapatkan Mael. Telefonnya diberikan.

" Mael, ambil gambar kita orang."

Pandangan Arissa pada Mael penuh mengharap. Mael meleret senyum jadinya. Akhirnya ada juga gambar mereka berdua.

Tatkala Arissa kembali pada Qadri, dia tanpa ragu merangkul tangan Qadri. Tak peduli dengan pandangan Qadri, dia tarik Qadri berdiri di sebelahnya.

" Okay? Ready?"

" G— Gambar? Bukan ke Risa?"

Arissa tayang wajahnya yang masam mencuka meskipun beberapa kali si jurugambar menyuruhnya senyum. Qadri pun sama, sudah tak mampu memujuk Arissa untuk sesi bergambar mereka berdua.

" Risa... senyumlah—,"

" Kau pergi mampuslah!!! Sampai mati pun aku takkan ambil sekeping gambar pun dengan kau, cacat!!" Pekik Arissa hingga hilang separa suaranya.

Jurugambar yang sedang mencari fokus, terkejut. Qadri ambil tongkatnya lalu dia turun dari batu pantai. Setelah beberapa ketika, jurugambar tadi menepuk - nepuk bahunya sebelum dia berlalu pergi.

Akhirnya, hatta satu keping gambar kahwin pun tak ada.

Arissa angguk lalu dia tersengih, " Okaylah, aku termakan dengan kata - kata aku sendiri. Tapi Di... aku nak keep you in one of my memories."

Mata Qadri tertanya - tanya, " In one of your memories...?"

Arissa senyum dan dia menggeleng pula, " Bukan... Aku ada satu memori je Di, a memory full of happiness... khas untuk kau sorang! Haha. Baik, kan aku?"

Mata Qadri jadi berkaca. Hatinya cukup senang.

Arissa buka topi dari kepala Qadri, lalu dia perkemaskan rambut Qadri. Qadri jadi macam batu. Rela saja didandan isterinya. Bahagianya dia...

" Dah, Di! Janganlah tengok aku je. Senyum tau Di... aku tak suka kalau kau masam. Nanti muka kau tak handsome."

" Rapat sikit, kata loving husband and wife..." ujar Mael nakal.

Tak tunggu, Arissa terus saja merapati tubuhnya pada Qadri. Lengan Qadri juga dia peluk dengan kepala disendengkan ke bahu lelaki itu.

" Say cheese!!! Okay cun! Satu, dua... tiga!"

" Cheeeeseeee!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience